CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

M40 Nikmati Subsidi Ron95 Dua Kali Ganda Berbanding B40

3-8-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1940| Komen: 19

Pembaharuan dan memperkukuhkan daya tahan negara bagi menyokong momentum pertumbuhan ekonomi akan menjadi tumpuan Pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Oktober akan datang.


Penyediaan Bajet 2023 turut mengambil kira kesejahteraan semua golongan rakyat termasuk golongan M40 yang kini merupakan antara penerima manfaat terbesar subsidi menyeluruh meliputi bahan api, air dan elektrik.


Gambar hiasan

Berdasarkan unjuran terkini untuk subsidi RON95 sahaja, golongan M40 dianggarkan mendapat manfaat bernilai RM7 bilion berbanding hanya RM3 bilion untuk golongan B40 bagi tahun 2022.


Mantan Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini pernah berkata bahawa penurunan 65 peratus jualan RON97 juga merupakan bukti bahawa sebahagian besar orang kaya dan orang yang berkemampuan bertukar minyak ke RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 3-8-2022 12:35 PM
M40 pun ramai pakai axia je sis..agaknya malaysia ni sabsidi  dan bantuan hanya untuk B40 je kot
Quote silencekiller 3-8-2022 12:50 PM
Siapa bayaq cukai lebih... layak terima lebih banyak kemudahan.. jika hendak berlaku adil, hapuskan subsidi... nak tolong pun perkenalkan kad ka apa kaa yakni limit pembelian petrol bersubsidi per person... jadi untuk enjoy kaa balik kg kaa p kenduri ka apa kaa... keluaq laa duit poket sundri...
Quote Samerosie 3-8-2022 12:57 PM
Mana stats nye najib setakat modal air liur je. Hari tikam t20 now tikam m40. B40 yg bodoh pun pi percaya hak depa dah disalah gunakan.
Quote scorpionkiki 3-8-2022 01:07 PM
Bnyk cakap  penjenayah ni. Tak cukup lagi kot merompak duit pembayar cukai
Quote Friska 3-8-2022 01:14 PM
Suami saya T20, saya cuman istrinya doang. Mobil saya dan suami pakai diesel Euro 5. Kalau di Indonesia, diesel dibilang solar.
Quote Firenzza 3-8-2022 01:16 PM
Edited by Firenzza at 3-8-2022 01:18 PM

Najibun penyangak x bayar cukai lg korang mau percaya, macai bengap jer yg sokong dia. Klau camtu gomen jgn bagi jual ron 95 la, semua pkai 97......yg mampu  pi la isi yg x mampu mcm b40 klau xde duit duk diam2 jln kaki..... ukur baju badan sendiri....yg najibun sibuk2 t20, m40 isi ron 95 pehal?
Quote krustykrab 3-8-2022 01:25 PM
Friska replied at 3-8-2022 01:14 PM
Suami saya T20, saya cuman istrinya doang. Mobil saya dan suami pakai diesel Euro 5. Kalau di Indone ...

T20 je laki ko indon?
Kami kat sini laki kami semua golongan kayangan
Quote Kitty_catz 3-8-2022 01:29 PM
lerr haii

tak abes2 lagi ke nak laga2kan m40 t20 dgn b40?

amek la smuaaa kat b40 tu .. amekkk
Quote Minami2013 3-8-2022 01:40 PM
Mcm mana ambil data ni. Assume B40 guna motor je atau tk berkenderaan?
Quote ultra78 3-8-2022 01:52 PM
Tu dia. Tariklah semua subsidi minyak. Bagi kat B40 aje..Minyak paket pun utk B40 aje..Semua utk B40..

Golongan lain tak terjejas...
Quote green~tea 3-8-2022 02:13 PM
Minami2013 replied at 3-8-2022 01:40 PM
Mcm mana ambil data ni. Assume B40 guna motor je atau tk berkenderaan?

Deme mmg tak perlu kenderaan.. duk goyang tulur je kat rumah tunggu subsidi
Quote tungkai 3-8-2022 02:14 PM
Macam berdosa plak masuk dalam bracket M40, T20...
Quote annehuda 3-8-2022 02:27 PM
yg marah2 ni korang paham tak konsep B40 M40 T20 ni?M40 ni yg pendapatan ISI RUMAH melebihi rm4850. maksudnye katelah laki bini tu gaji memasing RM2500, campur jadi RM5k, so jadiklah M40 paras hidung. dah gaji memasing pun cuma banyak tu, of course la ko nak wat loan beli kereta mewah tak lepas, dah tu kenapa nak pakai minyak RON97?  tu blum lg kalau laki keje rider bini keje opis misalnye, udah semestinya laki die isi minyak motor pakai ron95.

pastu indicator yg digunapakai oleh Najib tu yg ni

Mantan Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini pernah berkata bahawa penurunan 65 peratus jualan RON97 juga merupakan bukti bahawa sebahagian besar orang kaya dan orang yang berkemampuan bertukar minyak ke RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.

kemungkinan jugak orka ni dah tukar kereta ke, pegi keje naik motor nak elak jem ke ape ke. apepun aku rasa bagus gak kalau nak hapuskan subsidi tu tapi bagi M40 T20 yg jadi business owner tu jgn lupa naikkan gaji pekerja korang yang B40 tu
Quote annehuda 3-8-2022 02:32 PM
katelah 5 tahun yg akan datang ni la kan pendptan isi rumah ni dikaji balik, pastu berlaku peningkatan mendadak gaji T20 ni, tak mustahil korang2 yang M40 ni pun leh jatuh ke B40 sebab penanda aras yang kita pakai ni adalah yg dah diambil data pada 2020.  paling last revise tak silap aku 1996, masa tu gaji B40 bawah RM950.  
Quote botol_tritan 3-8-2022 02:33 PM
Kenapa cakap m40 menikmati dua kali ganda subsidi je. Kenapa x sebut sekali m40 bayar cukai dua kali ganda dari b40? Cakap biar sampai habis. Kalau tergantung macamni, confirm la digunakan untuk justify hapuskan subsidi minyak n bagi voucher minyak pada b40. M40 kerja banyak sebab usaha banyak (dengan izin Allah), cukai pendapatan pun makin banyak kena bayar. B40 pun ada yg kerja banyak (kerja kebun, tukang rumah), gaji sikit. Tapi x bayar cukai pendapatan. Bantuan segala ekasih, bkm semua dpt. Adil dah kan. Xyah nak meratib m40 dapat manfaat double, etc. buat geram je.
Quote pekanwoohoo 3-8-2022 02:34 PM
M40 duduk bandar setakat income range rm7k ke bawah serupa miskin bandar je. Hidup cukup-cukup je lah, mewah tak, miskin pun tak.
Quote capiloton 3-8-2022 02:38 PM
alasan untuk naik kan harga ron95,
jadi blame sana sini.
standby jer laa
Quote Minami2013 3-8-2022 04:45 PM
green~tea replied at 3-8-2022 06:13 AM
Deme mmg tak perlu kenderaan.. duk goyang tulur je kat rumah tunggu subsidi

Begitu lah gamaknya.

Quote Artemesiaa 3-8-2022 04:54 PM
Dah kuat dicanang nak naik harga ke macam mana ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058392 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top