Bangkok: Sekali imbas, rupanya saling tidak tumpah seperti pelakon hebat Vin Diesel. Kelebihan itulah menjadikan Arthid Duangsri, 38, dari Chiang Rai, Thailand, hidup glamor selama hampir sedekad selepas tampil dengan perwatakan menyerupai pelakon tersohor itu, lapor Oddity Central.
Digelar Vin Diesel Thailand, dia dilihat memandu kereta ikonik hitam di Chiang Rai, menyamai peranan Dominic Toretto dalam filem Fast and Furious. Dia bukan saja menyamar sebagai Vin Diesel apabila keluar di khalayak ramai, dia sebenarnya hidup sebagai Vin Diesel versi Thailand sepenuh masa.
Melihat fotonya sejak 2014, tentu kita tidak mengenalinya sebelum seorang rakan memaklumkan persamaannya dengan pelakon itu. Pernah menjadi penari dalam kumpulan tempatan, Arthid jauh lebih kurus berbanding hari ini, berambut panjang dan bermisai. Kemudian seorang kawan memberitahunya bahawa jika dia memotong rambutnya, dia akan kelihatan seperti Vin Diesel, dan lelaki itu memutuskan untuk mencubanya. Selepas mencukur kepalanya, Arthid menyedari bahawa dia tidak boleh benar-benar mencontohi Dominic Toretto tanpa pergi ke gimnasium. Dia mula bersenam setiap hari sehingga boleh memakai baju ketat seperti karakter Toretto, malah mula mengubah suai Toyota Mark II 1970 bersama abangnya. -CARI Sumber: Harain Metro
|
green~tea replied at 29-7-2022 05:23 AM
Tolong lah...
ni mcm kes barang order vs barang sampai
Kurex replied at 29-7-2022 01:45 PM
Level2 ni je pun.......
dua_chzy replied at 29-7-2022 03:23 PM
Tapi aiol kesian gak abang ni bila Vin Diesel sendiri hina dia bila tau pasal kewujudan abang ni. ...
Kurex replied at 29-7-2022 01:45 PM
Level2 ni je pun.......
green~tea replied at 29-7-2022 07:46 AM
Mesti jadi pujaan cikki cikki rembes...
sukacactus replied at 30-7-2022 05:21 AM
Apa yg sama?
Kawan dia la punca
Dah dia perasan serupa celebrity padahal leher pun takde
dua_chzy replied at 29-7-2022 03:23 PM
Tapi aiol kesian gak abang ni bila Vin Diesel sendiri hina dia bila tau pasal kewujudan abang ni. ...
dua_chzy replied at 30-7-2022 12:12 AM
Hahaha lebih kurang la. Mana2 ja dia pergi, orang kenal dan ajak bergambar.
Mary_jane replied at 29-7-2022 12:39 PM
Ni vin diesel versi cinapek ke? Muka kelakar jer tengok.
Skuau replied at 29-7-2022 12:12 PM
Jgn hang kojo seludup diesel...udh.
ADVERTISEMENT