Peminat drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif.
Meskipun memegang status sebagai pegawai polis, Shaharon Anuar, 60, bagaimanapun memiliki bakat besar dalam bidang lakonan. Katanya, beliau bermula sebagai model iklan komersial sebelum membuat penampilan sulung dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd. iaitu Pemburu Bayang. "Pertama kali menceburi dunia seni sebagai bakat utama dalam iklan Toyota Land Cruiser-Jungle Out There pada tahun 1989.
"Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pemburu Bayang yang dikeluarkan pada 1992," jelasnya kepada mStar. Mengulas lanjut mengenai kerjaya lakonan, Shaharon Anuar mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugas. Bagaimanapun watak yang dibawa tidak boleh mencemar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain hanya dilakukan selepas waktu bekerja. "Saya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Terlibat dalam bidang ini saya perlu melupakan waktu rehat atau masa untuk dihabiskan bersama keluarga kerana perlu berada di set penggambaran. "Melakonkan watak pegawai polis bukan satu membebankan kerana saya sendiri seorang anggota polis. Saya anggap perkara itu biasa dan sama seperti tugasan harian. "Produksi akan kumpul semua babak melibatkan saya dalam masa satu hari. Dianggarkan 15 atau 20 babak satu hari penggambaran bermula pukul 9 pagi dan tamat pada 12 tengah malam atau 2 pagi," ujarnya. Shaharon Anuar secara rasminya bersara pada 1 Ogos lalu selepas 38 tahun berkhidmat dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC). Beliau merancang untuk meneruskan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas persaraannya. "Sekiranya ada peluang saya akan teruskan kerjaya lakonan mahupun membuka rumah produksi sendiri. Mungkin juga saya akan menceburi bidang korporat," katanya. Selain itu Shaharon Anuar juga tidak dapat melupakan kenangan manis ketika berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie pada 2001. "Saya mengikuti promosi filem di beberapa negeri dan tidak menyangka sambutan positif peminat sangat menggalakkan sehingga diserbu mereka. "Walaupun pelakon pembantu tetapi itu menjadi satu kenangan manis yang tidak dilupakan," terangnya. Bercerita mengenai kerjaya sebagai anggota polis, Shaharon Anuar memberitahu, dia pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) namun ditolak. Beliau tangguhkan hasrat itu kerana mahu membantu ayahnya iaitu seorang petani untuk menyara keluarga memandangkan dia anak sulung daripada lima orang adik beradik. "Bermacam pekerjaan saya lakukan antaranya buruh am ladang kelapa sawit di kawasan Air Putih Taiping; buruh kontrak di Perumahan Taman Greenwood, Gombak; pengawal keselamatan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Keramat; penyelia projek syarikat pembinaan dan pegawai kerani di Felcra Seberang Perak. "Ketika tawaran kekosongan jawatan Inspektor Percubaan, saya memohon dan Alhamdulillah berjaya. "Pada 4 November 1984 saya melapor diri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak Kuala Lumpur menjalani latihan asas selama enam bulan," terangnya yang selepas itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ketika dalam perkhidmatan. Shaharon Anuar berkahwin dengan Datin Norasmaria dan memiliki lapan orang cahaya mata serta tiga orang cucu. Antara filem lakonan beliau Gerak Khas The Movie 1 dan Maria Mariana 2. -CARI Sumber: mStar Online
|
Nenasketum replied at 7-8-2022 04:15 PM
Takde orang nak bukak news TS Hamid Bador kawen lagi ke? Tetiba sun laporkan dia sebagai balu padaha ...
sukacactus replied at 7-8-2022 06:58 PM
Ooo bkn duda la ye, cuma buka caw baru
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...
kuchenta_81 replied at 7-8-2022 07:53 PM
Ni refer tu Shaharon ke atau ex KPN tu? Confuse akak
Suchi replied at 7-8-2022 07:28 PM
Haah iols pun ada baca post dia kat group tu, sbb tu rasa dejavu je nih mmg dia ada sebut akan ber ...
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...
makita replied at 7-8-2022 08:05 PM
Alamak, meols pon tiba2 confused. Meols refer pd shaharon ni
kuchenta_81 replied at 7-8-2022 08:34 PM
Haha sebab ex KPN katanya kawen baru. So yg Shaharom ni pun kawen kali kedua la jugak eh
ADVERTISEMENT