|
Seorang doktor warga Malaysia diusir dari New Zealand selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan serangan seksual.
David Lim berpindah ke New Zealand pada 2006 dan sebelum itu pernah menjalani latihan sebagai doktor di Scotland. Dia menjadi pendaftar di Hospital Hawke’s Bay di Hastings, New Zealand, selama tiga tahun. David, 46, disabitkan kesalahan melakukan serangan seksual terhadap empat lelaki muda bawah bius pada 2014 semasa sesi rundingan untuk penyakit ringan yang dialami mereka. Apabila sedar, mangsa mendapati David menyentuh bahagian sulit mereka, mahkamah diberitahu.
David yang kini mengakui dirinya wanita, dikenakan perintah pengusiran di akhir hukuman lima tahunnya pada 1 Jun, lapor New Zealand Herald. Untuk rekod, warga asing di New Zealand berisiko diusir apabila disabitkan kesalahan jenayah dan David tidak lagi dibenarkan ke negara itu. Sejak 2019, David Lim dikatakan menolak parol sebanyak empat kali. Pada 2018, sebuah tribunal perubatan di New Zealand melarangnya daripada mengamalkan perubatan di negara itu dan memerintahkannya membayar kos NZD4,380. Sumber: Suara Merdeka
|
kena deport, maknanya hantar msia lah nie
harap tak jadi doktor lah setelah kembalu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.107627 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.