Reykjavik: Aliran lava di Iceland menjadi tarikan pelancong walaupun orang ramai diberi amaran untuk tidak mendekati kawasan berkenaan
Gunung berapi Fagradalsfjall yang terletak kira-kira 32 kilometer di barat daya Reykjavik, meletus minggu lalu. Asap tebal masih dapat dilihat ketika lava panas mengalir di kawasan berkenaan. Pejabat Meteorologi Iceland menggesa orang ramai supaya tidak mendekati gunung berapi itu yang terletak di lembah yang tidak berpenghuni. Imej terbaharu menunjukkan pelancong berpusu-pusu ke kawasan lembah untuk mengambil gambar dan video.
Orang ramai diberi amaran untuk menjauhkan diri kerana risiko terhadap asap tebal berbahaya dan lava panas. Bagaimanapun, mereka tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa dan sanggup berjalan kaki melalui lembah kerana teruja untuk melihat lava dari jarak dekat. Seorang wanita memberitahu BBC, dia menunggu bertahun-tahun untuk melihat lava. "Apabila saya datang ke atas bukit itu, kami memutuskan kami akan turun dan mendekati (lava), ia adalah satu risiko dan kami tahu itu," katanya. Individu lain sudah berkumpul untuk mengambil gambar bersama anak mereka dan menerbangkan dron di kawasan lembah berkenaan. Menerusi video langsung dari tapak itu semalam menunjukkan aliran lava keluar dari rekahan sempit. Gunung berapi itu terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Keflavik, hab trafik udara antarabangsa Iceland. Bagaimanapun, penerbangan tidak terjejas dengan kejadian itu. Letusan pada 2021 di kawasan yang sama menghasilkan aliran lava yang menakjubkan selama beberapa bulan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tikusmontok replied at 8-8-2022 01:34 PM
Elok la tu.terkubur terus situ jadi fossil
Decaffeinated replied at 8-8-2022 07:11 AM
Tajuk macam hanat, buang masa aku baca sampai hujung artikel ingatkan betul ada yang terjatuh.
Kala ...
kemaruk replied at 8-8-2022 11:24 AM
barwah lava
kakikuDibibirmu replied at 8-8-2022 08:20 PM
Adakah manak itu sejenis lava?
ADVERTISEMENT