Lapan kenderaan mengalami pelbagai kerosakan akibat rempuhan sebuah lori muatan batu kerikil yang dipercayai mengalami kegagalan sistem brek di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil pada Rabu.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook. Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab berkata, pemandu lori berusia 34 tahun berkenaan datang dari arah Bukit Jalil menghala Puchong sebelum hilang kawalan berhampiran sebuah pusat pameran kereta di sini sekitar jam 2 petang.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh lapan kenderaan di hadapannya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. Izuddin berkata, sewaktu kejadian, pergerakan trafik di lokasi kejadian perlahan berikutan kesesakan jalan raya. Menurutnya, kemalangan tidak melibatkan kecederaan parah atau kematian. "Ujian alkohol dan urin yang dijalankan terhadap pemandu lori terbabit didapati negatif. "Pemandu lori ditahan dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Tambah beliau, semakan mendapati pemandu lori warga tempatan itu mempunyai 13 rekod saman lampau, namun kesemuanya telah dijelaskan. Sumber: Sinar Harian
|
white_musk replied at 4-8-2022 06:11 PM
Kita janganlah marah pemandu lori itu kerana mereka pekerjaan yang paling mulia iaitu pilot darat
azimodin: 3 kenderaan yg aku paling x ge ...
azimodin replied at 4-8-2022 06:37 PM
3 kenderaan yg aku paling x gemar berselisih - myvi, hilux & lori. Siapa biasa bawak dekat area ke p ...
sambaldurian replied at 4-8-2022 09:06 PM
Betul, aku pun buat ego je klu lori high beam, bkn nye aku bwk 60km/jam. Dah la depan2 ada kereta, ...
yenil95 replied at 5-8-2022 09:07 AM
Kalau betul brek tak makan, mohon siasat jugak pegawai puspakom yang periksa lori tu. Ke lori tu tak ...
ADVERTISEMENT