CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Budak 9 Tahun Ditemui Di Sungai Plentong, Rakan-rakan Kunci Pintu Rumah

31-7-2022 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4714| Komen: 24

Kehilangan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun sejak kelmarin terjawab apabila mayatnya ditemukan hari ini, dipercayai lemas di Sungai Plentong, dekat sini.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mayat mangsa, Rizat Muhammad Salleh ditemukan pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam.


Mayat seorang budak yang dipercayai lemas di Sungai Plentong, Johor Bahru.

Semalam, pihaknya menerima laporan polis oleh ibu mangsa yang berusia 40 tahun memaklumkan anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.

“Ibu mangsa membuat laporan pada pukul 6.49 petang semalam memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah setelah keluar sejak pukul 3 petang, Jumaat lalu. Namun, pada pukul 11.30 pagi hari ini, Balai Polis Plentong menerima makluman awam bahawa terdapat satu mayat ditemukan lemas di kawasan Sungai Plentong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa mangsa, Muhammad Salleh Abdullah, 51, berharap pihak polis dapat membantu merungkai punca sebenar kejadian itu.

“Rizat tidak pandai berenang. Jadi, saya cuma mahu tahu apa yang berlaku, adakah dia terjatuh sendiri atau ada sebab-sebab lain sehingga perkara itu menimpanya.

“Walaupun berasa sedih dan terkejut, saya tetap berasa lega kerana keberadaannya sudah diketahui dan kini saya berharap polis dapat membantu mencari punca sebenar kejadian,” katanya kepada Utusan Malaysia di Flat Diasi, di sini.

Muhammad Salleh memaklumkan sebelum mayat anak keempat daripada lapan beradik itu ditemukan, dia terlebih dahulu telah pergi ke sungai tersebut kerana terasa seperti ‘dipanggil’ untuk ke lokasi berkenaan.

“Pagi tadi, dalam pukul 8 pagi saya pergi ke sungai itu dan dalam hati seperti berkata ‘Rizat ada dekat sini’. Saya kemudian pulang ke rumah sebelum tidak lama mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan yang memberitahu Rizat sudah ditemui dan benar, di lokasi saya kunjungi pagi tadi,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai kontraktor dimaklumkan isterinya, Rashidah Hassan bahawa Rizat belum pulang semasa sampai di rumah pada pukul 7.30 malam.

“Kami sekeluarga berusaha mencari dia dan bertanyakan dua rakannya yang diketahui ada bersama-samanya pada hari kejadian. Namun, pelik apabila kedua-dua rakannya enggan bekerjasama dan memberitahu di mana Rizat berada, sebaliknya mengunci pintu kediaman masing-masing hingga ke hari ini,” ujarnya.

Muhammad Salleh berkata, pihaknya bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa, sebaliknya hanya mahu mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku sehingga anaknya lemas di sungai berkenaan. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 31-7-2022 10:31 PM
Laaah. Dah knp kengkawan mcm hiding sesuatu
Mungkin jugak trauma nmpk lemas. Eh entahlah.
Al Fatihah utk arwah.
Quote dua_chzy 31-7-2022 10:34 PM
Budak2 memang reti menipu.

Masa aku kecik2 dulu ada 4 sekawan ni pi mandi sungai. 3 orang darjah 5, sorang darjah 1 atau darjah 3, tak ingat. Then salah sorang lemas, hanyut dibawa arus. 2 orang kawan tu ugut yang paling muda, jangan bagitau sesiapa. Mak mangsa lemas tu panik bila tengok dah senja anak tak balik so kat kampung dibuat la gerakan mencari. Malamnya budak paling kecik tu dah tak boleh tahan then bagitau mak dia apa yang terjadi sebenarnya. Bila cari di kawasan sungai, jumpa mayat mangsa. Nama pun aku ingat sampai sekarang. Sera.

Quote Suchi 31-7-2022 10:35 PM
Edited by Suchi at 31-7-2022 10:37 PM

Dah kenapa dgn kenkawan dia tu? Umur berapa? Kenapa takmo jumpa dan bg kerjasama?
Bebudak ni takut ke duk main mandi sama2 tiba2 member lemas pastu gelabah ke apa?
Quote she 31-7-2022 10:40 PM
Ke depa dua membuli arwah
Melemaskan? Bergurau campak2 masuk sungai?
Mencabar arwah? Menolak? Prank?

Kalau betul
Semoga tiap malam korang mimpi hantu air keluar dari sungai merangkak cekik sampai korang cerita benda betul
Quote eyansss 1-8-2022 02:10 AM
dua kawan tu bakalan masuk henry gurney?  eh, kalau kanak2 n sabit salah, kemana diorang akan pegi?
Quote JunkMail 1-8-2022 02:26 AM
Mesti lemas depan mata kawan-kawan pastu pakat rahsia ni. Mohon polis saiko kan budak-budak ni sampai pecah rahsia.
Quote Nham22 1-8-2022 06:48 AM
Kes tak dak bukti ni payahla.. Kene tunggula member2x die dpt hidayah nk share
Quote acikhan 1-8-2022 07:01 AM
salam takziah utk keluarga mangsa... usia 9taun sebaya ank haku..sedih nyer
Quote imanjannah 1-8-2022 07:07 AM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote emera 1-8-2022 07:38 AM
she replied at 31-7-2022 10:40 PM
Ke depa dua membuli arwah
Melemaskan? Bergurau campak2 masuk sungai?
Mencabar arwah? Menolak? Prank? ...

Kalau betul diorg ada kena mengena, mintak2 budak2 ni takut dgn air. Takut mandi, takut minum, takut hujan, takut tengok sungai, sampai diorang cerita apa jadi.
Quote jalfa 1-8-2022 07:42 AM
Kurang ajar punya budak.kalo awal awal bgtau kan senang org set team rescue.dekat dekat aku dah cepuk budak tu
Quote syamzana 1-8-2022 07:54 AM
Innalillah...hrp makayah kwn2 tu pujuk anaknya, jgn korang plak over sama naik dgn anak buat diam. org nak tnya je, nakkan kepastian. acik syak sesuatu berlaku ni.pagi2 bute pun baca news mcm ni. mesia setara yindia yindon sgt
Quote faraway1 1-8-2022 07:57 AM
Takpa, polis sure berjaya tanya kenapa dorang tutup pintu macam bersalah aje, adakah dorang tolak budak tu masuk sungai sampai lemas
Quote Minami2013 1-8-2022 08:01 AM
Kalo kawan2 dia tau ape yg betul2 berlaku hari tu mesti kejadian tu akan menghantui hidup depa forever. Kalo jadi makin baik alhamdulillah. Kalo sebaliknye...
Quote mawardia 1-8-2022 08:11 AM
syamzana replied at 1-8-2022 07:54 AM
Innalillah...hrp makayah kwn2 tu pujuk anaknya, jgn korang plak over sama naik dgn anak buat diam. o ...

Over sama naik lah tu siap kunci rumah
Tah2 tau dah apa jadi
Jgn tgh malam lari obersi sudehh
Quote mawardia 1-8-2022 08:13 AM
Alaa polis will find a way to talk to those kids
Diaorang akan saiko budak2 tu sampai dapat
Yg payahnya kalau mak bapak budak2 tu pasang lawyer sesiap
Tu payah sikit
Wahh gituu I ols spekuan dia pagi senin sambil makan nasi lemak singgit
Quote myakayina 1-8-2022 08:17 AM
sedihnya..hrp dpt tau apa cerita sebenar di sebalik kes ni..semoga keluarga mangsa tabah..
Quote Knowlee 1-8-2022 08:27 AM
Something fishy dengan kawan-kawan dia...
Quote Mini.Me 1-8-2022 09:31 AM
Umur 6thn kebawah je yg tak pandai menipu...7thn ke atas ni takyah laa...tp biasa diorang menipu or simpan rahsia tak lama laa, polis sergah sikit nanti abis laa keluar semua cerita...ni bertahan lama sgt ni sbb makpak  pon tukang cover sorok anak ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.150346 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top