|
KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengisytiharkan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Pengisytiharan mengenai perkara itu dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar di sini. Ahmad dalam ucapannya berkata, pengisytiharan itu dibuat mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). “Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ini turut dinamakan di dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’ dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan sebagai ‘Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan.
“Baginda turut mengampuni perkenan untuk mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan ke hadapan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra iaitu isteri Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan,” katanya. Katanya, sehubungan itu, Che Puan Sofie Lousie akan menggunakan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan. Tambah Ahmad, kesemua kurniaan pangkat kemuliaan adalah berkuatkuasa pada hari ini iaitu 4 Muharram 1444 Hijrah bersamaan dengan 2 Ogos 2022. -CARI Sumber: Kosmo
|

















cik.secreto replied at 2-8-2022 01:19 PM
kalau diana perempuan czech tu dah lama kawen. sebelum ni pun dah ada gambar dia tersebar
kakikuDibibirmu replied at 2-8-2022 01:17 PM
Unporn tuanku beribu-ribu unporn, sembah pantek harap diunporn : ...
kakikuDibibirmu replied at 2-8-2022 01:17 PM
Unporn tuanku beribu-ribu unporn, sembah pantek harap diunporn : ...

congrats berjaya panjat tangga yistana serambi! 
Incanto replied at 2-8-2022 01:20 PM
yg orang kata duduk Spore tu dia kah?
ada penampakan masa SK di tabal jadi agong?
last i tau diana selalu stay st regis n ada rumah dekat ampang dkt area kelab darul ehsan.lama dah tak jumpa kawan iols story2 tengok pic abegong n diana happy2. lepas abegong jatuh dia pn ala2 jatuh jugak kalau x duk berprivate jet follow sana sini 
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.486691 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.