CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tembak Mati 3 Anak Masih Kecil Sebelum Tembak Diri Sendiri

8-8-2022 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1300| Komen: 5

Washington: Seorang lelaki di Oklahoma City bertindak menembak tiga anaknya yang masih kecil kemudian menembak dirinya.

Saksi yang berjoging atau berjalan kaki menghubungi polis selepas ternampak empat mayat di dalam kenderaan di kawasan kejiranan barat laut Oklahoma City, kira-kira 7.30 pagi, semalam, kata Kapten Michelle Henderson.

Henderson berkata, lelaki dan kanak-kanak itu tidak tinggal di kawasan kejiranan tempat mereka ditemukan, tetapi mereka tinggal berdekatan.

Gambar Hiasan

Henderson berkata, polis mencari lelaki dan anak lelakinya sejurus sebelum 4.30 pagi selepas mengetahui dia membawa kanak-kanak itu dan membuat "kenyataan mengenai" kesejahteraan mereka.


Nama dan umur semua mangsa tidak didedahkan, walaupun Henderson berkata, kanak-kanak itu masing-masing berusia di bawah tujuh tahun.

"Hujung minggu ini, kami hanya dapat memberikan maklumat yang sedikit dan butiran lanjut dijangka diberikan," kata Henderson. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 8-8-2022 12:04 PM
Siannye la budak tu ingat bapak nk bawak g taman permainan sekali pergi taman syurga
Quote lattehazelnut 8-8-2022 12:10 PM
Dah mcm berita harian je kes mcm ni kat us..
Yang attack mall / sekolah / tempat smyg pulak tiap bulan punye aktiviti..
Nak kesian pun dah xlarat..
Diorg sendiri xnak buat perubahan..
Quote rosedemon 8-8-2022 07:05 PM
ni mesti kes xda duit, banyak utang. kompomlah ni
Quote KirazMevsimi 9-8-2022 08:41 AM
Ya ALLAH. tekad sungguh dah ni. macam mana la ye anak² lain nengok dulu beradik diorang ditembak, kemudian baru giliran dia. punya kuat bunyi tembakan. apa la punca bapak diorang bertindak cenggitu. hm seram
Quote matchstick 9-8-2022 08:49 AM
Mana mak bdk2 tu..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.040864 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top