CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Dedah 'Suami' Jahidah Kini Bebas Lepas Setahun Direman, Siapa Yang Jamin?

29-7-2022 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9209| Komen: 88

Kisah Jahidah Nordin, wanita yang koma kerana dibelasah suami pastinya akan sentiasa diingati oleh rakyat Malaysia.

Sejak dipukul suami pada kejadian Mei tahun lepas, Jahidah hamil dan melahirkan anak lelaki dalam keadaan dirinya masih koma.

Difahamkan, lelaki durjana tersebut telah ditahan beberapa bulan selepas kejadian namun berita tentang suspek seakan senyap tanpa ada perkembangan.

Foto: Kosmo

Namun baru-baru ini menerusi perkongsian keluarga Jahidah, mereka telah menerima khabar kurang baik apabila lelaki tersebut difahamkan telah dijamin dan dibebaskan pada minggu lepas.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Fauziah Nordin dan Fazariah Nordin di akaun media sosial masing-masing apabila membenarkan tentang berita pembebasan suspek selepas setahun direman.



Tambah mereka, lelaki berkenaan belum lagi dijatuhkan hukuman namun dapat bebas daripada direman selepas ada penjamin yang membayar wang ikat jamin.



Dalam perkembangan terkini Jahidah, ahli keluarganya memaklumkan keadaan wanita itu tidak banyak berubah dan masih terbaring seperti sebelum ini.


Walau bagaimanapun, mereka tetap berharap akan ada perkembangan positif buat wanita terbabit supaya dapat melihat anak tersayang membesar di depan mata. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-7-2022 03:43 PM
Kalau dah lautan api lautan api kluenya, mesti yang jamin tu gilpren?

Semoga bersatu pehtu kena tibai sampai lumpuh.
Quote None68 29-7-2022 03:44 PM
Hai tu la nak kata mana ada keadilan kat dunia ni. Akhirat jugaklah menanti.
Quote nurul_akmar 29-7-2022 03:54 PM
kenapalah boleh ikat jamin??
Quote Purplehaz 29-7-2022 04:10 PM
Kes ni mcm xde loyer yg mewakili si mangsa kah? Keluarga knelah bergelut sikit..psg loyer humbankan suspek tu ke dlm..bukan up kat socmed semate. Selalunya kes or bukti xde..tu yg thnn reman dilepaskan. Takde sabitan baru.
Quote airmineral 29-7-2022 04:29 PM
anaknya lahir sihat x? kesiannya anak dia. moga jadi anak soleh berjaya dunia akhirat
dan utk laki tu, moga² dpt balasan tuhan di dunia dan akhirat
Quote Tembikaigoreng 29-7-2022 04:35 PM
Jantan durjana
Quote ctaz 29-7-2022 04:35 PM
dunia boleh la lepas dgn penoh bangga...
Quote supernaturalee 29-7-2022 04:36 PM
confirm ke uols


yg kes ni xde ke kerabat, menteri nk support

Quote hareeeesah 29-7-2022 04:45 PM
Xsilap iols masa kes ni, laki ni kan katanya ada more than 1 bini. Atau ex bini.. tp xde lansung dorg ni pegi cari ke apa keluarga laki ni? Kerja pun xtau apa.
Dia menyorok tumpang rumah kwn kat kl kan
Quote myakayina 29-7-2022 04:46 PM
kesiannya takde pembelaan..aku harap yg jamin tu mampus kena belasah jgk dgn jantan hanat ni..klu betul gf la..
Quote Atata 29-7-2022 04:51 PM
Punya kesian tgk jahidah tu terbaring, dari anak dlm perut sampai dah bertiarap budak tu ha atas badan mak nye
Quote Decaffeinated 29-7-2022 05:11 PM
Kenapa reman sampai setahun tak habis siasat? Siapa bagi makan?
Quote amyza 29-7-2022 05:20 PM
Kesian lah family jahidah. Kaki pukul tu elok bebas, lepas ni orang ramai lupa kisah dia. Dia aman² jer. Sumbat lah penjara, kasi sebat sikit, biasa sangat pukul bini sampai koma.
Quote sukacactus 29-7-2022 05:34 PM
Kalau mangsa akhirnya meninggal, boleh x sabitkan laki xguna tu membunuh?
Bkn nak mintak mangsa temuai ajal, tapi aku rasa pengakhiran gitu lebih baik
Dl aku harap, kandungannya gugur aje, sebab lebih elok xde kaitan terus dgn laki xguna tu
Quote felinecat 29-7-2022 05:37 PM
bini2 atau girlpren le tu
Quote Mary_jane 29-7-2022 06:03 PM
Punya lelah jaga baby, moga urusan family dia dipermudahkan. So takde lagi tarikh bicara? Berapa tahun polis nak siasat?
Quote Suchi 29-7-2022 06:24 PM
Dia kan ada bini2 yg lain maybe bini 1st or 2nd la yg jamin.
Jahidah ni bini no 3,kalau ikutkan pelakor la jugek.
Kalau tak bini2 dia maybe keluarga lelaki tu la kot yg jamin.

Btw kes pukul dia nih ada bukti video or saksi tak ye? Jahidah ni sempat ke bgtau org laki dia yg pukul?
Iols pun igt2 lupa dah sapa yg hantar dia g sepital? Laki dia sendiri ke?
Quote Suchi 29-7-2022 06:31 PM
hareeeesah replied at 29-7-2022 04:45 PM
Xsilap iols masa kes ni, laki ni kan katanya ada more than 1 bini. Atau ex bini.. tp xde lansung dor ...

Yg iols tau laki tu peniaga .Asal dr kedah kot. Iols mcm penah tgk fb jahidah tu sblm ni ada dia update blk kedah bagai.
Jahidah ni kira lewat juga dia kawen tah cemana dia kenal laki tu pun taktau la dah tu jd bini no 3.
Mamat tu mcm takde duit je, jahidah tu keje pegawai perhilitan ke apa tah tapi penjawat awam la.
Quote I.K.A888990 29-7-2022 06:53 PM
ya ampun siapa yg bodoh sgt ikat jamin dia ni
jgn nnti org yg ikat jamin tu plak kena pukul

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.770248 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top