CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pulau Rawa, Johor Keindahannya Sukar Dipercayai

13-8-2015 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 86664| Komen: 73

Oleh Adib Za

Pulau Rawa, sebuah pulau ibarat mutiara yang tersimpan rapi. Masih ramai yang belum mengetahui kewujudan pulau yang tersangat indah ini di Malaysia.


Ia merupakan sebuah pulau kecil, terletak di Johor dan 16 km dari Mersing. Apa yang sangat menarik di sini ialah keindahan semula jadi yang sangat terjaga, air laut yang jernih kebiru-biruan dan pasir yang memutih.

Dari jauh anda akan terpegun dengan pasirnya memutih seperti tidak pernah dijejak oleh sesiapapun. Bahkan air lautnya sangat menggiurkan, terasa ingin bercanda di situ.

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke sini, tak keterlaluan di katakan, kerinduan pasti bertamu setiap kali teringatkan keindahan luar biasa pulau ini.


(sumber foto: pulau-rawa.com)


1. Anda perlu menaiki bot dari Mersing dan mengambil masa 30 minit jika menaiki bot laju dan 1 jam dengan perjalanan perlahan.

2. Musim yang sering dikunjungi ialah pada April hingga Oktober.

3. Tiada pengangkutan awam di sini, namun anda boleh berjalan di sekeliling pantai bahagian barat pulau ini dengan perjalanan indah selama 15 minit. 

4. Anda juga boleh menaiki kayak untuk mengelilingi pulau sekiranya keadaan laut dalam situasi tenang. 

5. Tiada monumen tertentu, kawasan bersejarah atau kawasan tarikan pelancong. Keindahan pantai dan pasirnya serta pulau yang sangat memikat itu sendiri menjadi tarikan utama. 

6. Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah menyelam, berenang, bola tampar, memancing dan berehat di tepi pantai. 

7. Terdapat dua tempat penginapan yang anda boleh pilih setakat ini ialah Alang's Rawa dan Rawa Safaris Resort.

8. Ramai yang sangat terpegun dan seperti tidak mempercayai keindahan sebuah pulau seperti ini dan ianya berlokasi di Malaysia! - CARI Infonet

(Sumber foto: Adi safri)


(Sumber foto: 101places.de)


(Sumber foto: pulaupulaumalaysia)

20

Bagus
20

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
10

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oharmanda 10-10-2014 10:47 AM
Salam. overall abis berape yer shin? Heheh cantik pulau die. Mcm lg best dr perhentian je.
Quote adnil 10-10-2014 10:53 AM
lama dah tau kewujudan pulau nih... ex-bos omputih tu mmg destinasi wajib setahun sekali - dok kat rawa safari tu lah..
kl x salah alang rawa nih kepunyaan anak kerabat yg GF (model estonia) mati lemas/kena bunuh tgh tahun ari tu kan?
Quote budakshinchan 10-10-2014 12:16 PM
adnil posted on 10-10-2014 10:53 AM
lama dah tau kewujudan pulau nih... ex-bos omputih tu mmg destinasi wajib setahun sekali - dok kat r ...

aah.. betul betul betul.. dkt 2 tahun dorang couple.. model tu mmg akan dtg ke Rawa utk abiskan masa ngan bf dia tu.. dah ajal dia kat Rawa jugak akhirnya..
Quote ejans 18-3-2015 09:25 PM
Cane dgn thread ni. Tn tanah bape. Nak tau totak cost
Quote budakshinchan 18-3-2015 11:17 PM
ejans replied at 18-3-2015 09:25 PM
Cane dgn thread ni. Tn tanah bape. Nak tau totak cost

x paham ayat kamu ler adehhh.. baca byk kali pon x paham
Quote ejans 18-3-2015 11:18 PM
budakshinchan replied at 18-3-2015 11:17 PM
x paham ayat kamu ler adehhh.. baca byk kali pon x paham

Kikiki..
Senyap je thread ni. Aku mcm beminat gi plu ni. Tp nak tau gak ongkos nye berapaa. Ape je yg leh buat kt cnii.. jalan2 tepi laut je kee.. sbb island hoping nek bot snorkeling xde kan
Quote budakshinchan 18-3-2015 11:26 PM
ejans replied at 18-3-2015 11:18 PM
Kikiki..
Senyap je thread ni. Aku mcm beminat gi plu ni. Tp nak tau gak ongkos nye berapaa. Ape j ...

ada link website resort kat Rawa.. or google je .. taip Alangs Rawa atau Rawa Safari.. leh dpt harga..

Masa tu shin stay kat Alangs Rawa.. bilik A-Frame 3h2m Rm880 pe person.. aktiviti kat sana leh gak snorkeling dpn bilik tu.. jungle tracking.. nengok sunset pepetang.. kayaking
Quote sherry70 19-3-2015 01:38 PM
oh Rawa Island memang cantik .. masa saya ke sana lama da 20th ada la masa zaman persekolahan zaman giler2. nak juga ke Rawa lagi
Quote anmz76 11-6-2015 12:13 PM
bestnya tengok pantai dia....putih halus
teringin gak nak pergi sini
Quote budakshinchan 11-6-2015 12:43 PM
anmz76 replied at 11-6-2015 12:13 PM
bestnya tengok pantai dia....putih halus
teringin gak nak pergi sini

mmg best .. bebaloi
Quote nanie 11-6-2015 02:23 PM
dari terminal mersing tu naik speed boat ke? berapa lama journey ke pulau rawa?
Quote budakshinchan 11-6-2015 02:37 PM
nanie replied at 11-6-2015 02:23 PM
dari terminal mersing tu naik speed boat ke? berapa lama journey ke pulau rawa?

aah kat Jeti Mersing.. x sampai sengah jam ponnnn
Quote nanie 11-6-2015 02:50 PM
budakshinchan replied at 11-6-2015 02:37 PM
aah kat Jeti Mersing.. x sampai sengah jam ponnnn

night life cemane? sunyi sepi je ke?

Quote budakshinchan 11-6-2015 04:59 PM
nanie replied at 11-6-2015 02:50 PM
night life cemane? sunyi sepi je ke?

aah sunyi dan tebang.. masa dinner je la kalo ada mat salleh nk pasang music kekuat ala disco.. biasa weekend camtu.. gi weekdays la ok
Quote melur_30 12-6-2015 08:04 AM
cantik pantainya..tak tau pula pulau rawa ne dibuka pada pelancong..ingatkan private island...
Quote budakshinchan 12-6-2015 08:44 AM
melur_30 replied at 12-6-2015 08:04 AM
cantik pantainya..tak tau pula pulau rawa ne dibuka pada pelancong..ingatkan private island...

half still private.. half lg open utk org ramai.. mmg cantik
Quote mohdgazali50 12-6-2015 11:34 AM
cantik juga pulau rawa ini.
Quote forex 3-8-2015 04:59 PM
sapa ade pegi, review sket
Quote elyssa 4-8-2015 05:24 AM
cantiknya..teringin nak pergi ke sini..

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054233 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top