CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terseksanya Hidup Rakyat! Hari-Hari Terpaksa Guna Air Telaga Berkeladak, Warna Teh Susu

8-8-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1732| Komen: 13

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Kedah dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyiasat serta mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah bekalan air paip terputus yang dihadapi enam keluarga di Kampung Padang Durian, dekat daerah Pendang di sini.


Ia berikutan keluarga terbabit terpaksa menggunakan air telaga yang kotor dan berkelodak bagi kegunaan harian sejak sekian lama.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan mendapati air telaga yang digunakan penduduk kampung itu keruh dan berwarna kekuningan.

Foto: Harian Metro

Katanya, keadaan itu menjadi lebih serius ketika hujan yang mana ia kelihatan seperti warna teh susu kerana dicemari sisa lumpur.


"CAP percaya jika masalah ini terus membelenggu kehidupan penduduk kampung itu, dibimbangi akan mengancam kesihatan mereka termasuk sisa racun dari kawasan sawah berdekatan yang mungkin menyerap masuk ke dalam telaga.

"Jadi, masalah ini perlu ditangani segera oleh Kerajaan Kedah dan SADA sebelum kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu penduduk, Siti Mariam Omar, 36, berkata, pakaian sekolah anaknya yang berwarna putih akan bertukar warna selepas dicuci menggunakan air telaga yang tercemar itu.

Katanya, bagi memasak dan minum pula, dia terpaksa menakung air telaga itu terlebih dulu supaya sisa kotoran mendap sebelum menggunakannya.

"Saya merayu supaya masalah ini diberi perhatian segera oleh pihak berwajib kerana penduduk kampung lain yang berhampiran sudah lama menikmati kemudahan bekalan air paip bagi kegunaan harian," katanya.

Ridzuan Morad, 52, pula mendakwa dia sudah membelanjakan lebih RM3,000 selepas tujuh pam air yang dibeli bagi mengepam air telaga di rumahnya mengalami kerosakan.

Katanya, masalah itu pernah diadukan penduduk kepada pihak berkenaan tetapi tidak ada tindakan yang diambil. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 8-8-2022 02:08 PM
Pergh.. ingatkan berita dari negeri serambi moscow

Quote kaseh80 8-8-2022 02:45 PM
Sskjp tak kesah
Dah biasa minum teh tarik paip
Hebat mung
Quote Artemesiaa 8-8-2022 03:54 PM
Pilihanraya nanti jangan salah memilih lagi
Quote Belibis 8-8-2022 04:31 PM
Artemesiaa: Pilihanraya nanti jangan salah ...

Ada pilihan lain ke nak pilih??masalah air sekian lama katanya..dari kjaan amno..pas. maknanya masalah tetap sama.
Quote chacon 8-8-2022 04:38 PM
green~tea replied at 8-8-2022 02:08 PM
Pergh.. ingatkan berita dari negeri serambi moscow


tu la..mungkin tanda2 pru...siapa perintah kedah??oo mesti kena cari isu air sama dengan serambi...modal lain xde



Quote krustykrab 8-8-2022 04:42 PM
Mujur kedah takde bini2 hi maintwnance..
Quote Kak-Rohana 8-8-2022 06:33 PM
Tak undi PAS tak masok syorga…Takbir!

Quote johnantak 8-8-2022 06:37 PM
Kak-Rohana replied at 8-8-2022 06:33 PM
Tak undi PAS tak masok syorga…Takbir!

mu kecek supo musuh isle
Quote rosedemon 8-8-2022 07:09 PM
pindah jela. dunia allah itu luas.mengembaralah cari tempat lain.
Quote Gomea 9-8-2022 12:00 AM
Kesianlah sedara aku yang dok kuala sanglang tu. Ayaq kincing pon lagi laju. Nak basuh baju kena tadah siap2 dari malam. Isu dah bertahun2 dah. Dok lagu tu lagi
Quote VespaSilbe 9-8-2022 01:49 AM
Gomea replied at 9-8-2022 12:00 AM
Kesianlah sedara aku yang dok kuala sanglang tu. Ayaq kincing pon lagi laju. Nak basuh baju kena tad ...

Kedah dulu masa BN mmg ayaq laju bersih.. pastu Pas menang abeh ayaq paip kuning ngan slow
Quote aHoi83 9-8-2022 08:50 PM
Hampir seluruh rumah di selangor pun ade water filter di rumah tak tahan air kuning karat. Tu filter utama, filter minum sewa plak coway cuckoo. Kire semua negeri berdepan masalah air. Mungkin johor je selamat sbb pakai air kumbahan singapore
Quote jas7512 9-8-2022 09:11 PM
Kira tganu jelah negeri pas perintah yg xde masalah air sgt...air laju je plus bil bln2 rm4 je

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.049116 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top