CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Tahun Kahwin, Anak Dah 3- Suami Bengang Isteri Masih Simpan Gambar Pakwe Lama

1-8-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6998| Komen: 88

Hati sesiapa saja pastinya akan luluh apabila mengetahui pasangan masih menyimpan gambar bekas kekasih meskipun sudah mendirikan rumah tangga, tambahan pula ia memaparkan aksi mesra ketika berdua-duaan.


Lebih memilukan apabila gambar tersebut masih tersimpan rapi sedangkan perkahwinan sudah menjangkau usia hampir 10 tahun.

Mengakui sedih dengan situasi tersebut, seorang lelaki meluahkan perasaannya di media sosial.

Gambar Hiasan

Malah dia turut meminta pandangan warganet tentang apa yang perlu dilakukan selepas menemui gambar berkenaan.

Memulakan cerita, dia memaklumkan sudah berkahwin dengan pasangannya selama tujuh tahun dan mempunyai tiga orang anak.

“Baru ni saya terjumpa gambar bekas kekasih isteri dan ia adalah gambar mereka berdua-duaan ketika sedang dating dahulu.

“Dia berbaring free hair dalam folder hard disk tu,” luahnya di Facebook Page Kisah Rumah Tangga.

Menurutnya lagi, sebelum ini isterinya juga pernah kantoi menyimpan gambar bersama bekas kekasih.



Namun, pada masa itu dia masih boleh memaafkan dan menerima silap tersebut.

“Dulu masa baru kahwin, kantoi juga dengan saya masih simpan. Tapi saya terima lagi silap tu sebab dalam laptop kawan dia.

“Apabila saya suruh padam, dia terus lakukan. Pada masa sama saya bagi nasihat dan amaran supaya itu adalah gambar terakhir yang dipadam.

“Tapi tak sangka selepas tujuh tahun, tiba-tiba terjumpa satu hard disk ni dan apabila buka... terasa agak pedih, isteri masih simpan gambar dengan bekas kekasih,” luahnya kecewa.

Mengakui perit untuk menerima perkara tersebut, dia kemudian berasa pelik apabila isteri masih menyimpan gambar bersama kekasih walaupun sudah putus dan berkahwin.

“Kalau ikut logik, apabila dah putus dan kahwin... dah lupakan cinta lama.

“Boleh je nak buang dan delete semua gambar tu... cuma mahu dengan tidak sahaja. Jadi apa yang patut saya lakukan,” ajunya memohon pandangan warganet.

Hantaran yang dibuatnya itu kemudian tular di Facebook selain turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain.

Rata-rata warganet bersimpati dengan situasi yang dialaminya namun beranggapan bahawa hard disk tersebut telah lama disimpan sehingga isterinya terlupa kandungan yang ada di dalam.

“Hard disk saja. Benda lama... tak payah emosi sangat. Entah-entah dia pun tak ingat gambar-gambar lama ada dalam tu, delete saja.

“Entah-entah dia pun tak ingat, yang suami beria-ria nak bongkar buat apa. Delete sendiri, settle masalah.

“Entah dia ingat ke tak lagi gambar dalam hard disk tu... Sedangkan setelah tujuh tahun baru jumpa. Maksudnya, dia tak korek dan aku pun kalau gambar lama malas nak ambil peduli selagi tak menyusahkan.

“Isteri lupa tu bang... buang hard disk, lagipun anak tiga orang dah. Isteri pun dah tak ingat lagi, buat apa suami nak ingat-ingatkan,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang netizen menyatakan dia dan suami meletakkan gambar bekas kekasih mereka dalam satu album.

“Relaks, aku dengan suami siap letak gambar bekas kekasih dalam satu album... ada masa terluang tengok balik gambar tu dan main kutuk-kutuk,” katanya.

Selain nasihat yang ditinggalkan di ruangan komen, terdapat juga warganet yang mempertikaikan tujuan si suami menyelongkar gambar lama isteri kerana dilihat sengaja ingin mencetuskan pergaduhan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 1-8-2022 10:14 AM
gambar lama je kot. bukan terjumpa last conversation kat whatsapp yg less than 24hour planning utk dating kat luar kawasan. hihihi
Quote KamikuP 1-8-2022 10:16 AM
Ala bang mcm le ko takde simpan gamba awek kat floppy disk
Quote pooh~key 1-8-2022 10:18 AM
Tujuan simpan gambar lama tu untuk apa dek? Seharusnyalah untuk mengenang kisah lama khen dek? Tepuk boobies tanya selera dekkk… Kalau kau sayang sangat bini kau tu, terima jelah hakikat kau cuma plan B sheols jah dekk… anggap life goes on jah sissss…
Quote batu kikir 1-8-2022 10:42 AM
Apakah cipap bertukar rasa setelah terjumpa gambar lama? Tanya je
Quote capiloton 1-8-2022 10:46 AM
Edited by capiloton at 1-8-2022 10:51 AM
KamikuP replied at 1-8-2022 10:16 AM
Ala bang mcm le ko takde simpan gamba awek kat floppy disk

simpan kat google drive lagi selamat,
folder kasi zip kan letak password, pastu upload save

semua gambar ex gelfren ada dalam tu,
dari yang first sampai yang ke 10

kalo bini tahu, memang perang donia

bila gaduh dengan bini,
boleh tengok bagi mengenang kembali kisah2 manis dengan ex dan skandal



[youtube]uzwQ-PNJtPg[/youtube]
Quote prettyuglybabe 1-8-2022 10:54 AM
kau simpan la pulak gambar xgf kau.. susah apa..
Quote supernaturalee 1-8-2022 10:56 AM
nk plk lg herlok dr heols
Quote ifanonline 1-8-2022 10:57 AM
berdosa seorang isteri menyimpan perkara2 yg tidak disukai suami...ape jadi kalau suami tak redho kehidupan isterinya? semua amalan dgn tuhan tidak akan diangkat
Quote capiloton 1-8-2022 11:05 AM
ifanonline replied at 1-8-2022 10:57 AM
berdosa seorang isteri menyimpan perkara2 yg tidak disukai suami...ape jadi kalau suami tak redho ke ...

kalau suami yang simpan gambar dan isteri tak redho,
acaner?

Quote ifanonline 1-8-2022 11:06 AM
capiloton replied at 1-8-2022 11:05 AM
kalau suami yang simpan gambar dan isteri tak redho,
acaner?

ketidak redhoan isteri terhadap suami tidak ada hukumnya dlm islam...but husband ada nas nya...
Quote capiloton 1-8-2022 11:09 AM
ifanonline replied at 1-8-2022 11:06 AM
ketidak redhoan isteri terhadap suami tidak ada hukumnya dlm islam...but husband ada nas nya...

yeszaa.
marah orang pompuan dengar, 2nd class kata nyer
Quote ifanonline 1-8-2022 11:10 AM
capiloton replied at 1-8-2022 11:09 AM
yeszaa.
marah orang pompuan dengar, 2nd class kata nyer

orang pompuan akan sentiasa jadi 2nd class...tiada istilah dlm agama pun pompuan first class...
Quote kepompong 1-8-2022 11:11 AM
ehhhh selalu lelaki yg buat perangai camtu simpan gambar makwe lama, baru , bakal, & bukan makwe pon ada dlm simpanan rahsia dorang
Quote Simunggu 1-8-2022 11:14 AM
silap haribulan anak tu...
Quote green~tea 1-8-2022 11:21 AM
Kitorang both ada archive gambo2 lama dgn exes.. dengan i skali layan tengok gambo2 deme yang lama

Dah kenapa nak insecure sangat... bukan terjadi masa timeline dengan kita.. past is past.. yang penting kita jauh bertiang lagi hot dari exes tu kohhhhhhhhhhhhhh
Quote Suchi 1-8-2022 11:40 AM
So masalah kitaorang ke nak kena fikir?
Quote aina_shaira 1-8-2022 11:46 AM
takde simpan pun, tak kuasa lah i nak simpan, klu nak, i stalk je
Quote Decaffeinated 1-8-2022 11:46 AM
pooh~key replied at 1-8-2022 10:18 AM
Tujuan simpan gambar lama tu untuk apa dek? Seharusnyalah untuk mengenang kisah lama khen dek? Tepuk ...

Ha ha ha... komen akak pooh memang jarang yg mengecewakan.
Quote margo20 1-8-2022 01:00 PM
Tak pernah berpakwe makwe so takdela gambo gambo gini

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052540 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top