CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ketagih Seks Buat Laporan Polis- Dirogol Konon, Padahal...

7-8-2022 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7285| Komen: 63

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya dia dirogol seorang pemandu van kilang membawa padah apabila ditahan polis kira-kira pukul 4 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan mendapati wanita tempatan berusia 23 tahun itu membuat laporan palsu untuk mengelak daripada melakukan hubungan intim dengan lelaki berkenaan.

“Malam kelmarin, seorang wanita hadir ke Balai Polis Larkin membuat laporan mendakwa dia dirogol seorang pemandu van kilang berusia 21 tahun di kawasan gelap dekat Jalan Dewata, Larkin, pada 3 Ogos lalu.

Gambar Hiasan

“Ekoran itu, wanita berkenaan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan serta ke lokasi kejadian yang didakwa berlaku insiden rogol sebelum turut menyiasat lelaki yang didakwa terlibat,”katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Raub berkata, hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan mendapati dia tidak mengaku bahawa dia merogol wanita tersebut sebaliknya memberitahu mereka melakukan hubungan itu atas dasar suka sama suka, tanpa sebarang paksaan.

Ujarnya, selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku laporan polis dibuat adalah palsu dan alasannya, lelaki itu mahu melakukan hubungan seks lagi, tetapi dia tidak mahu, jadi dia ambil keputusan membuat laporan polis mendakwa dirogol.

“Hasil pemeriksaan di hospital pula mendapati terdapat kesan lama akibat hubungan seks pada kemaluan wanita, siasatan awal juga mendapati wanita itu mengaku selalu melakukan hubungan seks dengan beberapa orang lelaki lain,” ujarnya.

Tambah Raub, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur kejadian rogol memandangkan wanita itu berusia lebih 16 tahun selain tiada insiden paksaan atau tanpa kerelaan yang dikesan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-8-2022 11:58 AM
kalau dah stim lancap jelah xperlu bagi dara silap2 predator tu dah siap rakam lepas tu bangga bagi kawan2 tengok.

lagi satu nak elak mudah je xperlu keluar berdua. sebab orang ketiga tu setan ... simple je.
Quote makita 7-8-2022 12:29 PM
Dia igt report polis ni acah acah report ke ketua kelas ke? Ha kan sendiri terkedu ngaku buat report tipu2 acah2 tak rela dirogol
Quote ninja9 7-8-2022 12:37 PM
makita replied at 7-8-2022 12:29 PM
Dia igt report polis ni acah acah report ke ketua kelas ke? Ha kan sendiri terkedu ngaku buat report ...

cerita lama pasal perangai sendiri pun kena cerita kat polis..
Quote dua_chzy 7-8-2022 12:38 PM
Buang masa je pi buat fake report. Dah la kena kangkang depan doktor untuk cek koyakan vagina. Buang masa doktor, nurse, polis. Buduh.
Quote 3chanceno 7-8-2022 12:39 PM
Adooiii, malunya...Sendiri kantoikan diri sendiri

Dak pompuan nie, dah ramai pasangan ko tu, tak de yang boleh lekat jadi tok laki ke?
Quote namr 7-8-2022 12:43 PM
los lobos lettew
Quote Suchi 7-8-2022 12:47 PM
Laa dah tanak main sudahlaa kenapa sampai buat laporan palsu.
Tak dinyatakan bangsa dan ugama apa tp korang ni pun hidup dah mcm ummah barat rasa2 horny pi la main ngn sesapa eh?
Maybe drebar van tu tak sedap tu yg dia takmo dah la repeat.
Quote Suchi 7-8-2022 12:50 PM
3chanceno replied at 7-8-2022 12:39 PM
Adooiii, malunya...Sendiri kantoikan diri sendiri

Dak pompuan nie, dah ramai pasanga ...

Hanya hubungan fizikal je kot , belum jumpa lagi calon imam yg terbaik.
Lagipun nak kawen sekali  je kan mestila nak cari yg bebetul terbaik dan memuaskan hati.
Quote matchstick 7-8-2022 01:29 PM
Kenapa tajuk berita tulis wanita ketagih seks

Sbb ada kesan sheols have sex dgn few mens sblm ni boleh conclude sheols ketagih ke pandai2 je reporter ni
Quote sukacactus 7-8-2022 01:32 PM
IQ berapa pompuan ni
Bodohnya lah hai
Quote fortiori13 7-8-2022 01:36 PM
Kalo x nak ngeseks ngn mamat tu, x yah la gi jumpa, bercontact2 bagai. Bijak betul gi buat report palsu, kan dah kena siasat...
Quote abangbikerz 7-8-2022 01:41 PM
ni mesti kalah awal ni. tu yg xnk lagi tu.
Quote Skuau 7-8-2022 02:12 PM
dia bgtau(atas tu)..dia x nk tp laki tu..nak lg...sb tu dia repot polis...ni..'kes rela terpaksa' ke haper???
Quote prettyuglybabe 7-8-2022 02:25 PM
patutnya buat laporan polis laki tu ajak buat seks bukan report kena rogol..
maybe dah tolak banyak kali tapi laki tu dok harass ajak buat seks..
Quote putericahaya999 7-8-2022 02:26 PM
Ni kalau filem hindustan ni section 35 tajuknya
Quote kaedahnya 7-8-2022 03:08 PM
sian pompuan ni. dah macam buat laporan palsu tanpa niat la ni. patutnya buat report kena harrass dengan laki tu, bukannya buat cerita kena rogol. tapi tu la kalau tengah takut nak pikir betul betul pun tak boleh.
Quote kaedahnya 7-8-2022 03:13 PM
tapi kalu 2nd time ramen tu memang kena paksa considered rogol la.
Quote kemaruk 7-8-2022 03:27 PM
Macam bangkem katakan sebelum ni

Jauhilah perempuan psycho

Mereka akan reka cerita dan they are very good at it
Quote putericahaya999 7-8-2022 03:50 PM
Kenapa kata dia ketagih seks

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.043899 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top