CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Risiko Tinggi Meroyan Lepas Bersalin Kalau Bela Kucing Masa Hamil

29-7-2022 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3755| Komen: 38

Satu kajian baharu mendapati memiliki kucing ketika hamil boleh meningkatkan risiko ibu mengalami kemurungan selepas bersalin (meroyan).

Pemilik kucing yang hamil juga berisiko mendapat toksoplasmosis parasit, yang menyebabkan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan keguguran, anomali bayi atau gangguan otak.

Penulis utama Kenta Matsumura berkata: “Kami mendapati bahawa jenis haiwan peliharaan yang dimiliki boleh memberi kesan kepada kesihatan mental ibu, baik dalam tempoh peranakan dan selepas bersalin.


Gambar hiasan

“Perhatian khusus mesti diberikan kepada pemilik kucing, yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi kesihatan mental serta toksoplasmosis,” katanya.


Kajian terdahulu telah melihat hubungan antara kepemilikan haiwan peliharaan dan kesihatan mental dari demografi yang berbeza.

Namun, tidak banyak yang menyasarkan wanita di sekitar proses bersalin, ketika mereka memiliki kerentanan tinggi terhadap gangguan kesihatan mental.

Pasukan Matsumura telah mereka bentuk soal selidik untuk menyiasat bagaimanakan pemilikan haiwan peliharaan mempengaruhi kesihatan mental wanita hamil.

Maklumat dikumpul mengenai topik termasuk status demografi dan sosioekonomi, sejarah perubatan dan obstetrik, kesihatan fizikal dan mental serta gaya hidup.

Soal selidik telah dijalankan bersama 80,814 ibu di kawasan bandar dan luar bandar Jepun, yang memiliki sama ada anjing atau kucing semasa mengandung.

Kajian tersebut dibuat sebanyak lima kali - trimester pertama, trimester kedua atau ketiga, dan pada satu bulan, enam bulan, dan satu tahun selepas bersalin.

Penemuan yang diterbitkan bulan ini menerusi Sains Sosial & Perubatan mendedahkan yang memiliki anjing semasa hamil dikaitkan dengan pengurangan gejala kemurungan dan kebimbangan pada satu bulan dan enam bulan selepas bersalin.

Ibu baharu dengan anjing juga menunjukkan tanda-tanda tekanan psikologi yang berkurangan pada 12 bulan selepas bersalin.

Sebaliknya, pemilikan kucing pula dikaitkan dengan peningkatan risiko gejala kemurungan pada enam bulan selepas bersalin. Gejala tekanan psikologi pada trimester kedua atau ketiga kehamilan juga diperhatikan untuk pemilik kucing hamil dan pemilik anjing hamil.

Penulis kajian membuat kesimpulan bahawa jenis haiwan peliharaan yang dimiliki semasa mengandung memang memainkan peranan dalam kesihatan mental ibu sebelum dan selepas bersalin.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 29-7-2022 09:21 PM
Aku ada kucing 2 ekor, masa ngandunggg, aku la yg handle poopoo diorang semua. Pakai gloves masa bersihkan litter box diorang. And, aku suruh gynae aku include kan sekali Toxoplasmosis test masa amek darah tu. Ok je semua. Takkan aku nak buang kucing2 aku, semata2 aku mengandung?
5 tahun diorang jadi "anak" aku, bila aku dpt anak betul, aku nak abandon diorang? No way.
Quote AKAZ85 30-7-2022 10:41 AM
Meols mengandung pon sepanjang check up baby ok je.. Tak nampak pon abnormal.. Gynae kata perkembangan baby pon ok.. Celah mana pulak kata bela kucing sampai kena penyakit.. Tu laa permulaan awal meols dengan suami menumpang kasih sepanjang TTC 7 tahun ni.. Sayang oii kucing2 aku..
Quote pyropura 30-7-2022 10:44 AM
Diktator biasanya suka kucing, dari Firaun ke Lenin/Stalin, Franco, even Churchill yg.trigger happy.
Quote pyropura 30-7-2022 10:44 AM
Diktator biasanya suka kucing, dari Firaun ke Lenin/Stalin, Franco, even Churchill yg.trigger happy.
Quote Prickford 30-7-2022 10:52 AM
Choiii.... had an experience my family members & friends. Pencinta kucing. Memang bela kucing sepanjang pregnant, sampai bersalin, sampai membesarkan anak. TAKDE MASALAH LANGSUNG!
Quote zehra2 30-7-2022 11:02 AM
anjing boleh pulak???
apa punya kajian ni
Quote edayildiz 30-7-2022 12:08 PM
xcaya la..takkan la nk buang kucen yg kita bela dh 10 thn semata tgh pregnant
Quote shernazz 30-7-2022 12:52 PM
Maknanya uols amek langkah berjaga2 lah tu..
Bagus2....
Quote anony-mous 30-7-2022 12:58 PM
Kajian merepek apa kah ini? Berpantang ada mertua lg sng dpt meroyan
Quote Mary_jane 30-7-2022 04:08 PM
Lagi senang meroyan menghadap perangai maknusia, dari menghadap haiwan macam kucing, hanjeng bagai.
Quote green~tea 30-7-2022 04:13 PM
Edited by green~tea at 30-7-2022 04:14 PM
anony-mous replied at 30-7-2022 12:58 PM
Kajian merepek apa kah ini? Berpantang ada mertua lg sng dpt meroyan


Berpantang dgn mertua level hantu lg meroyan rasa nya

ExSIL i post mak dia kat i masa dia nak abis pantang sambil menangis2 mintak i jaga balik... masa tu i nak beranak so i hantar MIL i kat dia sbb dia nak abes pantang dah..

Almost i meroyan, sbb kena berpantang anak 1st sambil kena arah  buat keje rumah, basuh baju2 dia sume.. dia duk rumah i lepak tengok TV je 24/7...mujur confinement lady ada jaga i 3 minggu, pehtu auntie i datang jaga i 3 minggu melengkap pantang..
Quote green~tea 30-7-2022 04:16 PM
Orang berpantang ni at least 42 hari emosi kena jaga...

Yang pasal kucing tu i rasa ada betul affect health.. mcm kawan i 3 orang anak dia meninggal sebaik dilahirkan sbb virus dari kucing... kalo anak dia survive pun, low birth weight... kawan i tu dikira immune dgn virus tu, tp anak2 tak immune
Quote TuntungReturn 30-7-2022 05:08 PM
cina opis aku dlu 2 minggu lepas bersalin dh masok kerja...
Quote anony-mous 30-7-2022 06:13 PM
green~tea replied at 30-7-2022 04:13 PM
Berpantang dgn mertua level hantu lg meroyan rasa nya   

ExSIL i post mak dia kat  ...

Buat semak je kan kalau time pantang ada FIL dtg? Makin menyusahkan ado. Kucing tu xsalah apa pon sbb mmg x ada akal
Quote honeybee1802 30-7-2022 06:24 PM
green~tea replied at 30-7-2022 04:16 PM
Orang berpantang ni at least 42 hari emosi kena jaga...

Yang pasal kucing tu i rasa ada betul affe ...

Member iols dpt toxoplasmosis tu la...janin tak dpt survived..keguguran...dah tau sbbnya..terus dia tak bela..
Quote green~tea 30-7-2022 06:27 PM
honeybee1802 replied at 30-7-2022 06:24 PM
Member iols dpt toxoplasmosis tu la...janin tak dpt survived..keguguran...dah tau sbbnya..terus di ...

Kan.. i pun sebenarnya ngeri tengok anak2 kawan i yang survived tu.. mcm terbantut, gigi tak berapaa ada.. kurus kering.... sheols sebaya my son, tp mcm beza usia 4-5 tahun, my son jauh lg tinggi...
Quote green~tea 30-7-2022 06:29 PM
honeybee1802 replied at 30-7-2022 06:24 PM
Member iols dpt toxoplasmosis tu la...janin tak dpt survived..keguguran...dah tau sbbnya..terus di ...

Takde ubat kan... sbb virus tu just simply immune duduk dalam badan dia.. takleh wat apa dah... kawan i pun masih regularly check up dekat HUSM.. even everytime mengandung pun takleh check up kat klinik biasa.. kena gi HUSM
Quote green~tea 30-7-2022 06:31 PM
anony-mous replied at 30-7-2022 06:13 PM
Buat semak je kan kalau time pantang ada FIL dtg? Makin menyusahkan ado. Kucing tu xsalah apa pon  ...

Tu lah... tp kucing ni kalo i nak bela pun i takkan pegang lah.. never letak dalam rumah sbb geli dgn bulu.. takut triggered eczema and sinus..

I suka kucing2 kat turkey.. well trained walau dibiar bebas merata.. takde nak berak merata pun.. very clean
Quote honeybee1802 30-7-2022 06:35 PM
green~tea replied at 30-7-2022 06:27 PM
Kan.. i pun sebenarnya ngeri tengok anak2 kawan i yang survived tu.. mcm terbantut, gigi tak berap ...

Member iols nsb kandungan yg tu gugur...lepas tu dia kena tb plak...dah setel seme baru la rancang ngandung balik...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.103651 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top