CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Mati Dikurung Dan Dibelasah 3 Guru Kerana Curi Jam Tangan

3-8-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 916| Komen: 0

Pelajar lelaki berusia 15 tahun di Uttar Pradesh dikurung di dalam sebuah bilik dan dipukul sehingga mati oleh tiga guru sekolahnya selepas dituduh mencuri seutas jam tangan.


Menurut sumber, mangsa ada mengadu kepada ibunya, Shabana Begum dan bapanya, Jahangir bahawa dia dipukul di bahagian perut oleh tiga guru termasuk pengetua sekolah, Shiv Kumar yang menuduhnya mencuri seutas jam.


The Print

"Dia dan dua rakannya ditangkap guru dan mereka dituduh mencuri seutas jam tangan. Guru termasuk pengetua memukul mereka. Bagaimanapun, dua rakan Dilshan kemudian dilepaskan manakala mangsa dibawa masuk ke bilik dan terus dipukul," ujar ibu Shabana.


Menurut Jahangir, anak lelakinya itu mengalami sakit berlarutan akibat dipukul dan keadaannya dilihat semakin teruk. 

Susulan itu, mereka membawa Dilshan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, malangnya keadaan Dilshan semakin merosot dan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia. 

Jahangir mengakui sangat terkilan dengan tindakan tiga guru terbabit yang menuduh anak mencuri seutas jam dan menghukumnya tanpa bukti.

Hasil laporan bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada mayat mangsa dan punca kematian adalah disebabkan penyakit paru-paru kronik. 

Tetapi, keluarga mangsa seakan-akan tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat tersebut. 

Oleh itu, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya guru terbabit bertanggungjawab di atas kematian Dilshan. - CARI


Sumber: NDTV, The Print

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.111277 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top