CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Roller Coaster Rosak Di Puncak, Pengunjung Terperangkap Secara Menegak Di Ketinggian 50 Meter

5-8-2022 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1866| Komen: 4

Penunggang roller coaster berhadapan situasi cemas apabila mereka terperangkap sekitar 50 meter di ruang udara dalam suhu 37 darjah Celsius selama lebih sejam selepas permainan yang digunakan tiba-tiba tidak berfungsi.


Difahamkan, permainan 'Abismo' di Parque de Atracciones di Madrid, Sepanyol, mengalami masalah teknikal yang menyebabkan sekurang-kurangnya sepuluh pengunjung taman tema terperangkap pada Rabu, 3 Ogos.

Foto: Daily Star

Sebelum kejadian berlaku, kesemua mereka sedang menikmati permainan dengan kelajuan lebih daripada 65mph di sepanjang liku.

Bagaimanapun permainan roller coaster berkenaan tiba-tiba berhenti semasa bergerak dalam keadaan menegak di bahagian paling atas, kira-kira jam 9 malam.


Disebabkan perkhidmatan kecemasan tidak dibawa masuk, pengunjung terlibat terpaksa berada dalam keadaan cemas kira-kira satu jam.

Pun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan taman tema terbabit dibuka seperti biasa pada hari berikutnya. -CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 5-8-2022 09:44 AM
uih...seram...
Quote Zaien 5-8-2022 09:58 AM
mak ai.. mau muntah ijo disitu..
Quote cap_ayam 5-8-2022 10:01 AM
Uish ngerinya.
Quote pooh~key 5-8-2022 10:02 AM
Kote johnny depp tak boleh tegak tersenyum sinis dek.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.116417 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top