Setiap kali menjelangnya hari kelahiran anak, pasti ibu adalah orang paling teruja sekali. Melalui video yang dimuat naik di Facebook, seorang ibu dari wilayah Mindanao, Filipina dipenjara gara-gara mencuri belon untuk sambutan hari lahir anaknya.
Akaun iFM CDO berkongsi kisah sedih wanita berusia 30-an itu apabila dia ditahan oleh pihak polis kerana didakwa mencuri minyak, susu, belon serta barang hiasan yang lain bernilai 600 peso (RM48.00) di sebuah kedai runcit. Hasil siasatan polis mendapati suspek telah menyeludup semua barang yang dicuri itu ke dalam beg tangannya.
Alasannya dia tidak mempunyai wang dan ingin membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya. Loading FB Post... Ibu tunggal berkenaan kemudiannya merayu kepada pihak polis sambil teresak-esak supaya memaafkannya kerana dia cuma mahu anaknya menyambut hari lahir dengan gembira sahaja. Walau bagaimanapun, pemilik kedai runcit terbabit menyatakan bahawa dia sedia memaafkan dan akan menarik semula dakwaan dengan syarat wanita tersebut perlu menjelaskan hutangnya terlebih dahulu. Difahamkan, satu crowdfund iaitu dana daripada orang awam telah dilancarkan bagi membantu ibu tunggal berkenaan.-CARI |
Suchi replied at 30-7-2022 06:57 PM
48 hengget pun sampai kena kutip dana awam?tak berduit benar warga pinoy padahal boleh je sapa2 kuar ...
ADVERTISEMENT