|
Datuk Mohd Kazim Elias, 49, meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dituduh melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 14 tahun. Ia susulan laporan media mmendakwa seorang penceramah bebas bergelar ustaz dalam lingkungan usia 30-an ditahan atas pertuduhan merogol remaja perempuan baru-baru ini. Ekoran itu, ramai wargamaya menimbulkan spekulasi liar dan mula berteka-teki mengenai gerangan suspek berkenaan sehingga nama Ustaz Kazim terpalit sama. Tidak berdiam diri, Penceramah terkenal itu tampil mempertahankan diri untuk mengelak imejnya terus dicemarkan individu tidak bertanggungjawab. “Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya. “Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut,” ujarnya. Sementara itu, Ustaz Kazim terkilan dengan cara penyampaian segelintir media yang tidak jelas terutamanya melibatkan kes sedemikian kerana difahamkan ia boleh menimbulkan fitnah. Ustaz Kazim menerusi ceramahnya menegur pihak media untuk berlaku adil kepada semua golongan serta tidak perlu menggantungkan sesuatu laporan. “Pemberita patut lebih khusus jika ingin menggambarkan si pesalah. Jangan dibiarkan tergantung atau sembrono melabel gelaran ustaz. “Sekarang ni zaman orang tunggu masa saja nak hentam ustaz-ustaz. Lebih adil sekiranya gambaran pelaku itu adalah berdasarkan fizikalnya semata-mata,” katanya. Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memperingati semua pihak agar tidak terus mudah menjatuhkan hukuman kepada suspek sekiranya masih belum didapati bersalah. Sumber: Xtra |















lagipun dah 2 minggu jugak kan Kes ni,tiberrr baru nak mencapup? Mary_jane replied at 29-7-2022 05:54 PM
Takde plak I terjumpa komen2 yang speku UKE. Artikel awal2 pun mentioned si pelaku umur 30an. Aptb.
yes betul cakap u,ai tak jumpa pun Komen2 sebut nama dia. Sb awal lgi dah pecah kan sapa ustaz tu. Rasa dari hari pertama org dah tauIa susulan laporan media mmendakwa seorang penceramah bebas bergelar ustaz dalam lingkungan usia 30-an ditahan atas pertuduhan merogol remaja perempuan baru-baru ini.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042089 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.