CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Transgender Dipenjara 10 Tahun Kerana Guna Zakar Palsu Ketika Seks

8-8-2022 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1653| Komen: 5

Seorang lelaki transgender di England dipenjara 10 tahun kerana menggunakan zakar prostetik atau palsu untuk mengumpan dua wanita dan seorang remaja perempuan supaya melakukan hubungan intim, lapor agensi berita ANI baru-baru ini.


Tertuduh, Tarjit Singh, 32, dilahirkan sebagai perempuan bernama Hannah Walters, tetapi kini dikenali sebagai lelaki. Dia akan memakai kemaluan palsu itu semasa melakukan hubungan intim di dalam gelap.


Metro.co.uk

Menurut laporan, Singh disabitkan dengan tiga pertuduhan serangan seksual, enam pertuduhan serangan yang mendatangkan kecederaan tubuh badan dan satu pertuduhan membuat ugutan bunuh dalam perbicaraan di sebuah mahkamah Britain awal tahun ini.


Mahkamah mendengar bagaimana Singh mengugut untuk membakar seorang mangsa selepas menyerangnya dengan cecair pemetik api dan kemudian mematahkan hidung wanita itu dengan menggunakan telefon bimbit. 

Dia juga menampar dan menumbuk mangsa.

Hakim Oscar Del Fabbro berkata, Singh mengundang  risiko kepada orang ramai dan merupakan ‘pesalah berbahaya’ yang berulang kali melakukan tindakan keganasan dan serangan terhadap tiga mangsa tersebut.

Dalam keputusannya, Hakim berkata, daripada berterus-terang dan bercakap secara jujur ​​tentang status jantinanya, Singh memilih jalan penipuan.

“Anda menipu mereka bahawa anda lelaki dan bertindak seperti anda lelaki,” tambah Hakim Fabbro.

Singh akan menjalani hukuman penjara 10 tahun.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-8-2022 05:14 PM
kaka pun xfaham dia pakai zakar palsu tu ada connection usb ke sampai dia rasa horny stim klimaks? orang cmni bahaya dia pun xtahu cmne dia blh puas last2 dia puas dengan rogol perempuan lain guna zakar palsu. ni semua kesan pil kuda
Quote JunkMail 8-8-2022 07:07 PM
Jap jap jap... Selain dari tukar jantina, beliau tukar bangsa jugak ke? Dari black jadi Sikh Pulok..
Quote batu kikir 8-8-2022 07:10 PM
Bukan susah nak kesan zakar palsu.
1. Zakar ori terasa panasnya sebab darah akan mengalir ke pembuluh darah zakar.  Kalau kejung sejuk...... you should know la
2. Masa climax....sedas,  dua das atau berdas-das akan terpancut keluar.  Ladies should know this....simple je kan
Quote matchstick 8-8-2022 08:03 PM
JunkMail replied at 8-8-2022 07:07 PM
Jap jap jap... Selain dari tukar jantina, beliau tukar bangsa jugak ke? Dari black jadi Sikh Pulok.. ...

Itulah nama asal Hannah Walters..kecelaruan sungguh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.099741 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top