CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ruang Sempit Sampai Bergilir Masuk Kandang, Zoo Pakistan Lelong 12 Singa

8-8-2022 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 793| Komen: 3

Sebuah zoo Pakistan melelong 12 singa kerana tidak mempunyai ruang untuk menempatkan haiwan itu.

Zoo Safari Lahore kini mempunyai begitu banyak haiwan pemangsa sehinggakan singa dan harimau terpaksa bergilir-gilir untuk memasuki kandang, kata timbalan pengarah zoo itu, Tanvir Ahmed Janjua.



Sebuah zoo Pakistan melelong 12 singa kerana tidak mempunyai ruang untuk menempatkan haiwan itu.

"Bukan sahaja kami akan memperoleh ruang yang lebih banyak di sini, tetapi perbelanjaan kami untuk (membeli) daging bagi memberi (haiwan) makan juga akan berkurangan," katanya kepada AFP.

Zoo itu kini menempatkan 29 singa dan pegawai merancang lelongan pada 11 Ogos untuk menjual 12 daripadanya.

Singa yang mahu dilelong itu berusia antara dua dan lima tahun.

Terdapat juga enam harimau dan dua jaguar.

Ahli pemuliharaan menentang penjualan itu, dengan Tabung Hidupan Liar (WWF) berkata, haiwan itu harus dipindahkan ke zoo lain, manakala singa betina perlu dimandulkan atau diberi kontraseptif.

"Pertukaran haiwan dan derma antara zoo adalah amalan yang diterima secara meluas," kata Uzma Khan dari pertubuhan itu kepada AFP.

Memelihara singa, harimau dan hidupan liar eksotik lain sebagai haiwan peliharaan bukanlah sesuatu yang luar biasa di Pakistan, dan dilihat sebagai simbol status.

Pemilik yang kaya menyiarkan imej dan klip video haiwan itu di media sosial dan menyewakannya sebagai digunakan dalam penggambaran filem atau sesi fotografi.

Pegawai zoo menetapkan harga permulaan sebanyak 150,000 rupee Pakistan (kira-kira RM2,975) setiap ekor, tetapi berharap setiap ekor akan memperoleh sekitar dua juta rupee Paskitan (kira-kira RM39,800).

Bagaimanapun, bukan sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dalam lelongan.

Mereka perlu memenuhi syarat tertentu termasuk mendaftar dengan pihak berkuasa wilayah dan membuktikan mampu menjaga dan memberikan tempat perlindungan kepada haiwan berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 8-8-2022 03:35 PM
Berharap Cher akan sekali lagi menjadi penyelamat binatang di zoo Pakistan!
Quote Artemesiaa 8-8-2022 03:40 PM
Jangan sampai ke tangan salah sudah jadi hiasan dinding pulak nanti
Quote Artemesiaa 8-8-2022 03:41 PM
Jangan sampai ke tangan salah sudah jadi hiasan dinding pulak nanti

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.060684 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top