Aween Ismail mendedahkan dirinya pernah 'dibuat' orang beberapa tahun lalu. Lebih perit, bekas peserta program Dewi Remama 2018 itu disantau individu yang dikenalinya.
Berkongsi pengalamannya ketika menderita akibat perbuatan ilmu hitam itu, pemilik nama sebenar Nik Farzuwin Nik Ismail mendakwa darah keluar dari kemaluan dan mulutnya. Bagaimanapun, apabila cuba mendapatkan rawatan di beberapa hospital, penyakitnya gagal dikesan.
“Saya kesan diri saya disantau selepas saya keluar dan masuk dari empat buah hospital secara berterusan. Saya masuk Hopital Sungai Buloh, Selayang, Kuala Lumpur dan Shah Alam. “Saya dimasukkan ke hospital akibat berlaku pendarahan pada rahim saya dan sering muntah berdarah, saya ingat saya kena appendiks masa tu. “Tapi apa yang mengejutkan saya apabila doktor kata saya tidak menghidap sebarang penyakit pun, apatah lagi menghidap kanser,” katanya seperti dipetik dari Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran sebuah drama bersiri di Scream Park, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor. Sampailah satu tahap dia sudah tidak dapat menanggung rasa sakit, Aween mengambil keputusan menjalani pembedahan. “Tetapi, niat itu saya tangguhkan disebabkan terikat dengan kontrak perjanjian produksi ketika itu. “Saya ketepikan rasa sakit demi untuk meneruskan perjuangan saya dalam program tersebut dan teruskan semangat untuk lakukan tugasan yang diberikan. “Selang beberapa minggu, saya dimasukkan ke hospital sekali lagi dan terus melakukan pembedahan pada malam itu. Hasil pembedahan doktor maklumkan usus saya cantik dan tiada langsung masalah,” tambahnya. Pernah terjadi dalam satu insiden di mana darah tiba-tiba tersembur dari mulutnya sebelum dibawa ke Hospital Selayang. "Waktu itu saya sudah terbaring di atad katil dan tiada tenaga, rasa lemah je badan ni. “Masa dekat hospital itu juga, salah seorang sepupu saya ternampak kelibat nenek kebayan berdiri di sebelah saya. Dia telefon keluarga saya untuk maklumkan tetapi saya menafikan perkara itu dan saya langsung tak percaya,” katanya lagi. Katanya, ekoran kejadian itu dia belajar untuk sentiasa kuatkan diri dan tidak terlalu mempercayai orang sekeliling biarpun nampak sopan, belum tentu molek perangainya. Walaupun sudah memaafkan pelaku, Aween kini berhati-hati dalam memilih kawan. - CARI |
fadz84 replied at 3-8-2022 06:09 PM
Dia ni batch Dewi Remaja Haneesya juara kan? Mcm2 hal ye batch tu.. huhu
September14 replied at 3-8-2022 06:17 PM
Ckp pasal dewi, finalis yg baru ni yg ampun hauknya semua.. seyes la xde yg lawa dah ke ?
fadz84 replied at 3-8-2022 06:45 PM
Owh thn ni ada balik DR ye? Last yg mng ganti Haneesya dulu pun muka biasa2 je.. rasa dorg patut b ...
September14 replied at 3-8-2022 07:29 PM
Rasanya tahun hanesya tu xde pengganti so xde pemenang. Cuma lpstu ada dewi baru n mmg sendu sesen ...
September14 replied at 3-8-2022 06:17 PM
Ckp pasal dewi, finalis yg baru ni yg ampun hauknya semua.. seyes la xde yg lawa dah ke ?
Knowlesi replied at 3-8-2022 08:49 PM
Ada ye prosedur bedah dulu sblm tahu ada apa2 masalah.. dh bedah doc tgk usus cantik kemudian jahit ...
ADVERTISEMENT