CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Saudara Dan Sepupu Kanak-kanak Mangsa Dera Direman

31-7-2022 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1549| Komen: 2

Seorang lelaki dan dua wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun direman selama tujuh hari.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Pilah, Saiful Sayoti bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Reman terhadap tiga individu berumur 21 hingga 42 tahun yang juga merupakan ibu bapa saudara serta sepupu kepada kanak-kanak perempuan itu bermula Ahad sehingga 6 Ogos ini.


Gambar hiasan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak cedera pada keseluruhan badannya antaranya kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badan apabila disyaki menjadi mangsa dera.


Mangsa disyaki didera sejak Mei lalu sebelum diselamatkan ibu saudaranya dan laporan polis telah dibuat oleh ibunya pada 27 Julai lepas.

Ibu kanak-kanak terbabit menghantar anaknya itu untuk dijaga oleh individu berkenaan dengan bayaran RM300 sebulan kerana bekerja di Johor.

Mangsa dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah selain kes dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Jempol.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 1-8-2022 09:29 AM
Bangsa Cina ni kataku menuduh melulu
Quote boo05 24-11-2024 10:06 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.180873 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top