Satu video tular menunjukkan seorang pengemis jalanan yang sering meminta sedekah di lampu isyarat Kota Kraksaan di sini memberikan duit kepada penyanyi dangdut mendapat perhatian pelbagai pihak.
Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu, pengemis lelaki warga emas yang dikenali sebagai AI, 58, itu menari bersama penyanyi dangdut dalam satu persembahan sebelum ‘menabur duit ke penyanyi itu’. Penularan video tersebut turut mendapat perhatian pihak berkuasa menyebabkan mereka menahan pengemis berkenaan dan membawanya ke balai polis. Jurucakap polis, Budi Utomo berkata, AI sudah banyak kali ditahan polis kerana sering meminta sedekah secara paksa di lampu isyarat.
“Lelaki itu sudah banyak kali diberi amaran oleh polis supaya tidak meminta sedekah, namun dia tetap melakukan perbuatan tersebut. “Kehadiran AI sudah diketahui pengguna jalan raya di Kraksaan apabila dia memukul rebana setiap kali meminta sedekah,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com. Selain itu, AI didakwa menggunakan duit hasil mengemis semasa memberikan duit kepada penyanyi dangdut berkenaan. Malah, lelaki warga emas itu juga pernah meminjamkan sejumlah wang kepada jiran tetangga menggunakan duit hasil mengemis. Sumber: Utusan |
ADVERTISEMENT