CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Diceraikan Ketika Majlis Kahwin Kerana Mentua Kata Hodoh Dan Pendek

30-7-2022 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5306| Komen: 42

Seorang wanita di Tunisia mendapat sokongan netizen di media sosial selepas perkahwinannya dibatalkan kerana bakal ibu mentuanya tidak menyukai penampilannya, lapor laman Oddity Central semalam.


Pada minggu lalu, Lamia al-Labawi berkongsi kisah sedihnya di laman Facebook di mana hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia dalam hidupnya bertukar mimpi ngeri.


Foto: FB

Dia bersama pasangannya sepatutnya berkahwin setelah empat tahun bercinta. Segala persiapan sudah diatur dan mereka menghabiskan wang yang banyak untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. 

Bagaimanapun, Lamia tidak pernah bertemu ibu pengantin lelaki secara peribadi sebelum ini. 

Majlis perkahwinan itu kemudian berlangsung dengan kehadiran ramai tetamu. Di hadapan semua orang, wanita itu mendekati anaknya dan meminta dia membatalkan perkahwinan.


Foto: FB

Dia mendakwa pengantin perempuan terlalu pendek dan hodoh serta tidak layak untuk dikahwini. 

Ibu pengantin lelaki hanya melihat foto Lamia sebelum ini dan nampaknya amat kecewa selepas bertemu dengannya.

Bukan itu sahaja, tetamu majlis lebih terkejut apabila mendapati pengantin lelaki bertindak menyebelahi ibunya. Dia meninggalkan Lamia dan pergi bersama ibunya. 


Foto: FB

Kisah itu tersebar di media sosial di mana Lamia mendapat sokongan daripada netizen.

“Dengan kasih sayang dan persaudaraan, saya memberitahu anda, angkat kepala anda dan hadapi dunia dengan sekuat tenaga anda,” kata pelakon teater Tunisia, Hedi Al-Mejri kepada Lamia. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 31-7-2022 01:18 AM
Elok le cerai kak, daripada dipukul even dibunuh komdian hari
Quote norawestallen 31-7-2022 02:17 AM
Kesian. Bodoe punya jantan
Quote matchstick 31-7-2022 03:16 AM
Mcm la hensem sgt anak dia tu
Quote Potpouri 31-7-2022 03:35 AM
Anak dia lagi hodoh.. pemgantin perempuan ni nampak juga manisnya
Quote Buritan 31-7-2022 05:49 AM
Potpouri replied at 31-7-2022 03:35 AM
Anak dia lagi hodoh.. pemgantin perempuan ni nampak juga manisnya

Org hodoh mana sedo dia hodoh... hohohoho
Quote sukacactus 31-7-2022 06:19 AM
Untung le terlepas dr ank mak
Lps ni ko famous, bleh jd influencer, buat duit bebanyak, ha gitu!
Quote anggeriklatifah 31-7-2022 07:51 AM
Manis je aku tgok permpuan tu..camtu yg bg aku kira lawa gak tu dikatakan hodoh kat sana?
Quote tikusmontok 31-7-2022 07:58 AM
Bodo piang punya jantan buang masa ppn tu ngadap kau 4 tahun.
Quote Supersirap 31-7-2022 08:33 AM
x baik menghina...
Quote krustykrab 31-7-2022 09:09 AM
Elok lah tak jd kwin...
Quote imanjannah 31-7-2022 09:19 AM
syukur alhamdulillah.. ko terselamat dari laki dan family toksik sebegitu dik
Quote Friska 31-7-2022 09:25 AM


Imut-imut memang dia
Quote green~tea 31-7-2022 09:31 AM
Edited by green~tea at 31-7-2022 09:32 AM

Elok la tak jadi kawen sbb ibu tak restu.. kalo paksa juga kawen ntah apa2 yang dijadikan point utk berantakan...

Tp apsal bercinta sampai 4 tahun, tp tak pernah jumpa mak pak?
Quote jalfa 31-7-2022 09:34 AM
Mujur sis..ramai lg mertua helok kat luar sana
Quote mbhcsf 31-7-2022 10:36 AM
well, it is okay dear lady , held your head high and just walked off . tak perlu famili begini.

cumanya - s atu bende je kene tengok dalam kes pendek ni, penyakit genetuk achondroplasi. ini kena timbang bebetul, kalau ade kes begini dalam famili. dapatkan genetik kaunseling.

if not , mertua tu zalim.
Quote ezacbee 31-7-2022 10:54 AM
Membujang sampai ke tua laa anak laki acik...

Quote Samerosie 31-7-2022 11:39 AM
Hikmah kejadian Tuhan selamatkan anda dr mak mertua yg mcm tu dan laki yg akan selamanya tidur bawah ketiak mak dia.  Saves a lifetime of heartache and stress.  
Quote Samerosie 31-7-2022 11:41 AM
Potpouri replied at 31-7-2022 03:35 AM
Anak dia lagi hodoh.. pemgantin perempuan ni nampak juga manisnya

Kan, tu belum lagi kena hadap tengik keti dia hahaha memandai je aku
Quote supernaturalee 31-7-2022 12:24 PM
Mcm kes kt China yg mak die mandikan laki tu

Elok lh x yh nikah

Btw chomel je die
D cup lg

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.171118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top