CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengusaha Taska Tampar Budak 2 Tahun Banyak Kali, Sampai Lebam Mata Dan Pipi

3-8-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3098| Komen: 27

Kuala Lumpur: Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lalu.


Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Azlinawaty Julaihi, 41, selepas dia mengaku bersalah dengan menampar kanak-kanak berkenaan beberapa kali sehingga bengkak di kedua belah bahagian mata dan lebam di bahagian kanan tulang pipi dalam kejadian di sebuah taska di Jalan Dato' Senu, di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Jun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Gambar Hiasan


Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Emelia Kaswati dalam penghakimannya berkata, mahkamah perlu menjatuhkan satu hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya ia menjadi pengajaran kepada pengasuh lain agar tidak melakukan kesalahan sama.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan, dengan alasan dia tidak berniat untuk mencederakan mangsa dan merasa kesal atas perbuatannya.

"Selama tujuh tahun sebagai pengasas dan pengasuh di taska rumah, perkara ini tidak pernah berlaku dan saya mula mengasuh kerana minat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi," katanya dalam nada yang sebak.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub pula memohon mahkamah supaya hukuman bentuk pengajaran diberikan memandangkan mangsa adalah seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, tulang pipi merah dan bengkak di atas bibir selepas mengambil mangsa dari taska itu.

Pengadu telah bertanya kepada Azlinawaty dan dia memaklumkan mangsa terhantuk dengan anak asuhan lain ketika bermain tetapi akhirnya mengaku menampar mangsa.

Hasil siasatan polis mendapati, Azlinawaty menampar mangsa beberapa kali kerana mangsa meluahkan semula makanan yang disuap olehnya.

Hasil pemeriksaan rawatan pula mendapati, kecederaan yang dialami mangsa adalah akibat dipukul. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-8-2022 06:01 PM
sian budak tu. baru 2 tahun dah makan penampar
Quote zehra2 3-8-2022 06:09 PM
haramkn je buka pusat asuhan lagi
Quote fortiori13 3-8-2022 06:37 PM
Org gini tak sesuai bukak pusat asuhan, habis budak ditampar nnt...
Quote imanjannah 3-8-2022 06:39 PM
jahatnya perempuan ni.. elok tampar je muka dia sampai lebam jugak.. eee geram rasa
Quote umbut 3-8-2022 08:11 PM
Mestu gemok cam benon
Quote shernazz 3-8-2022 08:12 PM
Badan dia duakali bainun ka?
Budak 2 tahun kau tampar..
Cuba minta sazali samad.tampar kau....baru tau
Quote Adrif 3-8-2022 08:15 PM
fortiori13 replied at 3-8-2022 06:37 PM
Org gini tak sesuai bukak pusat asuhan, habis budak ditampar nnt...

setuju. kes sensitif ni. once dapat pelaku jenis camni, cepat2 banned diorang legally.
sebab ramai ya sebenarnya jenis pengasuh dera budak ni
tapi tu la, ramai jugak parents bodoh enabler.
"Alah sikit je, budak2 bukan ingat pon."
"Dah nak buat macam mana, nanti kami nak pegi keje, sapa nak jaga budak?"

aku tak paham. serius tak paham. diorang takde hati perut ke? takde perasaan ke?
diorang pandang budak kecik tu macam robot ke? macam cadar? macam bantal?
Quote Orenn1 3-8-2022 08:17 PM
Tampar budak 2 tahun mmg bangsat betul betina ni. Nape dera budak2 hukumannya cuma denda, murahnya nilai kesengsaraan yg budak2 ni lalui bila pelaku cu a kena bayar denda, patutnya kena penjara baru cashhh bangsattt2 ni semua
Quote Skuau 3-8-2022 08:20 PM
Edited by Skuau at 3-8-2022 08:22 PM

Ada tak forumer nk rasa penampar tak berbayang aku?....aku boleh/akan bayar rm7000.Dgn tulus ikhlas..tolong bg nama forumer kt sini..
Quote Orenn1 3-8-2022 08:25 PM
siapa ye nokharom Azlinawaty Julaihi ni? kena blacklist dr keja dgn kanak2
Quote fortiori13 3-8-2022 08:53 PM
Adrif replied at 3-8-2022 12:15 PM
setuju. kes sensitif ni. once dapat pelaku jenis camni, cepat2 banned diorang legally.
sebab ramai ...

Ada eh parents enabler gitu? Baru aku tau.. Aku ingat sume parents pun protective kat anak masing2...

Dari benda kecik la jadi ke besar. Memula dia tangankan anak ko sikit2, makin dibiar, makin dia berani buat benda lain kat anak ko. So mmg dari awal tak boleh biar, mak pak kena buat report polis & repot skali pihak yg berkaitan.
Quote .HannahMontana. 3-8-2022 08:57 PM
ramai org gila

ko penampar budak 2 tahun ke berapa pun org tu ko penampar ko makan penerajang plus penampar babi hutan
Quote syamzana 3-8-2022 08:58 PM
keji giler ko tampar anak org dan2 maknya tanya blh plak ckp terhantuk dgn bdk lain masa main. terhantuk kepala bapak ko la bdk 2thn main smpai bengkak pipi ke mata bagai. sakit plak hati baca.
ban je la dia ni dari bukak taska. hari ni janji esok lusa dibuatnya lagi
Quote fortiori13 3-8-2022 09:01 PM
Edited by fortiori13 at 3-8-2022 01:04 PM
Orenn1 replied at 3-8-2022 12:17 PM
Tampar budak 2 tahun mmg bangsat betul betina ni. Nape dera budak2 hukumannya cuma denda, murahnya n ...


Hukumannya leh denda atau penjara. So mahkamah akan guna budi bicara utk decide nak kenakan denda atau penjara. Mahkamah akan tengok antaranya keseriusan kecederaan mangsa, jumlah mangsa yg terlibat, berapa kali insiden berlaku, pelaku first offender atau repeat offender & dia mengaku salah dari awal (tak perlu pergi bicara bagai).

Sy pun tak setuju kes2 gini pelaku tu dikenakan denda je, walhal kejam kot tindakan pelaku tu dera & sakiti budak2 kecik. Tapi apa boleh buat sis oren, itulah undang2 negara kita

Marilah kita beramai2 melobi agar kadar hukuman utk kesalahan gini dinaikkan
Quote matchstick 3-8-2022 09:16 PM
Semoga melingkup bisnes taska betina nih..
Agak2 kalau parents lain tau kes ni diorg pakat berentikan anak masing2 dan cari taska lain or diorg aman2 je hntr lagi anak kt situ selagi tak jadi kt anak sendiri kekdahnye
Quote faraway1 3-8-2022 09:33 PM
Ialah ban, ramailah ibubapa bukan peduli pun, keluar penjara nanti ke lepas bayar denda, tetap open cam biasa, penting dorang boleh pergi kerja...

Banyak kali baca kat Facebook tu, dorang syak anak kena dera still ada hati tanya apa nak buat...

Quote sukacactus 3-8-2022 09:50 PM
Dengan budak 2 tahun, boleh la nak tunjuk kuat
Br 2 tahun tu, camtu ke cara didikan
Kata dah berpengalaman 7 tahun
Xboleh sabar sikit ke
Quote Serimolek 3-8-2022 09:53 PM
Kenot laa i kalau kekerasan terhadap kanak2 ni
Quote takayama 3-8-2022 10:04 PM
budak tu xnak mknlah sbb tu dia keluarkan semula apa yg dia siap, br 2 tahun kot bdk tu, dia xtaw nk labor apa dia rs may be x sedap bdn atau tekak x selesa tiber aje dia tampar bdk kecik ni bertalu2, alhamdulillah mak mangsa sedar dan confronted, lbh kurang cam kes anak kaka 18 tahun dulu, dahlah taska tu belkg rumah dirotannya anak kaka ms tu x smp lg 2 tahun dgn hanger, beranginlah anak2 dara kaka sbb nmpk sendiri adik diaorg kena tibai, mmg terus amik dan kaka bg taw owner yg anak tu bkn punching bag utk nanny di situ
Hrp ada tindakan lg tegas lps ni supaya pemilik dan pekerja taska x sewenang2nya pukul, rotan, tampar mahupun mencubit bdk2 asuhan mereka

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.156093 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top