Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lemas di kolam renang sebuah inap desa di Kuala Kangsar ditemui dalam keadaan tertiarap dalam kejadian pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bahtiar Yaacob berkata, kejadian hanya disedari ibunya pada jam 6.30 petang yang mencari mangsa di kolam berkenaan. Menurutnya, kira-kira jam 6 petang, bapa kanak-kanak tersebut melihat anaknya bermain bersama anak saudara yang lain sebelum masuk ke dalam kawasan inap desa bagi menyiapkan makanan. "Ketika ibu mangsa sedang mencarinya mendapati kanak-kanak itu berada di kolam renang dewasa dalam keadaan tertiarap. Semasa kejadian terdapat beberapa orang dewasa sedang sibuk membuat persiapan makanan dan kanak-kanak yang bermain di bahagian luar.
"Namun, kesemuanya tidak perasan bagaimana mangsa boleh berada di dalam kolam renang tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Menurut Omar Bahtiar, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut. Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pada Isnin kira-kira jam 1.10 pagi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian lemas. Menurutnya, tiada sebarang kecederaan lain ditemui pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sementara itu, beliau memaklumkan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar ditalian 05-7762222. Sumber: Sinar Harian
|
kesemuanya tidak perasan bagaimana mangsa boleh berada di dalam kolam renang tersebut,
manehnya replied at 2-8-2022 11:42 AM
yang pergi ramai, tapi sapa pun x perasan, semua bz benor, besar sgt ka rumah tu
maaf cakap, par ...
Diamje replied at 2-8-2022 11:38 AM
Masalahnya budaya org kita ni kalau jumpa sedara mara,mak² kene g dapur, ayah kene buat kerja renca ...
white_musk replied at 2-8-2022 12:37 PM
Orang malayu apabila family dah reunion sememangnya makanan adalah agenda utama
sarahmirza replied at 2-8-2022 12:42 PM
Makanan mmg menyatukan manusia tapi nak memenatkan badan demi reunion kononnya mmg takde la dlm di ...
white_musk replied at 2-8-2022 12:46 PM
Kalau tidak memasakan bagaimana untuk tunjuk siapa paling hebat haa begitu ya
tak malayulah ji ...
sarahmirza replied at 2-8-2022 12:42 PM
Makanan mmg menyatukan manusia tapi nak memenatkan badan demi reunion kononnya mmg takde la dlm di ...
ADVERTISEMENT