CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DJ Lin Kesal Tindakan Fizi Ali

2-8-2022 09:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10892| Komen: 102|Original author: Tatod


Pengurus Besar Suria FM dan juga penyampai radio, DJ Lin mengakui kecewa dengan keputusan Fizi Ali untuk meninggalkan stesen radio pada saat-saat akhir menyebabkan stesen radio menanggung kerugian lebih RM50,000.

Memetik laporan Harian Metro, Fizi yang juga bekas penyampai stesen radio itu seharusnya perkara itu lebih awal bagi mengelakkan terjadinya pembaziran menjelang persiapan menuju program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang bakal diadakan di empat lokasi bermula 6 Ogos ini.

"Banyak perkara yang kami rancang lebih awal dan sudah maklumkan kepada penyampai Suria Fm. Malah, kamu sudah berkampung dari awal pagi hingga lewat malam untuk penggambaran video jelajah ini.


"Di Suria FM, kami menerapkan nilai kekeluargaan dan ia sangat penting. Jadi, apabila sebut mengenai kekeluargaan ia membabitkan kerja berpasukan dan saling hormat antara satu sama lain. Ahli keluarga tidak akan menyakiti ahli keluarga yang lain.

"Jadi, bila semua yang dirancang dah hampir siap dah hanya tinggal proses penyuntingan, tiba-tiba dimaklumkan salah seorang penyampai ambil keputusan untuk tinggalkan Suria FM atas tawaran yang lebih hebat, jadi saya pun nak kata apa lagi.

"Bagi saya, orang dah nak pergi dan sudah tiada hati, jangan tahan. Cuma saya kesal apabila segala perancangan untuk tempuhi tinjauan kajian radio pada bulan September dan Oktober serta program jelajah serta material untuk platform digital sokong kempen ini terpaksa dirombak dan dilakukan semula," katanya.


DJ Lin menjelaskan, tiada masalah dalaman yang timbul dengan Fizi namun dia mengakui kecewa dengan tindakan yang dilakukan bekas penyampai itu.

"Masalah dalaman memang tiada. Cuma rasa sedih dan kesal apabila segala perancangan tidak berjalan dengan baik dan ia menyusahkan kami. Saya rasa sangat bersalah dan minta maaf kepada rakan penyampai dan pekerja saya.

"Ketika dia dapat tawaran di sana, pihak kami ada minta untuk dia pertimbangkan tawaran itu sehingga selesaikan program jelajah Suria FM ini... Salah satunya kita sudah rancang dan membabitkan kos yang dikeluarkan.


"Namun dia maklumkan terpaksa menyertai stesen radio itu lebih awal walaupun dia tahu kontraknya akan diperbaharui selain bersetuju untuk terbabit dalam rangka promosi jelajah ini.

"Saya sedih sebab dalam keadaan kami berusaha bertungkus-lumus, tiba-tiba jadi begini. Di mana nilai kekeluargaan itu," katanya.

Untuk rekod, pada 26 Julai lalu, Fizi berkongsi mengenai spekulasi bakal meninggalkan stesen itu di Instagram dan terbaharu menyertai steseb radio Hot FM bermula 2 Ogos ini. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 2-8-2022 09:33 AM
oh diorang ni kalau nak berhenti, berhenti terus jelah tak payah nak bagi notis bagai macam rakyat biasa yg kerja 8-5?
Quote prettyuglybabe 2-8-2022 09:43 AM
nilai kekeluargaan tu tak dapat bayar segala bil hutang piutang even beli nasi semangkuk..
dah dia dapat rezeki lebih, biar je la..
u regret pun tak perlu la war-warkan kat paper..
selesaikan la sama sendiri..
ahli keluarga takkan menyakiti ahli keluarga lain?
kahkahkah.. taik kobau..
hidup dalam fantasi ke apa mereka ni..
Quote jijilaaa 2-8-2022 09:52 AM
SherryZass replied at 2-8-2022 09:33 AM
oh diorang ni kalau nak berhenti, berhenti terus jelah tak payah nak bagi notis bagai macam rakyat b ...

diaorg by contract..abis contract, xmau sambung baru...so xperlu la bagi notis..
Quote hunny_bunny 2-8-2022 10:01 AM
pada aku...keep some manners please...

nak benti tu bg laa tahu awal...at least org bleh buat persiapan apa yg patut...

pada aku la..

sapa xnak blah kalo ada offer lebih?..time issey blah dulu xde plak kecoh cemni kan?

so elok dtg elok lah blah gitu.
Quote sayangselasih 2-8-2022 10:06 AM
1) contract tak renew. 2) dapat tawaran lebih baik. 3) suria tak expect ke fizi akan pegi tempat lain? 4) dah fikir contract org tu tak renew, kenapa masih buat jelajah etc etc ada muka dia?
Quote syidasaleh 2-8-2022 10:07 AM
prettyuglybabe replied at 2-8-2022 09:43 AM
nilai kekeluargaan tu tak dapat bayar segala bil hutang piutang even beli nasi semangkuk..
dah dia d ...

DJ Lin ni selalu bagi komen ke apa emosi semacam. Dari dulu lagi. Sesuatu sangat
Quote Mary_jane 2-8-2022 10:28 AM
Baik nya bagitau lah dulu dah tak minat nak renew contract dengan suria, so siap2 diorang exclude kau untuk siri jelajah tu. Moga lebih masyuk setelah join HotFM.

Cik Piah pun dilamar stesen radio lain ke? Jeng.
Quote totokreturn. 2-8-2022 10:31 AM
mangkuk punya manager, dah ko tak reti nak renew contract memang org pakat blah la
Quote KamikuP 2-8-2022 10:32 AM
Dapat tawaran bagus cabut je lah dah le skrg ni semua brg mahal
Quote reporter_kalut 2-8-2022 10:40 AM
Lin ni kdg2 dia on air aku pun tak paham apa dia cakap. Mcm tak bukak mulut pun ada time cakap tu.
Quote miss_perfect 2-8-2022 10:44 AM
Kak Ell tu sapa wei
Quote hasniey 2-8-2022 10:55 AM
Blah last minit mmg la geram.tp suria jgk yg last minit bru offer new contract.
Esok2 kot contract xdisambung kan ke kesian org tu.
Wajar la dia pergi sbb contract pon dh abes.bukan dia pergi masa masih dlm contract pon
Quote buragazz 2-8-2022 11:01 AM
Ala Fizi tu so so jer pun.. biarlah dia pergi.. aku masa diorang tukar Arwah Kak Dib dengan Baki masa tu aku beralih ke Sinar kejap sebab menyirap pastu di masukkan balik si Tyzo yang klu bercakap ala2 jantan Lemari pada masa tu la.. lepas 6 bulan aku patah balik Suria sekarang rasanya dah ok cuma pagi tu kene tambah sorang penyampai yang best sikit sengat tak berapa nak tajam...
Quote hyie 2-8-2022 11:06 AM
maksud dj lin tu, kalau fizi memang dah plan awal2 nak blah, sepatutnya heols bagitahu jugak awal2 sebelum ala2 terlibat untuk jelajah tu (read: photoshoot), sebab melibatkn kos. Tak kira la kontrak ko dah nak habis ke tak. Itu je yang sheols nak sampaikan.

di pihak fizi pula, mungkin suria belum offer sambung kontrak awal2 kat dia. Tapi kat atas tu dj lin kata fizi dah tahu kontrak dia akan disambung.

pokoknya, hotfm offer gaji lebih tinggi.
Quote jejaka_hensem 2-8-2022 11:08 AM
Ok gak fizi ali ni,suara dia mesra telinga.boleh la layan time balik kje
Quote babelina 2-8-2022 11:13 AM
hyie: maksud dj lin tu, kalau fizi memang dah plan awal2 nak blah, sepatutnya heols bagitahu jugak awal2 sebelum ala2 terlibat untuk jelajah tu (read: photo ...

ye, pemahaman aku agk sama ngn ko..
skrg nie.. ada lg ke org dgr hot fm tu.. ramai yg dgr sinar ngn suria..
Quote bbalik 2-8-2022 11:14 AM
aku suka rara n tyzo je

yg lain nak meninggal pun xpe


Quote Lily_Elizabeth_ 2-8-2022 11:16 AM
prettyuglybabe replied at 2-8-2022 09:43 AM
nilai kekeluargaan tu tak dapat bayar segala bil hutang piutang even beli nasi semangkuk..
dah dia d ...

Mana ada nilai family dalam big company.
Ikut style cinapes. Tak ada nak sentap bagai.
Nak kesian nk sayang.

Ini company maa bukan hari raya gathering hehe.
Quote Lavender_Violet 2-8-2022 11:20 AM
Aku rumuskan cenggini :

Kontrak Fizi Ali dah tamat
Awal2 Suria FM or DJ Lin as the boss tak ada bagi apa2 indication samada nak renew atau tak
Tetiba Fizi dpt offer dari Hot FM yg sendu tu, gaji masyuk
Terus lah heols accept sementelah belum ada hitam putih dari Suria samada nak renew atau tak, sekadar  berbasa basi aje
Masa promo utk jelajah tu, Fizi masih staff di Suria, of course heols kena contribute jugak lah tak kan nak kekwat pulak wpun dah tau kontrak bakal end soon

Tiberrr DJ Lin nak terasa hati bagai
Ko yg lembab tak de bagi official letter bagai utk renew contract, lagi nak salahkan org lain

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.094345 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top