CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Scammer Perdaya Budak 10 Tahun Pindahkan RM147,755 Dari Akaun Bank Bapa

31-7-2022 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2552| Komen: 16

Seorang lelaki di selatan Thailand menjadi mangsa terbaharu penipuan online atau ‘scammer’ selepas kumpulan itu memperdaya anaknya untuk memindahkan sejumlah wang, lapor laman berita Thaiger semalam.


Menurut laporan, ‘scammer’ tersebut memperdaya anak lelaki mangsa yang berusia 10 tahun untuk memindahkan wang sebanyak 1,206,000 baht (RM147,755) daripada akaun bank bapanya dari 7 hingga 25 Julai lalu.

Lelaki berusia 49 tahun yang dikenali sebagai A itu tinggal bersama anak lelakinya di wilayah Nakhon Sri Thammarat.


Gambar hiasan

Kumpulan itu pada awalnya menghubungi nombor telefon A pada aplikasi LINE. Dia ketika itu membenarkan anaknya menggunakan telefon tersebut untuk pelajaran online dan bermain permainan video.


Apabila penipu berkenaan menyedari seorang kanak-kanak menjawab panggilan, mereka melihatnya sebagai peluang untuk mengambil kesempatan.

‘Scammer’ berkenaan bertanya kepada budak lelaki itu mengenai permainan video yang disukainya dan jika dia mahu memenangi mata permainan. 

Selepas menjawab ‘ya’, penipu itu memberi arahan tetapi meminta mangsa untuk tidak memberitahu bapanya atas apa yang dia lakukan.

Budak lelaki tersebut pada awalnya diminta menghantar gambar kad pengenalan bapanya. Mereka kemudian memperdaya mangsa untuk membuat tujuh transaksi bank dari 7 hingga 25 Julai lalu.

Selepas berjaya mendapatkan wang sebanyak 1,206,000 baht (RM147,755), mereka menyekat nombor telefon mangsa.

A kemudian menerima pemberitahuan mengenai transaksi bank. Dia melaporkan kejadian itu dan polis masih menjalankan siasatan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 31-7-2022 10:30 PM
Kreatif betul scammer
Quote kitmal 31-7-2022 10:36 PM
hebat...budak ni juga hebat dapat access akaun bapa
Quote kitmal 31-7-2022 10:36 PM
hebat...budak ni juga hebat dapat access akaun bapa
Quote dua_chzy 31-7-2022 10:41 PM
Sudah sampai masa pihak berkuasa guna service orang awam untuk tangkap scammer.

Youtubers sampai boleh buat content pasal cerita mereka tangkap scammers. Contohnya abang ni:

[youtube]BJV_thKUPmQ[/youtube]

Nak, seribu daya.
Quote she 31-7-2022 10:43 PM
dua_chzy replied at 31-7-2022 10:41 PM
Sudah sampai masa pihak berkuasa guna service orang awam untuk tangkap scammer.

Youtubers sampai bo ...

Ramai hacker dalam negara
Tapi sebab ego SKMM
Takut tercalar kredibiliti
Tu yang peram kes2 macam ni

Boleh je kalau geng hacker ni trace macam omputih buat kat YT tu
Quote dua_chzy 31-7-2022 10:53 PM
she replied at 31-7-2022 02:43 PM
Ramai hacker dalam negara
Tapi sebab ego SKMM
Takut tercalar kredibiliti

Tu le. Kacang je nak buat. Ka takut hada bangkai lagik busuk bakalan exposed jika buat gitu? Kan ke ada teori konspirasi yang politicians juga PDRM tu la yang cover segala mala scammers di tanahair ini.
Quote slyfynx 31-7-2022 10:53 PM
Wartawan cari ni x reti letak tag ke?
[DUNIA], [TEMPATAN]

Dah la letak tajuk dalam RM. Mmg clickbait
Quote Imkhai 31-7-2022 11:49 PM
Aku dh 2 3 kali scammer ni call dulu siap hntr segala mak nenek surat kata menang sekian2 hadiah brserta wang tunai sbb nama aku naik
Quote cheezel 1-8-2022 12:51 AM
Makin canggih teknologi makin senang scammer buat kerja. Hipotesis
Quote JDT 1-8-2022 01:15 AM
Bila dapat automated panggilan "Ini adalah panggilan dari..bla..bla..", saya terus hang up je..
Quote dua_chzy 1-8-2022 03:53 AM
Nak share video ni.

[youtube]rwiF0wtG2ec[/youtube]

Begini rupanya scam ring ni kerja. So orang2 yang call kita nak scam kita tu boleh jadik mangsa culik juga.

Government Singaporn nampaknya dah bergerak fighting scammers.

Mohon tanahairkuku buat menda sama.
Quote zarulnazmi 1-8-2022 08:20 AM
Budak tu bila membesar mesti rasa down sebab teringatkan kesilapan lampau. Aku do'akan semoga semua scammer dilaknat dan celaka di dunia dan akhirat.
Quote hayrin86 1-8-2022 08:47 AM
Sangkakan dalam Malaysia.. Apapun, takyah caya bulat-bulat kalau ianya scammer..
Quote pasa 1-8-2022 09:16 AM
byk kes scammer ni

tansfer duit dengan rela hati pada sekemer.
Quote ladybugz 2-8-2022 09:05 AM
yg terbaru, anak kwn my mom dah depress puncanya dari scammer la. caranya si scammer call dan hantar satu link utk die tekan dan ntah mcamana si scammer berjaya bukan shj ambil duit dlm akaun budak ni pelajar uni tp parents dan pak n mak sedara skali. habis saudara mara punya akaun pun lesap skali. sgt kesian tgk budak tu. terus depress.
Quote boo05 24-11-2024 10:07 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.169748 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top