CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Cuba Bedah Hidung Sendiri Lepas Tengok Video DIY Di YouTube

30-7-2022 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1848| Komen: 8

Seorang lelaki di Sao Paolo, Brazil dimasukkan ke unit kecemasan sebuah hospital minggu lalu selepas cuba melakukan pembedahan hidung atau ‘rhinoplasty surgery’ pada dirinya sendiri, lapor laman Oddity Central semalam. 


Lelaki itu berbuat demikian dengan mengikuti tutorial di laman perkongsian video YouTube.

Dia bagaimanapun dimasukkan ke Unit Penjagaan Kecemasan Campo Limpo dengan kesan luka yang dijangkiti kuman.


Foto: unsplash.com

Lelaki itu memberitahu doktor bahawa dia tidak menggunakan sarung tangan untuk melakukan prosedur berkenaan, tidak membersihkan luka serta tidak membuka jahitannya.


Doktor-doktor di jabatan hidung, tekak dan telinga diberitahu oleh lelaki itu bahawa dia mendapat idea melakukan pembedahan hidungnya sendiri di YouTube.

Lelaki itu menggunakan alkohol untuk membasmi kuman di kawasan hidungnya dan ubat bius veterinar bagi menghilangkan rasa sakit. 

Selepas ‘pembedahan’ itu selesai, dia menggunakan benang dan gam kuat untuk menutup lukanya.

“Selepas dibantu pasukan perubatan kesihatan mental, pesakit itu dirawat oleh pasukan mulut dan maksilofasial (BMF) yang membersihkan luka, membalutnya dan memberikan bimbingan mengenai penjagaan yang diperlukan.

“Pesakit itu dibenarkan pulang pada hari yang sama selain perlu menjalani janji temu susulan dengan pakar BMF,” demikian kenyataan akhbar hospital berkenaan.

Lelaki itu mengunjungi hospital berkenaan pada 21 Julai lepas tetapi kes tersebut hanya didedahkan kepada media pada 28 Julai lalu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 31-7-2022 12:45 AM
ape dia buat kt hidung dia eh
Quote whimsicalmusic 31-7-2022 02:29 AM
Jgn jd mcm mamat hidung ade lesung pipit tu sudah la
Quote Perawankota 31-7-2022 03:15 AM
Mental nih
Quote Supersirap 31-7-2022 08:28 AM
dia ingat ini white head or black head removal?
Quote Babai 31-7-2022 06:16 PM
whimsicalmusic replied at 31-7-2022 02:29 AM
Jgn jd mcm mamat hidung ade lesung pipit tu sudah la

Hahahahaha
Quote uori 31-7-2022 06:23 PM
kalaulah hidup semudah tu, dik
Quote liyamariska 1-8-2022 09:29 AM
makin lama main ramai manusia bermasalah mental...
Quote boo05 24-11-2024 10:07 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.072078 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top