|
Kegiatan sindiket penipuan menggunakan nama dan gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah dikesan menerusi aplikasi WhatsApp.
Amirudin menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pihak tersebut menggunakan nombor 01162232985 untuk melakukan kegiatan terbabit. Menurutnya, akaun tersebut adalah palsu dan berbentuk penipuan. "Saya dimaklumkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya bagi melakukan aktiviti penipuan di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 01162232985.
"Ini adalah palsu dan merupakan satu bentuk ‘scam’. Sila ambil maklum dan berhati-hati," katanya dalam hantaran tersebut pada Rabu. Sumber: Sinar Harian |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.123597 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.