CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Asing Terlelap Melecur Sebab Lupa Tutup Api Dapur

31-7-2022 10:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1553| Komen: 5

Gara-gara terlelap sehingga terlupa menutup api dapur menyebabkan seorang lelaki warga Bangladesh melecur dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi, hari ini.


Mangsa berusia 45 tahun itu melecur di bahagian bahu selepas terkena bahangan api ketika memadamkan api tersebut.


Keadaan rumah kedai yang terbakar akibat seorang penghuninya terlupa tutup api dapur.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dan Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.41 pagi.


Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati mangsa terlupa mematikan api ketika memasak sebelum tertidur.

“Lelaki warga asing itu hanya tersedar apabila kepulan asap memenuhi ruang rumah itu sebelum cuba memadamkan api.

“Mangsa dilaporkan terkena bahangan sehingga cedera di bahu sewaktu memadamkan api namun gagal dan terus keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan selanjutnya.

Norazam menjelaskan, hasil pemeriksaan turut mendapati rumah kedai di tingkat empat itu dijadikan sebagai tempat tinggal pekerja asing.

“Kebakaran melibatkan 50 peratus rumah tersebut dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 1-8-2022 08:15 PM
Aku pernah lupa tutup suis dapur gas macam ni gak. Time tu api dah menjulang besar naik hampir ke syiling rumah. Tapi nasib baik dapat dipadamkan pakai air. Seram betul. Sampai sekarang masih trauma
Quote CariMalay 1-8-2022 08:16 PM
Dalam tak sedar banyak kes lupa tutup dapur gas sampai rumah terbakar terjadi. Bahaya betul
Quote kemaruk 1-8-2022 08:28 PM
kenapa ntah bangke baca warga asing tetap melacur
Quote drivethru 1-8-2022 08:31 PM
Aku aritu jumpa bangla kat klinik, badan melecur sbb tertidur masa merokok atas tilam. Penat sangat kot melayan indon. Tetiba.....
Quote boo05 24-11-2024 10:07 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.169601 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top