Berada di tempat awam pastinya sikap bertolak ansur perlu menjadi keutamaan terutama melibatkan wanita hamil, orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas.
Baru-baru ini kecoh di media sosial sebuah video memaparkan tindakan seorang lelaki yang dilihat sedang tidur di kerusi sebuah klinik ibu dan kanak-kanak. Dalam video yang sama, keadaan sekeliling dipenuhi ramai golongan ibu hamil sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan. Apa yang menimbulkan kemarahan ramai adalah, apabila terdapat seorang wanita yang sarat terpaksa berdiri sambil bersandar di dinding kerana tidak mendapat kerusi.
“Ini masalah masyarakat kita, yang lelaki boleh siap tidur dekat kerusi, wanita hamil pula berdiri tunggu giliran,” komen seorang pengguna. “Kalau di klinik aku pergi, memang akan ada jururawat menjerit kalau nampak ruang keutamaan disalah guna oleh golongan lain,” ujar pengguna lain. “Sedap kau tidur ye bang, kalau penat sangat, cari la tempat lain, jangan susahkan orang lain, ada bini pun tak boleh kejutkan suami kalau dah nampak ada yang lain menunggu,” ciap pengguna Twitter. -CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 7-8-2022 01:52 PM
Abang tu baru balik kerja shift malam sampai2 di rumah kena hantar bini pi klinik datang pun naik mo ...
nyoyoyenye replied at 7-8-2022 04:15 PM
sejak2 klinik da longgarkn sop which means husben bole teman bini g checkup,, seat penuh ya dengan m ...
ADVERTISEMENT