CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Tempat Wajib Jika Ke Sydney, Australia

13-8-2015 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 188832| Komen: 1332


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : www.au.timeout.com

Sydney merupakan sebuah kota metropolitan dan mendapat jolokan sebagai "the most expensive city in Australia". Biarpun kos hidup yang tinggi, namun kota Sydney tetap menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Banyak tempat-tempat menarik di kota ikonik ini yang mungkin berbaloi jika berhabis sedikit wang untuk percutian yang pasti menggamit seribu kenangan indah. Masih mengintai destinasi percutian untuk berbulan madu atau bercuti bersama keluarga tersayang? Nah! Sydney lah tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

Ini panduan untuk musim di Australia, tetapi tidaklah keseluruhan tempat di Australia mengalami empat musim ini.

Panas (Summer) – Disember – Februari.
Luruh (Autumn) – Mac – Mei.
Sejuk (Winter) – Jun – Ogos.
Bunga (Spring) – September – November.

Tak percaya ke tu? Jom kita intai-intai antara 10 destinasi yang harus anda kunjungi jika bercuti di kota Sydney :



Sumber foto : www.stayz.com.au

#5 - Darling Harbour
Ini adalah tempat tumpuan utama. Terdapat pelbagai persembahan jalanan yang berlangsung sepanjang hari di sini. Persembahan bunga api pula berlangsung setiap hari Sabtu bermula pada pukul 8 malam. Memang "happening" kat sini lebih-lebih lagi ketika waktu malam.

Sumber foto : www.bluemts.com.au

#4 - Blue Mountain
Perkara yang paling penting untuk dilakukan sebaik tiba di Blue Mountain ialah melihat serta bergambar dengan The Three Sisters di Echo Point Katoomba. Anda juga boleh menikmati keindahan Lembah Jamison dari tempat yang sama. Panorama sekeliling kawasan ini pasti memukau dan udaranya sungguh nyaman sekali.

Sumber foto : www.accommodationnear.com

#3 - Bondi Beach
Bosan ditengah kota? Sydney juga sememangnya mempunyai pantai-pantai yang indah terutamanya Pantai Bondi dan Manly. Anda boleh menjalankan aktiviti Coastal Walk dari Coogee ke Bondi dan menikmati pemandangan yang sungguh cantik sepanjang perjalanan!

Sumber foto : forum.keypublishing.com

#2 - Harbour Bridge
Harbour Bridge yang dibina pada tahun 1932 seolah-olah menjadi gerbang utama menuju Opera House. Jika ingin mendaki Harbour Bridge, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak AUD198. Mahal kan? Jika nak jimat naik sahaja feri ke Darling Harbour yang akan melalui jambatan tersebut.


Sumber foto : topspotnews.com

#1 - Opera House
Mengunjungi Opera House pasti membuatkan anda terkesima. Senang cerita jika anda ke Sydney tetapi tak berkunjung ke Opera House, baiklah tak payah pergi Sydney. Ini kerana Opera House adalah mercu tanda Sydney. Berkunjung ke Opera House pasti akan lebih lengkap jika anda menantikan panorama indah matahari terbenam, bolehlah selfie sepuas-puasnya.

The Rocks, Sydney Tower, Manly Beach, The Art Gallery of NSW, The Royal Botanic Gardens, Queen Victoria Building, Kiama Blowhole, Wollongong juga merupakan antara tempat yang menarik di Sydney. Apa tunggu lagi, rancang percutian anda dari sekarang. Jom terbang ke Sydney. - CARI Infonet.



22

Bagus
14

Marah
21

Terkejut
23

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aisyah_alyssa 28-1-2014 09:51 AM
Transportation

Sydney Airport : http://www.sydneyairport.com.au/

Airport Rail : http://www.airportlink.com.au/directions/directions-to-sydney-city.php

CityRail : http://www.cityrail.info/

Monorail & Light Rail : http://www.metrolightrail.com.au/index.php

Sydney Busses : http://www.sydneybuses.info/

List of ticket fares  : http://www.131500.com.au/tickets/fares/fares

Free Shuttle Bus

http://www.sydneybuses.info/free-shuttles

http://www.131500.com.au/plan-your-trip/cbd-shuttle

Route 555 : Free Sydney CBD Shuttle




Gambar 555 shuttle bus - post#747 : http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=341173&extra=page%3D1&page=30

Trip Planner : http://www.131500.com.au/plan-your-trip/trip-planner


What type of ticket should you be getting?

MyMutli Daypass : http://www.cityrail.info/tickets/which/mymulti_day


MyMulti1, MyMutil2, MyMulti3 : http://www.cityrail.info/tickets/which/mymulti




MyMulti Ticket Fares





Where to buy these tickets ?  
MyMulti3 tu bley beli kat 7-11 or any train stations


Where to Shop

1) Oxford Street - full with branded shops

2) Paddy's Market : http://www.paddysmarkets.com.au/

Opening days : Wednesday to Sunday
Opening Hours : 9am - 5pm
Dekat dengan Darling Harbour - tempat murah utk carik souvenirs
Gambar Paddy's entrance : http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=341173&extra=page%3D1&page=48

Direction:
By train: Catch the train to Town Hall or Central Stations. It's only a five minute walk to Paddy's!
By bus: The Sydney Explorer stops right outside the door.
By Monorail: Alight at Haymarket station, right at the door of Paddy's!
By LightRail: Alight at Haymarket, right at the door of Paddy's.

3) Queen Victoria Building (QVB) ...situ byk butik designer..kot la nk bli coach ke..ferragamo ke

4) Birkenhead Point : http://www.birkenheadpoint.com.au/ - outlet stores


Where to Eat

1) Cafe Kasturi - Halal ( malaysian owned) - bukak dari isnin smpi sabtu pukul 5pm ke 10 mlm je
Location : George Street - only 5 mins walk from Paddy's market...
http://www.valentineongeorge.com/cafekasturi/menu/ : price between AUD8 to AUD16
http://mforum4.cari.com.my/viewt ... ra=page%3D1&page=22

2) Restoran Delima - Indonesian
Location : dkt building yg tepi pedestrian bridge to darling harbour

3) Taste of Thai inside Sydney Fish Market
Gambar : http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=341173&extra=page%3D1&page=44

4) Oporto - use halal chicken

5) Nando's outlet in Paramatta is halal

6) Nando's outlet (Halal) next to Coles Supermarket - George St.



Other info

Apps for smartphone ( iPhone, HTC, Samsung) = TRIPVIEW

Forumers travel experience:
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=341173&extra=page%3D1&page=58 - post#1434
Quote aisyah_alyssa 28-1-2014 09:52 AM
Where to Stay

http://www.stayz.com.au
www.airbnb.com
www.not1night.com.au
www.tourist.net
Rentahome.com.au
TakeABreak.com.au
www.shortstays.net
www.thebookingbutton.com.au


1) Malaysia Hall : http://www.msda.org.au/index.php?p=1_4

Location : Allison Road, Randwick - Berhadapan dgn Randwick racecourse. tempat lumba kuda.
Transportation : Kat seberang jalan ni la kita boleh amik bas no. 373 ngan 377 nak ke centre sydney - circular quay. tambang 3 dollar. Utk balik semula ke MH, kena naik bas di Central Station, Eddy Avenue...bas arah ke sini byk, tak perlu tunggu lama. Duration drp Sydney Central to Allison Road dlm 12min jer.
Dari airport, domestic terminal or international terminal, kena ambik bus no 400. dia akan pegi ke randwick junction. dari situ kena jalan kaki sket nak ke malaysia hall. tak pun kena berhenti dekat cook st, randwick, then amek bas 373. turun lepas traffic light dekat dengan caltex. malaysia hall tu bleh nampak la on your right. kalau plan nak naik cab pun tak mahal sangat. dlm 25AUD - 30AUD je, terus sampai ke malaysia hall dia akan hantar. landmark paling senang nak bagi kat driver taxi tu, adalah randwick racecourse, sebab malaysia hall dekat je dgn tempat tu.

Facilities : Bilik ade bathroom. limited number of rooms. you may have to share room if there are limited vacant beds.
boleh tempah meals kat situ & ade kantin. breakfast and dinner AUD10. No meals on Saturdays.
Ada internet tapi kena bayar dlm AUD 5 for whole day

Rate : dah naik untuk bukan pelajar harganya AUD20/person/day untuk 3hari pertama. Lepas 3 hari rate naik ke AUD30/person/day. Tambah AUD15 untuk bayaran perkhidmatan bilik. rate untuk student lebih murah.
Requires deposit of AUD100 upon check-in

Gambar/Info :
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=341173&extra=page%3D1&page=3
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=341173&extra=page%3D1&page=7

2) Novotel Hotel
Location : Darling Harbour

3) Billabong Garden : http://www.billabonggardens.com.au/
Location : Newton
Review from forumer :
area tu dkt ngan train station and dkt ngan king st...i check dlm net kat king st ada 2 kedai indon yg halal...lega jugak la..
i stay kat area newtown... billabong gardern @ eden st... i baca review dlm tripadvisor...byk ckp ok...affordable for money.. thsi hotel is simple hotel la... kalu u nak yg selesa n kelas...maybe ni bukan taste u la...mcm i..janji leh tido n mandi..cukup....we all amik bilik yg attached with bathroom..so tak sharing with org lain ...
easy access....tu motel jek but i puas hati ahh duduk sini...sbb cosy, clean and easy access...cuma bab makan je payah sbb takde msian food...halal food mcm kebab tu byk la kat situ....
billabong is a motel ... bukan hotel apartment...
but u still can cook sbb billabong ni consist of backpackers hostel + motel gak...tp takut u je taknak cook kat kitchen tu coz it is open to all la...tp if tak perlu masak... billabong is nice place to stay coz clean, affordable and easy nak naik bus...kat sydney i makan luar jek...area billabong tu ada la 2-3 rest halal but all middle east food...
bilik ada kettle, mini bar, microwave oven, toaster, pinggan mangkuk sudu garpu dan kopi teh... billabong mmg provide la.

4) Sydney Harbour YHA

5) Marque Hotel
Location : Opposite the railway central station at the end of GEORGE ST. The opp side of GEORGE ST is CRCULAR QUAY. From/to CIRCULAR QUAY, ambil saja bus no. 501
Review from forumer :
Area Cafe Kasturi tu jugak. Its one block away. MARQUE is clean, modern esp its toilet. I notice the bathroom/toilet tak ada ventilation. Wifi free for 1st 24hrs. This hotel and most Oz hotels are now on no-smoking zone. Bawah MARQUE, banyak cafes e.g. Gloria Jeans, 7-11 and Subway. Bawah Subway tu at the basement ada internet place. Very convenient je.

Gambar : http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=341173&extra=page%3D1&page=24

6) Mercure Hotel
Location : Nearby Marque Hotel

7) YHA Railway Central Hostel
Location : Sebelah je ngan Stesen Keretapi. Cafe Kasturi pun pun dekat. Kedai2 makan halal pun banyak kat George Street. Nak gi mana2 Monorail ngan bas pun senang

8) Railways Square YHA
Reviews : Sesuai untuk family. Jangan ambik dormla. Ambik bilik. I tgk ramai je family tinggal kat sini
Location dia memang central. Sebelah Train Central (Mcm KL Sentral la). Dari sini u boleh jalan2 ke Chinatwn, Paddy Market, George street, Kafe Kasturi, even Coles supermarket

9) Sydney Central YHA : http://www.yha.com.au/hostels/nsw/sydney-surrounds/sydney-central-backpackers-hostel/

Normally attracts younger visitors due to it's rooftop swimming pool. Not suitable for family with small kids.

10) Sydney Harbour - The Rocks : http://www.yha.com.au/hostels/nsw/sydney-surrounds/sydney-harbour/

11) The Big Hostel : http://www.bighostel.com/

12) Sydney Waldorf Apartment kat Liverpool St - AUD260/nite : http://www.waldorf-apartments-hotel-sydney.com.au/

13) RX Apartment kat Kent St - AUD240/nite

14) Wynyard Hotel - 2 star...
Location : kat persimpangan Clarence/Erskine St: 150m dari stesen Wynyard - senang nak pergi/balik airport  nanti  & 250m dari bus stand 555 kat George St. Hotel kecik je rate AUD95/nite. Cuma 200m dari Darling Harbour.

15) Travelodge Philip St (3 star) - ada promo sekarang - malam tadi dapat email - AUD119/nite; cuma 100m dari bus stand 555 di Elizabeth St. & 100m dari stesen keretapi St James utk pergi/balik airport.

16) Vibe Hotel (4 star) - Goulburn St, dekat Hyde Park ada promo kat lastminute.com - cuma AUD116. Tak jauh dari stesen train Museum, & dekat dgn Elizabeth St untuk bas 555

17) Park8 Hotel kat Castlereagh Street
Last edited by aisyah_alyssa on 28-1-2014 10:30 AM

Quote aisyah_alyssa 28-1-2014 09:52 AM
Blue Mountain Explorer Bus : http://www.explorerbus.com.au/index.htm

Nak check weather http://www.accuweather.com/en/au ... 889?monyr=6/01/2012

lagi blue mountain tour:
FJ Tours :http://www.fjtours.com.au/
Happy Coach :  http://www.happycoach.net.au/
Blue Mountain Explorer Bus : http://www.explorerbus.com.au/index.htm
http://www.lostinaustralia.com.au/blue-mountains-tours/1dbm2

boleh beli mymulti3 untuk cover ke blue mountain
http://www.cityrail.info/tickets/pdf/mymulti_fare_map.pdf

Taronga Zoo : http://www.taronga.org.au/

Sydney Aquarium : http://www.sydneyaquarium.com.au/
Location : area Darling Harbour

Sydney Wildlife Park : http://www.wildlifesydney.com.au/

Tengok koala/kangaroo - nak masuk sini sorang kena byr 29AUD (RM87) pastu nak amik gambar ngan koala ni kena byr lagi 20AUD(RM60).

info di ambil dari thread lama dari perlbagai forummer @bdk2, @owen81, @haz, @azradiza dan yang lain-lain yang tak ditulis di sini.
you know how you are, hanya Tuhan yang balas jasa baik anda semua.

Last edited by aisyah_alyssa on 28-1-2014 10:04 AM

Quote aisyah_alyssa 28-1-2014 09:53 AM
info dari forummer @mayonese terima kasih

Tempat yg wajib dilawati kat Sydney :
1. Opera House
2. The Coat Hanger - Sydney bridge
3. Taronga Zoo
4. Sydney Tower
5. Sydney Aquarium (Ada pass Syney Aquarium + Sydney Tower + Oztrek (3D animasion story about Australia)) dlm AUD 42 boleh digunakan dlm sebulan kot...anyday..tp of course boleh guna sekali jer. contoh; hari selasa u pergi Aquarium, then boleh pergi Tower hari jumaat plak..mcm tuh..or u nk p same day, it's up to u.
6. Blue Mountain (kena naik train lain ke sini)
7. Paddy's Market (souvenir sini mmmggggggggg murah....even compare to Victoria Market kat Melbourne, sini much cheaper...)
8. Botanical garden
9. Variety of museums
10. Sydney Harbour
11. Darling Harbour
12. Fish Market

DayTripper (Bus, Ferry & Train)        $15.40 - beli yg nih, mmg berbaloi sgt...
bleh naik train dlm city, ferry ke taronga zoo n kalo tak salah applicable juga untuk naik cable car kat taronga zoo. (i tak pasti sb masa i p tak dpt naik sb angin kencang). naik la byk mana pun dlm masa sehari kalo tak salah sebelum 4am the next day.

Malaysia Hall terletak di Alison Rd, Randwick. U kena naik bas di Central Station, Eddy Avenue...bas arah ke sini byk, tak perlu tunggu lama. Duration drp Sydney Central to Allison Road dlm 12min jer..dekat sgt.

sapa nak beli corelle murah2 forummer @bayumentari cakap kat alexandria, o'riodan St. naik bas 348 kat alison road atau bas ni start kat bindi, tapi kene pi  weekday. Kalo weekend bas 348 takde, kene naik bas lain yang kene jalan jauh.

big W pun ada corelle murah2... mungkin depends pada rezki kita kalo ada sale

Last edited by aisyah_alyssa on 28-1-2014 10:24 AM

Quote aisyah_alyssa 28-1-2014 09:54 AM
Pelan saya akan ke canberra selepas di sydney dan ini sedikit info mengenai canberra yang telah saya kutip untuk trip akan datang...

mungkin lepas ni mungkin ada yang lain nak cuba ke canberra, pusat pentadbiran australia...

ni bus yang boleh pergi ke canberra:

http://www.murrays.com.au/ExpressService.aspx

driving mungkin mengambil masa dalam 3 jam lebih kurang...jauh sikit je dari katoomba yang mengambil masa 2 jam kan...
so mungkin siapa2 boleh includekan ke canberra lepas ni...

Canberra  is the capital city of Australia. With a population of 374,245, it is Australia's largest inland city and the eighth-largest city overall. The city is located at the northern end of the Australian Capital Territory (ACT), 280 km (170 mi) south-west of Sydney, and 660 km (410 mi) north-east of Melbourne. A resident of Canberra is known as a "Canberran".
The site of Canberra was selected for the location of the nation's capital in 1908 as a compromise between rivals Sydney and Melbourne, Australia's two largest cities. It is unusual among Australian cities, being an entirely planned city outside of any state, similar to the American Federal District of Columbia. Following an international contest for the city's design, a blueprint by the Chicago architects Walter Burley Griffin and Marion Mahony Griffin was selected and construction commenced in 1913.



bandar canberra...ehsan google

parliament house

Selain Canberra, sesiapa ada sewa kereta pun boleh tuju ke wollongong dan kiama...
cantik tempatnya...hutan dan tepi laut...semua cantik.. dekat juga dari sydney...


Last edited by aisyah_alyssa on 29-1-2014 09:15 AM

Quote aisyah_alyssa 28-1-2014 09:54 AM
Dari canberra, boleh cuba lajakk kan pula ke snowy mountains yang terletak 3 jam perjalanan...

di sini, adalah pergunungan salji yang digunakan oleh orang tempatan dan pelancong untuk main salji ketika musim sejuk.

memandangkan saya akan ke sana musim panas, jadi tiada salji ketika itu, tapi masih ada pot untuk bercamping, nak naik gunung tu pun masih boleh..
ni link snowy mountains:       http://www.snowymountains.com.au/

sedikit lagi info mengenai snowy mountains ada di sini:   http://www.visitcanberra.com.au/ ... nowy-Mountains.aspx

gambar ni ihsan google.... musim sejuk ni...

ni mungkin bila dah tak sejuk di kaki snowy mountains


sesiapa suka kan aktiviti macam ni, boleh lah cuba ke snowy mountains pulak kalau ada masa...

Last edited by aisyah_alyssa on 29-1-2014 09:05 AM

Quote aisyah_alyssa 28-1-2014 09:55 AM
booking parking
Quote mamaimran 1-2-2014 02:19 PM
Syukur dah ader rumah baru..boleh study dari sekarang,next year mgkn nak kesana..
Quote imalysra 3-2-2014 06:00 PM
Salam,
Thanx a lot for the info, sis. Juga pada forumer2 yang dok menyumbang kat rumah lama.  Sy pun insyaAllah bulan March ni nak pergi Sydney. Lawat makcik kat sana and sekaligus bawak anak-anak bercuti.
And nasib baik I have my aunty n cousins yang boleh jadi guide untuk berjalan  .
Cuma nak kena study gak mana nak pergi...hehe
Quote MissNigga 3-2-2014 10:28 PM
ye yeeee... umah sydney yang baru

rindu ngan sydney
Quote mattj 4-2-2014 10:20 AM
Thank you Aisya_allysa for the informative post, amat berguna sekali bagi saya dan keluarga yang akan ke Sydney pada 24/2 nanti hantar dotter pegi UNSW.
Maybe need to plan an itenary for my 6 days there with my dotter orientation in mind for the first 2 days then probably some sightseeing for the next 4 days.
Among others, getting the family ticket to see the 5 tourist attraction, Sydney tower, aquarium, zoo, Madame Tussaud and skywalk, Blue mountain, Darling harbour, Paddy's market, Ferry ride, etc. etc.
Maybe can advise us on what to look for etc.
Satu lagi out of curiosity masih wujud ke jeans brand AMCO kat Ostolia? Dulu my sister who studied in Melbourne use to bring back some for us.
Quote sakura2503 4-2-2014 11:20 PM
Wah dh bukak rumah baru..
  berkuntum kt sini la.plak... Last edited by sakura2503 on 4-2-2014 11:22 PM

Quote commot 5-2-2014 12:33 PM
As Salam
Nak bertanya pada yg pernah g sydney. Nanti sampai airport kita turun macam kat LCCT or terus connect ke terminal. Bukan apa, sy pernah berpengalaman dokong anak yg tidur, dari turun flight sampai ke emigration di  Airport HK, yg  besar dan jauh menapak ditambah pulak q yg panjang
Quote zafira 5-2-2014 03:23 PM
As Salam,

Terima kasih sebab buka rumah baru...  Nak pergi bulan Mei.... Nanti boleh refer kat sini.... TQ..
Quote ummy43 5-2-2014 03:40 PM
akak nk tanya, kat melbourne ada shuttle bas dr airport ke hotel, kat sdyney ade x?
Quote heidihana 6-2-2014 03:26 PM
info yg berguna pada saya gak. nak ke sydney 13/6 ni..
Quote sakura2503 7-2-2014 03:15 PM
heidihana posted on 6-2-2014 03:26 PM
info yg berguna pada saya gak. nak ke sydney 13/6 ni..


Hahahahha...berkuntum kt sini jgk tu..
Punyla semangat nk berwinter di sydney
Quote heidihana 8-2-2014 08:52 AM
sakura2503 posted on 7-2-2014 03:15 PM
Hahahahha...berkuntum kt sini jgk tu..
Punyla semangat nk berwinter di sydney

hahahaha  cik sakura...   bersemangat sebab x penah g negara omputih katenyewwwww  
Quote aisyah_alyssa 8-2-2014 07:37 PM
salam semua...maaf tak sempat update..saya bersiaran di canberra ketika ni...

hari ni dan esok ada cultural festival kalo x silap di city center so saya mengambil kesempatan untuk mencuba makanan dari negara2 luar yang halal....

memang terbaik...

sapa2 yang ada di sydney tu mai la turun ke canberra mencuba kelainan di sini...terbaikkkkk

Lihat semua komen(1332)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.213331 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top