CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Maut, 6 Cedera Tadika Diserang Gengster

4-8-2022 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1778| Komen: 3

Tiga terbunuh dan enam lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah tadika di wilayah Jiangxi, tenggara China, lapor AFP.

Polis dalam kenyataan disiarkan di Weibo memaklumkan seorang gengster `yang memakai topi dan pelitup muka’ menyerbu masuk ke sebuah tadika di daerah Anfu kira-kira pukul 10 pagi (waktu tempatan).



Kata polis, suspek berusia 48 tahun itu masih bebas.

“Agensi keselamatan berkaitan sedang berusaha sedaya upaya memburu suspek tersebut,” jelas kenyataan itu.

Satu rakaman video yang dikongsi akhbar Beijing Daily memaparkan seorang pegawai polis mengendong kanak-kanak kecil menuju ke ambulans.


Setakat ini, maklumat mengenai umur mangsa masih belum didedahkan.

Jenayah seperti ini jarang berlaku di China, yang melarang penduduknya memiliki senjata api, namun terdapat beberapa kejadian tikaman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kes serangan maut khususnya membabitkan kanak-kanak tadika dan pelajar sekolah, semakin meningkat di seluruh negara dan dilakukan oleh individu yang mahu membalas dendam terhadap masyarakat.

Serangan itu memaksa pihak berkuasa untuk meningkatkan keselamatan dan siasatan mengenai punca perbuatan ganas itu.

April lalu, dua kanak-kanak maut dan 16 lagi cedera apabila seorang lelaki yang memiliki pisau memasuki sebuah tadika di selatan China. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-8-2022 05:29 PM
Masaalah orang dewasa usah libatkan kanak2
Quote I.K.A888990 6-8-2022 02:28 AM
hrp dpt la tangkap suspek tu
giler kau buat hal dlm tadika kut
Quote anony-mous 6-8-2022 02:56 AM
Gila!! Nk lawan dgn USA ke??

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.085151 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top