CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendidikan Kita Perlahan-lahan Melahirkan 'Tuan' Sampai Cikgu Pula Takut Murid

8-8-2022 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3675| Komen: 67

Geleng kepala baca berita pelajar berusia 15 tahun pukul guru wanita berumur 52 dengan batang penyapu hanya kerana guru itu hendak mendisiplin dirinya.

Kejadian itu berlaku di Selangor gara-gara pelajar tingkatan tiga itu berang rambutnya yang panjang dipotong cikgu. Berdasarkan gambar yang dilihat, kuat juga pukulan itu sampaikan dahi guru berkenaan berbenjol seperti bola golf!


Gambar hiasan

Difahamkan, ramai remaja sekarang suka menggayakan pelbagai fesyen rambut, tetapi murid lelaki memang tidak boleh berambut panjang.

Mengikut peraturan kementerian, rambut bahagian belakang tidak boleh jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga manakala rambut di bahagian depan jangan menutupi garisan tengah dahi. Rambut menutup kedua-dua telinga juga tidak dibenarkan. Sideburn juga ada had yang dibenarkan.


Walaupun kes murid pukul cikgu ini dianggap kes terpencil, namun insiden ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan konsep pendidikan yang kita amalkan. Malah, ada yang kata pendidikan kita perlahan-lahan melahirkan 'tuan'.

Tahun 1970-an dan 1980-an guru sangat dihormati. Dulu-dulu murid berebut-rebut tunggu tepi motor atau kereta cikgu sebab nak tolong bawa beg dan buku cikgu.

Sekarang, guru pula terpaksa berdiri di pintu pagar sekolah seawal 6.30 pagi untuk menyapa murid yang sampai dan mengucapkan tahniah kerana datang ke sekolah.

Pencapaian akademik dan keputusan peperiksaan seolah-olah adalah segala-galanya. Kita selalu dengar berbagai inovasi pengajaran seperti KBAT dan PAK21, namun jarang kita dengar inovasi pembentukan sahsiah di sekolah.

Tidak dinafikan ada banyak kemajuan cuma dikhuatiri sekolah hanya tempat untuk mengajar, bukan mendidik.


Sumber: Merak Jalanan - Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 8-8-2022 01:53 PM
Zaman sekarang ni zaman hati tisu juga. Semua benda rungut ke public. Tak dapat jawab soalan spm salahkan subjek dalam soalan.
Quote tripleid 8-8-2022 01:59 PM
sad but true..kat Msia ni bebudak yg amik subjek pendidikan moral lebih bermoral drpd bebudak yg ambik subjek PAI..

must be something wrong sumwhere dgn sistem pendidikan kita..
Quote monreyes 8-8-2022 02:01 PM
kadang2 elok juga kena sekali sekala...anak aku dulu cikgu rampas pen..rampas cermin muka kecik..ingat brg2 tu dpt free trn dari langit ke..kalau ikutkan hati aku nak je bagi buku 5..anak aku pulak yg sabarkan aku...


Quote ifanonline 8-8-2022 02:02 PM
Mengikut peraturan kementerian, rambut bahagian belakang tidak boleh jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga manakala rambut di bahagian depan jangan menutupi garisan tengah dahi. Rambut menutup kedua-dua telinga juga tidak dibenarkan. Sideburn juga ada had yang dibenarkan.


ada peraturan kementerian di benarkan potong rambut murid?
Quote pokaibanktokyo 8-8-2022 02:52 PM
Nak pukul cikgu tak susah mana. Tapi akibatnya sendiri mau tanggung la
Quote cikatilia 8-8-2022 03:10 PM
depa semua nak jadi influencer..
jadi mcm stopa adik badek 3g
gelek2 dlm tiktok etc dpt duit
Quote vespa_oren 8-8-2022 03:16 PM
sebenarnya itu semua dari didikan ibu bapa kt rumah atau dasar pendidikan atau pengaruh persekitaran diaorg
Quote rikiruj 8-8-2022 03:19 PM
Cikgu2 saya nasihatkan kalau pelajar tu degil & keras kepala dan tak berubah lepas ditegur, next step bagitau mak & ayah dia, kalau mak & ayah tak buat apa2 atau lagi teruk salahkan cikgu pulak, saya cadangkan switch off terus budak tu.. dia tak buat kerja ke tidur ke biarkan aja.. tak perlu buang masa & tenaga, lebih baik salurkan masa & tenaga kepada yang nak di didik & di ajar.  Kalau cakap tak dengar, biadap, cuit tak boleh, rampas tak boleh.. apa lagi nak buat..
Quote Artemesiaa 8-8-2022 03:28 PM
vespa_oren replied at 8-8-2022 03:16 PM
sebenarnya itu semua dari didikan ibu bapa kt rumah atau dasar pendidikan atau pengaruh persekitaran ...

Kalau tengok keadaan semasa kesemuanya sekali
Quote kucingitam 8-8-2022 03:35 PM
monreyes replied at 8-8-2022 02:01 PM
kadang2 elok juga kena sekali sekala...anak aku dulu cikgu rampas pen..rampas cermin muka kecik..ing ...

kenapa cikgu rampas? mesti ada sebab..
kalau sekolah rendah aku dulu, mmg cikgu tak bagi bawa pen, kecuali darjah 6.  taknak bebudak conteng sana sini dgn pen.
cermin muka pun sama.. ada kes budak letak cermin sharpener kat kasut, pastu berdiri dekat sebelah murid perempuan hmm..
Quote sharlenetexas 8-8-2022 03:38 PM
Akhir zaman.


Quote Thunderclouds 8-8-2022 03:46 PM
Sekolah kt umah iols nehh..riuh rendah jgk kelmarin kt group komuniti. Agk curious i sbb ramai bekap budak tuh instead cekgu yg kna cepuk tapiii pokok pangkal pukul org tu salah. Nak2 cekgu yg dh category grandma nih
Quote becir 8-8-2022 03:56 PM
I tak setuju cikgu suka2 nak potong rambut murid. Patut bagitau parents suruh anak tu potong rambut..tak buat, ambik tindakan disiplin. Benda kalau ada guideline takkan melarat jadi camni.
Quote mojarean_X 8-8-2022 03:58 PM
Iols baru tolong anak kakak angkat iols amik dia dari kampus td. Iols bkn lah nk berkira tp sekurang2nya anak dia tu ucaplah time kaseh iols amik dan hantar dia blk umah siap pakej angkat barang. Ni sikit pun x ucap time kaseh. Iols kesiankan mak dia iols tolong lah amik bdk tu. So iols rasa kejadian td relate ngan artikel bdk2 skrg besar kepala jd tuan dan feeling2 entitled.
Quote vespa_oren 8-8-2022 04:09 PM
mojarean_X replied at 8-8-2022 03:58 PM
Iols baru tolong anak kakak angkat iols amik dia dari kampus td. Iols bkn lah nk berkira tp sekurang ...

jadi salah pendidikan di sekolah atau kakak angkat uols yg xajar terima kadih kt orang
Quote TomyamPuteh 8-8-2022 04:11 PM
Kita skrg tgh menternak ayam daging. Bkn pewaris generasi. Gitu la ucapan MB Kedah. Byk betulnya Kata2 beliau.
Quote dua_chzy 8-8-2022 04:13 PM
rikiruj replied at 8-8-2022 07:19 AM
Cikgu2 saya nasihatkan kalau pelajar tu degil & keras kepala dan tak berubah lepas ditegur, next ste ...

Ramai cikgu buat begini sebenarnya.
Quote mojarean_X 8-8-2022 04:16 PM
vespa_oren replied at 8-8-2022 04:09 PM
jadi salah pendidikan di sekolah atau kakak angkat uols yg xajar terima kadih kt orang

Iols rasa both factor juga sbb kakak iols baik dan berbudi bahasa but anak dia sgt berbeza....Tp kalo lah cikgu2 boleh sebebas zaman kita dulu didik student, x de lah byk sgt golongan narcicist begini muncul. Tp moh lah kita tanya pakar pendidikan acik @dua_chzy
Quote mizruncing 8-8-2022 04:20 PM
Thunderclouds replied at 8-8-2022 03:46 PM
Sekolah kt umah iols nehh..riuh rendah jgk kelmarin kt group komuniti. Agk curious i sbb ramai bekap ...

mmg parah lahh klu semua dah sokong budak tu. no wonder la keturunan dia pn jenis samseng nti

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.053123 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top