CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hebat Penangan Isteri Orang, Bercinta Dengan 18 Lekai Serentak!

7-8-2022 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1736| Komen: 9

Beijing: Polis Shanghai mengesahkan penahanan model wanita berusia 29 tahun bernama Wu atas dakwaan menipu ramai lelaki.

Agensi berita Newsnpr memaklumkan walaupun dia berkahwin sejak 2014 dan mempunyai seorang anak berusia lebih dua tahun, Wu terbabit secara romantik dengan ramai lelaki sejak 2017.

Pada satu ketika dia berpacaran dengan 18 lelaki pada masa yang sama, berita Radio Shanghai TV.

Foto: Newsnpr

Wu berpura-pura bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu, malah mengambil gambar praperkahwinan untuk meyakinkan lelaki berkenaan.


Beberapa orang kemudian jatuh cinta dengannya sehingga mereka mula memanggilnya sebagai 'isteri' ketika berbual secara dalam talian.

Apabila mengetahui 'jerat sudah mengena', Wu meminta wang daripada mangsa.

Kadang-kadang Wu berkata, dia memerlukan wang segera untuk menjaga bapanya yang sudah tua dan menghidap kanser.

Wu berkata, dia mahu meminjamkan wang kepada abangnya untuk membeli apartmen atau menjamin sepupu keluar dari penjara.

Wu juga mendakwa mewarisi harta berharga tetapi tidak mempunyai wang untuk membayar cukai.

Lelaki terbabit percaya kata-kata itu adalah benar, malah ada kalangan mangsa yang menjual hartanah untuk memindahkan wang kepadanya.

Sesetengah daripada mangsa mula mengesyaki helah Wu kerana dia cuba mengelak apabila diminta untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.

Sesetengah orang mula menuntut wang kembali yang dipinjamkan oleh Wu dan mengancam untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Wu kemudiannya memulakan 'skim Ponzi' dengan menggunakan wang diperoleh daripada teman lelaki baharu untuk membayar balik hutang bekas teman lelakinya.

Helahnya terbongkar selepas seorang mangsa melaporkan penipuan wanita itu kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa kemudian menahan wanita itu di sebuah apartmen, yang disewa bersama suami dan anak lelakinya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-8-2022 11:56 AM
dalam dunia nyata pun ada. masih bersuami cinta tidur dengan orang lain. tak pelik . sbb tu kat china kalau jumpa penyondol mereka perang habis sbab duit je. selagi harta suami xpindah tangan selagi tu akan menyondol dan disondol.

the power of money and pussy
Quote intan244 7-8-2022 03:45 PM
cannot brain.
loser sgt ke sampai xleh cari duit sendiri
Quote airfilterkotor 7-8-2022 03:56 PM
Lekai tu apa ekk?
Quote green~tea 7-8-2022 04:08 PM
intan244 replied at 7-8-2022 03:45 PM
cannot brain.
loser sgt ke sampai xleh cari duit sendiri

Sejenis pemalas kerja... hati kering
Quote green~tea 7-8-2022 04:09 PM
CiliPadiSedap replied at 7-8-2022 11:56 AM
dalam dunia nyata pun ada. masih bersuami cinta tidur dengan orang lain. tak pelik . sbb tu kat chin ...

Semoga masuk neraka jahanam

Sebab menipu suami
Quote sambaldurian 7-8-2022 04:11 PM
Gambar yg x dipixelkan xde ke, ke ni gambar sekadar hiasan bukan suspek pun - gmbar org lain ke. Tp tgk gaya pixelan mcm comel, mcm song ji hyo/ yoona snsd gaya.
Quote nyoyoyenye 7-8-2022 04:12 PM
takde wajah okg ke
Quote CiliPadiSedap 7-8-2022 05:13 PM

ya allah sis rajinnya salin kulit
Quote nyoyoyenye 7-8-2022 05:21 PM
CiliPadiSedap replied at 7-8-2022 05:13 PM
ya allah sis rajinnya salin kulit

hah? salin kulit ?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.095775 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top