Seorang wanita dikecam apabila mengaku malu untuk mengambil seluar dalamnya yang terjatuh di atas jalan akibat ditiup angin.
Video dimuat naik akaun Instagram @lagi.viral itu menunjukkan wanita berkenaan merakam detik sepasang seluar dalamnya berada di sebuah persimpangan jalan menggunakan kamera telefon bimbit. Laman berita Suara.com melaporkan, dia mengaku malu untuk mengambil seluar dalam itu kerana ia jatuh pada kedudukan yang jauh dari jangkauannya. “Saya jemur seluar dalam dan ia jatuh ke jalan raya. Nampaknya ditiup angin selepas dijemur. Sebaiknya perlu ambil atau tidak. Saya malu sumpah,” kata wanita itu.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Sebilangan netizen menyindir wanita itu kerana mengaku malu tetapi memuat naik video kejadian itu di media sosial. “Malu untuk mengambilnya tetapi tidak malu untuk merakam dan berkongsi kepada ribuan orang, tidak masuk akal,” kata seorang netizen. “Minta tolong sahaja kanak-kanak ambil kak,” komen netizen lain. Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT