CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Tahun 'Simpan' Sebab Miskin, Akhirnya Tumor Ovari 35kg Berjaya Dikeluarkan

8-8-2022 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 694| Komen: 0

Doktor di Andhra Pradesh, selatan India berjaya mengeluarkan tumor ovari seberat 35 kilogram daripada badan seorang wanita.

Portal The National melaporkan, Nagamma, 46, dari Kampung Poluru mengalami kesakitan sejak dua tahun lalu.

Ibu kepada tiga anak itu berjumpa dengan doktor tempatan dan disahkan menghidap tumor kecil di ovarinya.


the National News/Dr K Madhavi

Doktor menasihatkan dia untuk menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor terbabit

Bagaimanapun, Nagamma yang berasal dari keluarga miskin takut untuk menjalani pembedahan. Dia juga tidak mendapatkan bantuan perubatan atas sebab kewangan.


Apabila masa berlalu, tumor itu semakin membesar, dan perut Nagamma mula mengeras. Ia membesar sehingga dia tidak boleh bergerak, kata doktor.

Nagamma kemudian pergi ke hospital kerajaan di daerah Tirupati, bulan lalu di mana doktor menjalankan beberapa ujian dan mendapati tumor di ovari kirinya sudah membesar sehingga diameternya mencecah 40 sentimeter.

Doktor menjalankan pembedahan selama sejam dan berjaya membuang tumor itu, kata pakar sakit puan obstetrik, Dr K Madhavi, yang melakukan pembedahan itu.

Ovari kanan Nagamma sedikit membesar, dan untuk itu, doktor melakukan histerektomi.

"Ia adalah kes tumor ovari. Pesakit mengalaminya sejak dua tahun lalu dan sudah pergi ke banyak hospital.

"Pesakit takut dan tidak mampu membayar kos rawatan dan melawat banyak hospital kerajaan sebelum dia dirujuk ke sini.

"Kami melakukan MRI (pengimejan resonans magnetik) dan ujian lain. Pembedahan berjaya dan pesakit semakin pulih," kata Dr Madhavi kepada The National.


Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052538 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top