Rossa Sera menafikan berat badannya yang turun bersangkut paut dengan polemik rumah tangganya bersama Shuk Sahar.
Jelas isteri kepada pelawak itu atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshafera, ia berikutan dirinya kini lebih banyak masa untuk menjaga penampilan diri dan mengurus gaya pemakanan sihat. “Eh, saya kurus bukan sebab makan hati. Sebab kalau ikut makan hati, dah lama saya kurus. Buat masa ini, saya mempunyai lebih masa untuk diri sendiri. Jadi, saya ambil peluang itu untuk jaga makan, diri dan penampilan. “Tambahan pula, saya mengambil suplemen BerryFull, jadi ia sangat membantu saya untuk menurunkan berat badan. Dahulu berat saya sekitar 60 kilogram. Selepas amalkan suplemen berkenaan, berat jadi 49 kilogram,” katanya kepada Gempak.
Dia juga menegaskan usahanya untuk kurus itu bukan disebabkan mahu membalas dendam terhadap kemelut hidupnya sebelum ini. “Ini bukanlah revenge body. Saya tidak mahu membuktikan apa-apa. Cuma saya sudah tidak ada masa untuk memikirkan hal-hal negatif buat masa ini dan mahu buktikan yang sebenarnya saya mampu untuk kembali seperti dulu. “Kadang-kadang ada juga orang salahkan saya sebab dah jadi begini baru nak jaga badan, tapi saya buat bodoh saya. Saya tak baca komen-komen sebegitu,” ujarnya. Sera juga mendakwa dia tiada masalah menurunkan berat badan. “Sebenarnya tidak sukar untuk menurunkan berat badan. Sebab sebelum ni, orang tu suka makan malam. Saya akan tunggu dia pulang sebab dia ajak makan sekali. “Saya bukanlah jenis makan banyak. Jadi, apabila dia sudah tiada, saya tidak perlu tunggu sesiapa pada waktu malam untuk makan bersama dan terus masuk tidur. “Bagi saya semua wanita itu cantik. Apa yang penting hati kena tenang dan apabila sudah tenang, kita mampu untuk fokus dan aturkan aktiviti seharian,” katanya sambil mengakui anak-anaknya turut berasa gembira melihat perubahannya. Mungkinkah tubuh berisinya sebelum ini 'salah' Shuk kerana suka makan malam? - CARI
|
Sunkiss8999 replied at 29-7-2022 09:01 PM
Kemain labuh tetek nye..pakai la push up bra..la senza banyak..
tupaiterbang replied at 29-7-2022 10:26 PM
Badan kurus pun tak guna kalau aset melayut
Nnasda53 replied at 30-7-2022 09:44 AM
Dia ni bukan artis pun.
Sekadar janda artis.
Hari2 mesti ada thread dia.
.HannahMontana. replied at 29-7-2022 07:39 PM
janda memang kebanyakan memang akan melaram melebihi semasa zaman anak dara mereka.
dia katalah ap ...
Sunkiss8999 replied at 29-7-2022 09:01 PM
Kemain labuh tetek nye..pakai la push up bra..la senza banyak..
gideoncross replied at 30-7-2022 04:36 PM
Kna lh exercise utk naikkn smula haha.
anony-mous replied at 30-7-2022 05:24 PM
Exercise xmembantu uols. Kena undergo surgery sbb i ada masalah yg sama. Kdg2 sedih jugak baca org ...
selipar_hijau replied at 30-7-2022 05:06 PM
Hadoi berdekah aku baca komen nak2 tang tetek labuh tu
ADVERTISEMENT