CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Beli 'Bundle' Punya Pasal, Netizen Malu Tengok Wanita Dan Lelaki 'Berlaga'

2-8-2022 11:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3995| Komen: 17|Original author: Tatod

Sumber Oh My Media


Perkongsian sebuah video menerusi TikTok memaparkan situasi ketika sesi pecah guni 'bundle' di Parit Raja, Batu Pahat baru-baru ini menerima kecaman ramai apabila ada wanita dan lelaki masing-masing 'bertarung' untuk mendapatkan pakaian murah.

Kekecohan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang beranggapan wanita yang bertudung itu seolah-olah memalukan diri sendiri kerana tidak memikirkan ikthilat dengan pembeli lelaki serta membahayakan diri.



Tidak dinafikan, ada sesetengah pakaian yang walaupun terpakai tetapi mempunyai nilai jualan tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Ada kemungkinan, mereka yang bersaing untuk mencari barang 'jackpot' itu adalah 'reseller'.

Namun, kurang manis rasanya bagi wanita untuk menyertai aktiviti seperti itu apatah lagi tenaga lelaki lebih kuat dan bimbang tanpa sengaja mencederakan mereka. -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 2-8-2022 01:02 PM
Murah sgt ke smpi berebut ke ade harta karun dlm tu? Smpai terjun atas bundle tu
Quote white_musk 2-8-2022 01:36 PM
Teruk sungguh demi sehelai baju buruk
Quote Thunderclouds 2-8-2022 02:46 PM
Edited by Thunderclouds at 2-8-2022 02:49 PM

Tgk gambaq,lom baca lg mati2 igtkn kejadian di negara seberang..rupanya
Quote KamikuP 2-8-2022 02:55 PM
Bongoknya lahai
Quote cikatilia 2-8-2022 03:53 PM
jackport gituh..
Quote renko 2-8-2022 04:08 PM
Thunderclouds replied at 2-8-2022 02:46 PM
Tgk gambaq,lom baca lg mati2 igtkn kejadian di negara seberang..rupanya

leluhur seberang la tu
Quote Artemesiaa 2-8-2022 04:55 PM
Hodohnya perangai demi baju terpakai je pun
Quote imransulaiman 2-8-2022 07:44 PM
Maaf cakap...tapi yang bangang nyata di situ adalah si perempuan.. Dah tau majoriti lelaki, nak jugak menyelit
Quote Jitu 2-8-2022 07:58 PM
aku cukup tak gemar berebut2 mcm ni
ko tabur duit berjota2 pun aku tengok je dr jauh tak hingin aku nak 'berlaga'
Quote Buritan 2-8-2022 09:17 PM
Aku beli je baju bundle dpt rm5 sepasang utk tgn pnjg.. nak bwk masuk u.. kalo kena curi gasakkan je laa.. tp tak dinafikan lawa lawa bajunya dan branded
Quote HuoJingJue 2-8-2022 10:13 PM
kang tersiku, menjerit or merengek ko
Quote fortiori13 2-8-2022 10:22 PM
Beli je la kat kedai/mall dari seksa diri gini....
Quote Gomea 3-8-2022 12:35 AM
Bundle mn ni? Dulu2 menyelam sekarang kena bergasak macam ni ke? Sekarang ni bundle tgh up. Sape tau kat mane nak cari bale kids tolong pm iols... Iols tgh dok survey2 supplier ni
Quote orangbiasaje 3-8-2022 04:07 AM
whimsicalmusic: Murah sgt ke smpi berebut ke a ...



Ada penjual bundle dekat sini, ckp kekdg ada limited edition vintage punya clothes dlm bundle. Boleh kata dalam 1000 baju yang dia jual RM5, ada satu baju yg dia boleh lelong sampai puluh ratus ribu. Mungkin tu yg diorg aim.
Quote ladybugz 3-8-2022 10:19 AM
sebenarnya bundle ni dtg dari mana? derma2 first world countries kepada third world countries ke? atau baju2 yg x laku die negara membangun sana diderma /dijual murah oleh retailers sana ke?
Quote anony-mous 4-8-2022 02:53 AM
Laki x heran kot bdn gitu. Tgk laki2 tu pon lg sibuk rebut baju dari nk rebut akak tu.
Quote encikWawad 4-8-2022 08:49 AM
untongla senggol senggolan raba rabaan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.225884 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top