CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Samseng! Pendatang Asing Bangladesh, Indonesia Myanmar, Rohingya Jadi Ahlong Di Malaysia

4-8-2022 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3534| Komen: 28

Kuala Lumpur: Sebelum ini mereka menimbulkan suasana tidak senang penduduk tempatan kerana jumlah yang begitu ramai sehingga dikatakan menguasai sesuatu kawasan.


Terbaharu, pendatang asing dari tiga negara iaitu Bangladesh, Indonesia dan Myanmar termasuk etnik Rohingya dikesan terbabit dalam perniagaan ceti haram atau along dengan menyasarkan peniaga terutama di Pasar Borong Selayang serta pusat perniagaan Sentul sejak tiga tahun lalu sebagai mangsa.

Mendedahkan kegiatan along 'antarabangsa' itu kepada Harian Metro, Aktivis Kanan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Zharif Johor berkata, pihaknya menerima aduan daripada lebih 10 mangsa terdiri daripada warga tempatan yang diancam ceti haram terbabit.

Foto: Harian Metro


Katanya, berdasarkan semakan, pihaknya mendapati along berkenaan aktif menjalankan kegiatan sejak tiga tahun lalu dengan menawarkan pinjaman serendah RM2,000 hingga RM20,000 kepada peniaga yang mengalami masalah kewangan.

"Mereka juga bertindak ala samseng dengan mengugut untuk menyita premis perniagaan sebagai hukuman jika tidak melunaskan pinjaman.

"Seperti tidak gentar dengan undang-undang, mereka bertindak liar dengan mengugut mangsa di kedai mereka serta mengancam untuk mengambil alih perniagaan jika wang tidak dibayar," katanya.

Muhammad Zharif berkata, keadaan itu menyebabkan mangsa takut dan mencari jalan keluar kerana bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga.

Hasil semakan mendapati, along berkenaan juga dipercayai berniaga di kawasan sama dan menyasarkan peniaga lain yang dibelenggu masalah kewangan terutama ketika baharu saja kembali beroperasi akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

Katanya, along antarabangsa ini juga bertindak seolah-olah mereka 'kebal' daripada peraturan sehingga berani mengugut untuk merampas kedai serta mengambil alih perniagaan sedia ada.

"PPIM bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi barah terutama ketika ramai usahawan masih bergelut untuk beroperasi semula.

"Kita akan mendapatkan khidmat nasihat perundangan juga kerana yakin tentu ada dalang di sebalik semua ini. Jika tidak, bagaimana mereka begitu berani menjalankan kegiatan tidak sah dan rakyat tempatan pula menjadi mangsa," katanya.

Dalam pada itu, pemerhatian wartawan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik mangsa mendapati along berkenaan datang secara berkumpulan serta mengugut mangsa untuk membayar pinjaman.

Menurut pengadu yang mahu dikenali sebagai Nasuha, 40-an, dia dikenakan kadar faedah lebih lima peratus menyebabkan jumlah itu meningkat berkali ganda jika dia terlewat membayarnya.

"Apa yang saya risaukan ialah keselamatan diri serta keluarga. Mereka ini bersikap kasar dan mungkin pada bila-bila masa akan datang dan mengugut untuk meminta bayaran," katanya.

Menurutnya, along yang dipercayai daripada Myanmar itu mengugut akan merampas kedainya jika gagal membayar pinjaman seperti yang diminta.

Katanya, dia terpaksa merujuk kes berkenaan kepada PPIM selepas mendapati along berkenaan mengugutnya secara berterusan walaupun dia sudah membayar sebahagian daripada pinjaman sebelum ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 4-8-2022 02:33 PM
dah tu KERA-jaan buat pe je?kat selayang dulu masa iollss blaja kat sana iollls memang takut nak gi belanja kat nsk ke takpun pasar selayang sana..penah la jenjalan kat sana skali mak aih tengok dorang meniaga tepi jalan je jual sayur ke ikan tak brape elok tapi what to do, laku lak tu jualan dorang sebab ramai yg beli termasuk orang kita gak..iollss idok ler sanggup nak beli lebih rela beli kat giant sri gombak tu..tak tahu la wujud lagi ke idok giant tu since iollss da grad tahun 2015..
Quote Artemesiaa 4-8-2022 02:34 PM
Bukan benda baru pun kan tahu tak tahu je
Quote CiliPadiSedap 4-8-2022 02:45 PM
krisis sosial yang teruk...
Quote CiliPadiSedap 4-8-2022 02:46 PM
krisis sosial yang teruk...
Quote Skuau 4-8-2022 02:50 PM
Edited by Skuau at 4-8-2022 02:51 PM

Sayang sekali ACARA BOBOH tidak dipertandingkan kt Sukan Komanwel..kalo x..licin Msia....sapu bersih pingat emasnya.
Quote hashashes 4-8-2022 03:15 PM
mamajawie replied at 4-8-2022 02:33 PM
dah tu KERA-jaan buat pe je?kat selayang dulu masa iollss blaja kat sana iollls memang takut nak gi  ...

Giant tu masih ada sis senang2 nanti singgah la hehe
Quote mamajawie 4-8-2022 03:16 PM
hashashes replied at 4-8-2022 03:15 PM
Giant tu masih ada sis senang2 nanti singgah la hehe

insha Allah chuollss..iollss pun da lama sangat x gi selangor padahal dok kat n9 jurhhh..huhuhuh

Quote Kak-Rohana 4-8-2022 03:17 PM
Depo tahanan dah kosong ke belom? Takde pun Op Penyucian!
Quote hashashes 4-8-2022 03:17 PM
Jangan tak tahu Rohingya pun mampu sewa kondo yach kat Selayang tu. Owner sangkak mana lah yang lapar  duit sangat sanggup bagi sewa kat bangsa pengotor camtu. Dah berkoloni diorang kat Msia ni. Siap ada sekolah sendiri bagai
Quote white_musk 4-8-2022 03:20 PM
hashashes replied at 4-8-2022 03:17 PM
Jangan tak tahu Rohingya pun mampu sewa kondo yach kat Selayang tu. Owner sangkak mana lah yang lapa ...

Owner yang sembah duit boleh jadi juga
Quote stingergrumpy 4-8-2022 03:21 PM
Ah long ler manusia yg paling baik....mana tempat lagi mau pinjam takda pakai collateral?

Kahkahkahkahkah
Quote hashashes 4-8-2022 03:23 PM
white_musk replied at 4-8-2022 03:20 PM
Owner yang sembah duit boleh jadi juga

Bangsa sepet kan, diorang apa kisah janji poket asyuk. Lagipun suka lah tu kalau Rohingya dah membiak ramai2 kat sini, boleh challenge melayu kata nya
Quote Dalcott 4-8-2022 04:15 PM
bagi la lg  masuk ingat diorg tu bersih ke kat sane. entah2 penyamun penyangak sume
Quote lattehazelnut 4-8-2022 04:19 PM
Kalau along tu org melayu dah kena tahan lama dah.. rohingya kejap2 unchr xleh tahan lah ape lah.. yihhhhhh..
Quote pyropura 4-8-2022 06:23 PM
Rohingya jadi Ayahanda kawasan pun boleh, apalah sangat ahlong. Gitulah rendahnya martabat melayu kita
Quote Manjahati 4-8-2022 06:32 PM
Perhambat jer lah dorang ni balik tempat asal..
Quote Adrif 4-8-2022 08:20 PM
lattehazelnut replied at 4-8-2022 04:19 PM
Kalau along tu org melayu dah kena tahan lama dah.. rohingya kejap2 unchr xleh tahan lah ape lah.. y ...

kebal

ada tu siap bersekongkol dengan pihak berkuasa. report pun tak jalan kan?

aku tak terkejut kalau satu hari tumpah darah, antara diorang dengan orang tempatan
Quote Skuau 4-8-2022 08:33 PM
Adrif replied at 4-8-2022 08:20 PM
kebal

ada tu siap bersekongkol dengan pihak berkuasa. report pun tak jalan kan?

takkan..depa tau orng tempatan 'penakut'...antara sb depa pilih mai Msia ni...
Quote Mulotkoyak 5-8-2022 02:33 AM
Kami rakyat masih menunggu lagi pekerja asing dari bangladesh, yindon and pakistan,  myanmar utk kemajuan negara... Tibahhh..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.086499 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top