CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Pijak Kucing Tengah Sedap Tidur- Kaki Wanita Jadi Bengkak, Menggelembung Hitam, Sakit Luar Biasa

8-8-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2005| Komen: 11

Kota Bharu: Walaupun keadaan bengkak pada kaki kanannya akibat digigit kucing semakin surut, seorang pencari tiram dihimpit kebimbangan apabila ia kini bertukar warna kehitaman.


Roslaili Zakaria, 51, berkata masalah itu bermula apabila kakinya digigit kucing akibat terpijak haiwan terbabit yang sedang tidur kira-kira dua minggu lalu menyebabkannya membengkak dari hari ke hari sehingga kulit menggelembung dan sakit.

Menurutnya, keadaan kakinya kini berubah menjadi kehitaman menyebabkannya terpaksa menggagahkan diri untuk berjalan walaupun terhincut-hincut.

Foto: Harian Metro

"Selepas kejadian itu, saya segera ke klinik swasta untuk menerima rawatan sebelum diberi suntikan kerana difahamkan gigitan kucing agak berbisa.


"Bagaimanapun, keadaan kaki kanan terus membengkak dan menggelembung seakan melecur, malah kesakitannya juga sangat luar biasa," katanya.

Roslaili berkata demikian selepas menerima kunjungan Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang turut menyampaikan makanan asas serta sumbangan wang zakat di rumahnya di Kampung Lapang Pari di sini.

Menurut Roslaili, melihatkan keadaan dirinya, anaknya yang berasa bimbang memaksanya supaya sekali lagi pergi ke klinik dan doktor hanya membekalkannya ubat.

Katanya, doktor memaklumkan keadaan itu adalah proses penyembuhan, malah pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada jangkitan kuman dikesan dalam darahnya.

"Saya tetap rasa bimbang kerana menghidap penyakit kencing manis sejak lima tahun lalu. Keadaan kaki kini sudah surut bengkaknya, cuma berubah menjadi kehitaman dan mengandungi nanah.

"Sebenarnya, saya langsung tidak menyangka hanya dengan sedikit gigitan sahaja mampu menyebabkan kecederaan teruk," katanya.

Menurutnya, mata pencarian keluarganya turut terjejas sepanjang proses penyembuhan dan hanya bergantung kepada suami, Mohd Zin Abdullah, 57, yang bekerja kampung.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Roslaili di talian 013-9755243. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 8-8-2022 11:00 AM
semoga macit ni cepat sembuh......
Quote lasagnaklcc 8-8-2022 11:01 AM
Ke gangrene? Sbb dia pon ada diabetes.
Quote Artemesiaa 8-8-2022 11:32 AM
Ada kencing manis pasti akan ambil masa lama untuk pulih berbanding dengan orang biasa
Quote ninja boy 8-8-2022 11:40 AM
Edited by ninja boy at 8-8-2022 11:42 AM

Kucing pelahap pemalas tidur bersepah tengah jalan ganggu lalulintas gigit orang, tangkap cicak rat x mau
Quote monreyes 8-8-2022 12:26 PM
mcm dah gangrene je tu.....
Quote KIM.K 8-8-2022 12:36 PM
Orang kata bisa kucing dgn ular sama.
Mak iols kena patuk ular. Tak lama kena kokak kucing, bengkak tangan sebulan. Kulit macam nak meletup
Quote lattehazelnut 8-8-2022 12:37 PM
Title mcm mastika
Quote rosedemon 8-8-2022 07:04 PM
ketulahan kucing ke ni?
Quote Belibis 8-8-2022 07:08 PM
Ingatkan sekngucing yang kena pijak.
Quote asfaz 8-8-2022 07:59 PM
Nanah tu bahaya .pergi klinik la cuci. Walaupun doktor kta takde kuman and dh bgi ubat
Quote mesmerize 8-8-2022 08:47 PM
aku biasa gak kena gigit kucing.. gigit2 manja tu hari2 la sebab mmg bela kucing.. tapi ada sekali jari kena gigit dengan anak kucing liar, berlubang kecik la jugak.. tapi syukur takde pape.. dah sembuh pun

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 1.129593 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top