CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Arak Mahu Dipesta-pestakan? - Yadim

2-8-2022 08:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2467| Komen: 23

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menegaskan penganjuran festival arak, ‘Oktoberfest’ mampu meruntuhkan budaya harmoni serta menyuburkan persengketaan.


Nasrudin berkata, minuman keras bukan sahaja tidak membina akal yang sihat dan minda cerdas sebaliknya melumpuhkan daya fikir.

“Islam merupakan agama yang tidak membenarkan penganutnya membeli, menjual, menyedia dan meminum arak kerana boleh memabukkan serta melumpuhkan daya fikir.


Harian Metro

“Islam tidak pernah menghalang individu bukan Islam jika agamanya membenarkan meminum arak, namun berbeza dengan pesta arak yang dirayakan secara terbuka seperti Oktoberfest.


“Apabila arak difestivalkan acara meminumnya di negara ini, ia bererti satu promosi dan galakan kepada masyarakat Malaysia untuk minum arak,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Selasa.

Nasrudin yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menegaskan, Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurutnya, festival arak tersebut bukan sahaja tidak sesuai malah mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Katanya, arak itu sendiri menjadi pembuka pintu masuk kejahatan dalam negara ini sekali gus mampu meruntuhkan peradaban manusia dan tamadun negara.

“Arak mendorong kepada keganasan rumah tangga, pemandu mabuk menjadi pembunuh kejam di jalan raya, punca penyakit kronik, pencetus kepada maksiat dan sebagainya.

“Saya pernah terbaca satu laporan beberapa tahun lalu yang menyebut bahawa Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan bahawa arak adalah lebih bahaya berbanding pengganas kerana lebih tiga juta manusia mati kerananya di seluruh dunia.

"Lantaran itu, kenapa arak mahu dipesta-pestakan kalau tidak mereka mahu menjadi agen meruntuhkan tamadun dan merosakkan nilai peribadi masyarakat," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 2-8-2022 08:13 PM
Jangan ganggu hak bukan Islam lah!
Quote lattehazelnut 2-8-2022 08:17 PM
For money obviously..
Octoberfest xboleh..
Tp company arak sponsor mcm2 boleh..
Quote terma2nkondisi2 2-8-2022 11:55 PM
ikut adat sambutan ada race kuda.. agricultural fair.. games, amusement rides, music, dancing

pehtu kendian baru ada minum2 arak besar2an tu..

sambutan oktoberfest ni adalah utk reproduce the bavarian sense of gemütlichkeit—cordiality

cordiality =  friendly, but formal and polite.. baguih nilai2 murni ni sama mcm nilai2 murni masyarakat malaysia... mcm bon odori

utk sambut kat malaysia ni.. boleh buat acara besar2an ajak sume kompeni2 jerman yg ada kat malaysia ni.. so ada nilai ekonomi yg sangat bagus tu... sama mcm bon odori itu hari

arak2 tu tukar dgn root beer anw malaysia ... order la bebanyak dgn diorg...

tadaaaa... dah jadi halal... sama macam bon odori

soltan pun sokong pehtu nanti soltan tegur lebai pas tu suh join jugak... dan sume org pun menikus tak berani bantah soltan

haha... aku bukan hape post mcm ni.. agak kecewa dgn kekonsistenan malaysia dlm perkara2 mcm ni... kejap haram, pastu halal, kendian jadik halam plak

aku tak kisah pun dgn individu2 berjawatan penting dan badan2 authority utk agama islam di malaysia nak tetapkan satu2 perkara/acara tu haram atau halal, boleh atau tak boleh... tapi pendirian dan prinsip tu biar la tetap dan tegas... ni tak... bila ada vvvip yg terlibat mcm soltan dlm kes bon odori tu... semua senyap je pastu

daripada dok sambut bon odori tu... yg mana ia adalah acara kebudayaan katanya... lebih baik la utamakan budaya2 tempatan.. etnik melayu tu sendiri kaya dgn budaya... etnik2 di sabah dgn sarawak, lagi la tak terkira banyaknya budaya
Quote kitmal 2-8-2022 11:59 PM
isu ni dah berkurung PAS bantah termasuk kilang arak sampai buat demo,..tapi lepas jadi kerajaan..bantah manja manja saja..demi sesuap nasi
Quote ladybugz 3-8-2022 02:17 PM
terma2nkondisi2: ikut adat sambutan ada race ku ...
terma2nkondisi2: ikut adat sambutan ada race ku ...


ntahnya bila masa ntah bon odori just cultural mmg religious la. bbnu jah yg suka duk join. haih apa nak jadi ni.
Quote pokaibanktokyo 3-8-2022 10:15 PM
Budaya majukan teknologi dan kualiti barangan orang jerman mereka tak pulak cuba tiru. Budaya jenis negatif orang jerman pula tak segan silu nak ikut. Padan la spesies mereka tak boleh maju. Kekal mundur dipijak kaki melayu
Quote Dwdrum 3-8-2022 10:22 PM
Edited by Dwdrum at 3-8-2022 06:24 AM

Nasrudin berkata, minuman keras bukan sahaja tidak membina akal yang sihat dan minda cerdas sebaliknya melumpuhkan daya fikir.

Kapir minum arak lebih maju dari lobai tidak minum arak...  
Quote pokaibanktokyo 3-8-2022 10:28 PM
Dwdrum replied at 3-8-2022 02:22 PM
Nasrudin berkata, minuman keras bukan sahaja tidak membina akal yang sihat dan minda cerdas sebalikn ...

Mereka ada roket tapi tak maju. Switzerland tak ada roket tapi mereka maju
Quote silencekiller 3-8-2022 10:29 PM
Bangang Lobai hamPAS tunggang ugama... biaq p laa orang2 kapir nak minom ka apa kaa.. dok kacau buat apa depa nak buat...

Elok2 lobai2 hamPAS buat pesta ayaq jampi yang telah dibacakan 30 juzuk al quran ka apa kaa... pakat minom sampai kembong sekoq2.. next day bangun teruih cerdik pandai kalah orang2 kapir..
Quote Dwdrum 3-8-2022 10:29 PM
pokaibanktokyo replied at 3-8-2022 06:28 AM
Mereka ada roket tapi tak maju. Switzerland tak ada roket tapi mereka maju

Maju dan kaya tidak beza kah?
Quote pokaibanktokyo 3-8-2022 10:42 PM
Dwdrum replied at 3-8-2022 02:29 PM
Maju dan kaya tidak beza kah?

Qatar, UAE , Kuwait semua  negara kaya tapi tak bererti mereka maju.
Quote Dwdrum 3-8-2022 10:45 PM
pokaibanktokyo replied at 3-8-2022 06:42 AM
Qatar, UAE , Kuwait semua  negara kaya tapi tak bererti mereka maju.

Betul lah post no8....u ini mabuk apa pula if tidak mabuk arak?
Quote pokaibanktokyo 3-8-2022 10:46 PM
Wa tak kisah mereka nak mabuk sampai mati pun asalkan tak terlanggar orang islam di jalanraya. Apa jaminan ia tak akan berlaku? Tak ada jaminan. Itu sebab gua bantah spesies fefeeling jerman itu semua
Quote pokaibanktokyo 3-8-2022 10:53 PM
Dwdrum replied at 3-8-2022 02:45 PM
Betul lah post no8....u ini mabuk apa pula if tidak mabuk arak?

Betul kejadahnya ? Sebelum lu edit post no8 lu cerita pasal india, china rusia minum arak dan ada roket  maka lu fikir mereka maju.
Quote sharlenetexas 3-8-2022 10:58 PM
Kat Malaysia buat pula Pesta Tapai. Ada mcm2 tapai. Tapai pulut, tapai ubi. Boleh makan dgn ABC. Buat sbg acara pelancongan. Tapi bila makan tapai jangan makan durian. Tak pasal2 masuk spital.


Quote Dwdrum 3-8-2022 10:58 PM
pokaibanktokyo replied at 3-8-2022 06:53 AM
Betul kejadahnya ? Sebelum lu edit post no8 lu cerita pasal india, china rusia minum arak dan ada  ...

Hello aku edit tidak tahu ko mahu reply tentang rocket...habis edit saja.. Notification baru dapat..


Quote pokaibanktokyo 3-8-2022 11:11 PM
Dwdrum replied at 3-8-2022 02:58 PM
Hello aku edit tidak tahu ko mahu reply tentang rocket...habis edit saja.. Notification baru dapat ...

OK lah. Sekarang sudah settle
Quote capiloton 4-8-2022 06:29 AM
this time takde ker soltan yang suruh menteri join pesta arak sebagai tanda toleransi kaum?
Quote FOTHER-MUCKER 4-8-2022 07:21 AM
Dwdrum replied at 3-8-2022 06:22 AM
Nasrudin berkata, minuman keras bukan sahaja tidak membina akal yang sihat dan minda cerdas sebalikn ...

Itu 100% betul, malah berbondong bondong ummah itu nak membina hidup baru di negara peminu arak. Tapi lobai masih duduk dalam gua sebab itu mereka tak tau ataupun malu nak mengaku kebenaran

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044084 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top