CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Hari Meraung-Raung- Remaja 15 Tahun Trauma, Teringat Dibakar Hidup-Hidup

29-7-2022 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4040| Komen: 39

KEMAMAN: Remaja lelaki berusia 15 tahun yang melecur dipercayai dibakar rakannya, masih trauma dengan kejadian tersebut di Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini pada Jumaat lalu.


Ibu mangsa, Anisah Takzim, 50, berkata, anaknya, Muhammad Fiqrie Adam Abdullah yang kini dirawat di unit kebakaran Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, mengadu sering termimpi dan teringat peristiwa yang menyebabkan dia melecur dari leher hingga bahagian depan dan belakang badan.


Foto: Utusan Online

“Dia juga banyak termenung dan kurang bercakap. Kalau saya tanya apa-apa, baru dia beritahu.

“Saya juga tak nak beri tekanan pada dia dan saya tidak minta dia bercerita tentang kejadian yang berlaku, melainkan dia sendiri yang mulakan perbualan sebab nak bagi ruang untuk dia bertenang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Anisah berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu juga sering meraung kesakitan, hampir setiap hari.

“Tak sampai hati saya tengok dia menangis menjerit sakit dan mengadu panas. Sedih saya lihat keadaan dirinya,” katanya.

Ibu tunggal tersebut berkata, dia mahu pelaku yang menyebabkan anaknya mengalami kecacatan kekal menerima hukuman yang setimpal.

“Saya mahu dia diberikan hukuman sebagai pengajaran. Kalau dia sepak dan terajang anak saya, mungkin saya masih boleh terima. Bila dah bakar dan aniaya anak saya sebegini, saya tak boleh terima,” katanya.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan remaja lelaki tersebut melecur 40 peratus selepas dipercayai disimbah cecair jenis minyak sebelum dinyalakan api gara-gara dituduh mencuri wang RM100.

Seramai enam suspek yang membakar mangsa kemudian ditahan polis dan direman selama lima hari bermula pada Sabtu dan Ahad lalu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-7-2022 02:48 PM
Ok la lain kali jangan mencuri la ok. Semoga insaf. Kalau kau tak mengundang, takda juga orang nak bakar kau nak (kalau betul kau mencuri).
Quote idril 29-7-2022 02:51 PM
giler betul budak2 yg nak membakar tu mmg nak jadi pembunuh ke apa? kalau betul pun budak tu mencuri guna saluran yg betul pi report polis ke apa.
Quote Nnoor2 29-7-2022 03:08 PM
Masalahnya betul ke budak ni mencuri
Quote Nnoor2 29-7-2022 03:09 PM
Anak aku...duit dia anak jiran curi RM300...x de pulak aku rasa nk bakar...aku ugut je report polis..tu pun  aku x dapat pun duit tu....x report pun..aku cuma sindir mak budak tu depan2 sb pandai didik anak dia jd pencuri..

Geram betul aku baca
Quote KamikuP 29-7-2022 03:18 PM
Once a pencuri always a maling
Quote Minami2013 29-7-2022 03:21 PM
Kalau betul mencuri mmg kena ajar dgn sesuatu yg boleh dia ingat sampai bila2. Tapi bakar tu melampau sgt la.
Quote CikYaYaYa 29-7-2022 03:22 PM
Masalahnyaa betoi kaa budak tu mencuri?? macam arwah budak upnm tu. Percaya tok.bomoh konon2 budak tu yang curik laptop. Sampai meninggal arwah kenaa buli sebab tuduhan tu
Quote supernaturalee 29-7-2022 03:34 PM
private part terbakor x



Quote None68 29-7-2022 03:47 PM
Main tuduh2 pastu bakar...elok perangai pun
Quote ChildrenOfBodom 29-7-2022 03:50 PM
padan muka mung
Quote Thunderclouds 29-7-2022 04:08 PM
Jika betul dia curik,harap insof lah ya. U never know repercussions akibat kelaku huduh. Nasib x dibunuh,kerat2 pastu tanam ntah mana2 smpai sudah mak dia xtau nasib ank tu cmna. Tu lah mcm mak dia ckp,kalo kna blasah ja dia boleh terima. Ni kna bakaq idop2,kita bygkn pn rasa ngeri i xcident keta kna langgaq ngn org brapa lama pyh jumpa tune nk tdoq. Pejam mata ja flashback bunyi bdentum org hentam dr tepi. Ni gamaknya kna simbah ngn minyak patu org cucuh api xlehhh byg
Quote surfin_net82 29-7-2022 04:50 PM
CikYaYaYa replied at 29-7-2022 03:22 PM
Masalahnyaa betoi kaa budak tu mencuri?? macam arwah budak upnm tu. Percaya tok.bomoh konon2 budak t ...

Sampai ke sudah dorg tak reveal betul ke tak mencurinya...

Quote Orenn1 29-7-2022 04:55 PM
Takut salah tuduh, dah byk dah tuduh je terus pukul dlm kes ni lagi dasattt bakar terusss, gila punya manusia, anak2 haramss siapalah
Quote LoveSungmin 29-7-2022 05:05 PM
tak terkomen i pasal kes ni.. kesian sangat kena bakar hidup² semoga dipermudahkan semua urusan mak dan budak ni..
Quote msdummy.2018 29-7-2022 05:13 PM
Nnoor2 replied at 29-7-2022 03:09 PM
Anak aku...duit dia anak jiran curi RM300...x de pulak aku rasa nk bakar...aku ugut je report polis. ...

Pas tuh maknya jwb apa?smbung melawan bwrtekak?
Quote Nnoor2 29-7-2022 06:24 PM
msdummy.2018 replied at 29-7-2022 05:13 PM
Pas tuh maknya jwb apa?smbung melawan bwrtekak?

Mak budak ni lembut je..dia x kasar jawab..dia kata x percaya anaknya mencuri...tapi beberapa tahun lepas tu anaknya kena cekup dek jiran lain sebab mencuri lagi.
Quote Dalcott 29-7-2022 06:30 PM
kesian. sakit terbakar ni tiap kali dr cuci. Kulit mengering
Quote Skuau 29-7-2022 06:37 PM
Nnoor2 replied at 29-7-2022 03:09 PM
Anak aku...duit dia anak jiran curi RM300...x de pulak aku rasa nk bakar...aku ugut je report polis. ...

kak..yg membakar dan dibakar tu sebaya jer...sama bebudak lg....
Quote zyraa 29-7-2022 06:59 PM
dua_chzy replied at 29-7-2022 02:48 PM
Ok la lain kali jangan mencuri la ok. Semoga insaf. Kalau kau tak mengundang, takda juga orang nak b ...

Yg bakar dia tu...mmg jahat..penagih dadahh kott...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.039769 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top