CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penari Cedera Dihempap Panel LED Ketika Konsert

29-7-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1205| Komen: 1

Seorang penari dihempap panel video besar yang terjatuh di atas pentas ketika konsert kumpulan popular Hong Kong, Mirror berlangsung pada Khamis.


Insiden itu mengakibatkan yang lain terperangkap dan mendorong pihak berkuasa melakukan siasatan.


Sekurang-kurangnya dua penari cedera, dengan seorang dalam keadaan serius dan seorang lagi stabil, lapor penyiar tempatan RTHK.



Foto: Bloomberg


Tiga penonton turut cedera, lapor media tempatan, dengan ramai peminat beremosi selepas adegan mengerikan itu.


"Saya terkejut dengan kejadian itu. Saya simpati kepada mereka yang cedera dan berharap mereka akan pulih segera," kata Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee pada Jumaat.


Katanya, kerajaan akan menyiasat dan mengkaji semula prosedur keselamatan untuk melindungi penghibur, kakitangan dan orang ramai.


Setiausaha Kebudayaan bandar itu, Kevin Yeung, berkata pertunjukan itu akan digantung sehingga struktur pentas itu selamat.


Dalam satu kenyataan, biro riadah kerajaan sudah menghubungi penganjur konsert mengenai insiden pentas lain sejak kebelakangan ini.


Kumpulan popular itu ditubuhkan pada 2018 melalui rancangan realiti televisyen dan merancang satu siri 12 rancangan di Coliseum Hong Kong, bersebelahan pelabuhan Victoria di bandar itu.


Lebih 13,000 peminat Mirror menandatangani petisyen dalam talian meminta penganjur konsert menyelesaikan masalah dan memastikan keselamatan untuk semua penghibur, menurut laman web petisyen itu.


MakerVille, penganjur konsert yang dimiliki taikun Hong Kong Richard Li PCCW Media Group, berkata pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh punca kemalangan itu.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo05 24-11-2024 09:55 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050135 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top