CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Tengah Naik Motor, Nampak Suami Curang Dalam Kereta! Habis Cermin Kena Hempuk Guna Topi Keledar

7-8-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2308| Komen: 15

JAKARTA – Seorang wanita di Gorontalo, Indonesia yang berjaya ‘menangkap’ suaminya curang bersama perempuan lain bertindak memecahkan cermin hadapan kereta ketika kedua-dua mereka berada di dalam kenderaan tersebut, lapor laman berita Kompas.


Kejadian  berlaku di Jalan Raden Saleh, Kota Gorontalo, Sulawesi apabila wanita yang sedang menunggang motosikal menyedari suami dan perempuan simpanannya sedang berdua-duaan di dalam kereta.

Foto: Tribunnews

Terkejut melihat isterinya, lelaki itu cuba untuk melanggar  motosikal wanita itu namun tidak berjaya.

Berang kerana hampir dilanggar suami sendiri, wanita tersebut memberhentikan motosikal lalu memegang topi keledar sebelum menghempasnya ke atas cermin hadapan kereta.


Lelaki tersebut memilih untuk melarikan diri bersama teman wanitanya dan membiarkan keretanya tersadai di jalan.

“Mungkin kerana dia sedang berjanji temu dengan wanita itu, sebab itu dia cuba melanggar saya.

“Saya terus berhenti di lampu isyarat merah, turun dan memecahkan cermin kereta,” kata isteri yang dikenali sebagai SU.

SU dan suaminya masing-masing membuat laporan polis dengan lelaki itu mengatakan isterinya telah melakukan kesalahan vandalisme dengan memecahkan cermin keretanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-8-2022 11:07 AM
cuba bayangkan bik friska pakai helmet pecahkan cermin kereta di malaysia. masa tu kita xperlu baca isi dah tahu sebab apa
Quote Solokkk 7-8-2022 11:08 AM
Berita caprut
Quote sharlenetexas 7-8-2022 11:17 AM
Trisna friskis ke tu?

Quote edayildiz 7-8-2022 11:45 AM
ganaznyaaaaaa.
Quote intan244 7-8-2022 03:31 PM
lelaki x guna.
Quote airfilterkotor 7-8-2022 07:06 PM
Ntah² majikan suami dia yang menumpang.
Esok kena buang keje.
Quote airfilterkotor 7-8-2022 07:07 PM
Kekaseh gelap rupanya orang lain.
Quote Skuau 7-8-2022 09:45 PM
yg curang tu wasitnya...yg ini namanya berselingkuh-
Quote buapakperut 7-8-2022 10:19 PM
Habis pecah windshield, samada tante itu desperado atau kete tu refurbished dgn spare part murah
Quote Suchi 7-8-2022 10:42 PM
Dah kenapa laki dia tu cuba nk langgar dia?
Quote eyansss 8-8-2022 01:45 AM
Suchi: Dah kenapa laki dia tu cuba nk langgar dia?


manusia bangang akan tend to do stupid things bila kantoi...
Quote anony-mous 8-8-2022 02:40 AM
Sial punya jantan. Boleh pulak nk lggar wife tu.
Quote kitmal 8-8-2022 07:00 AM
ala bini Tiger wood...versi malaysia...kalau dia guna kayu golf..sini guna helmet
Quote Supersirap 8-8-2022 07:08 AM
Selayaknya diajarin begitu
Quote KamikuP 8-8-2022 09:38 AM
Berita caprut sehari selembar benang lama lama jadi caprut

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.042379 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top