CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Anak Autisme Didera, Penuh Lebam Dan Luka- Ibu Tak Puas Hati Dah Buat Aduan, Pihak Berkuasa Tak Layan

29-7-2022 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2826| Komen: 24

Satu demi satu kes penderaan membabitkan kanak-kanak istimewa dikongsikan di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Selepas dakwaan seorang ibu mengenai kisah anak perempuannya yang dipulas kedua-dua belah telinga sehingga lebam oleh seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), terbaharu, kejadian yang hampir sama dikongsikan oleh seorang wanita mengenai anak lelakinya.

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita berkenaan mendakwa anak lelakinya yang berusia enam tahun dan didiagnos menghidap autisme, didera oleh ahli terapi di sebuah pusat terapi berbayar sehingga meninggalkan bekas dan lebam pada tubuh badan.

Foto: FB

"Lebam di bahu kiri ni berbentuk jari, cukup lima jari, ditambah dengan kesan cubitan di dada. Sampai pecah darah, sampai lebam kau buat pada anak ni!

"Apabila minta explanation, apa yang terjadi, therapist (ahli terapi) terlibat jawab anak ini meronta masa buat aktiviti. 'Tak sangka lebam, tak perasan, badan mudah tinggal bekas, maaf puan'.

"Senang betul bagi jawapan!" kongsinya sambil menambah, kejadian tersebut didakwa berlaku pada 7 Julai lalu.


Foto: FB

Pada posting berkenaan wanita tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan kesan lebam dan kemerah-kemarahan pada tubuh serta wajah anaknya.

Dakwa wanita tersebut, ia bukan kali pertama dia terlihat kesan seumpama itu pada badan anak lelakinya sejak didaftarkan di pusat terapi berkenaan pada November 2019.

"Setiap kali berlaku insiden atau kecederaan, therapist asyik cakap anak tak bagi kerjasama dan alasan-alasan yang tak masuk akal!

"Di mana kepakaran anda dalam memberi rawatan kepada anak autisme kami? Anda war-warkan pada umum, anda tenaga kerja terlatih, anda profesional?

"Bayaran bulanan anak kami bukan murah! Kami tidak hantar anak kami ke pusat terapi untuk anda latih menjadi komando, kalau sungguhpun anak ni tak bagi kerjasama, adakah anda perlu untuk cengkam bahu dia, tampar muka dia, cubit dan herdik dia!" luahnya penuh kesal.


Foto: FB


Disebabkan bimbang dengan kecederaan tersebut, wanita berkenaan membawa anaknya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital.

"Doktor sahkan kecederaan ni serius, bukan kerana aktiviti seperti yang mereka (pusat terapi) maklumkan. Seterusnya diikuti dengan buat laporan polis," kongsinya.

Malah dia turut bertemu dan meminta penjelasan daripada pihak atasan pusat terapi berkenaan dan dimaklumkan, 'tidak mungkin aktiviti dan peralatan mereka akan hasilkan kecederaan ini'.

"Memanglah! Terang-terang kesan jari! Anak ini sampai trauma, hampir setiap malam bangun dan berjaga sampai lewat pagi.

"Adakalanya menangis sendiri tanpa ketahuan! Kamu dah tinggalkan memori hitam dalam kepala dan ingatan dia! Sedangkan kami, berusaha sedaya upaya cari cara untuk berikan perawatan yang terbaik untuk dia!" luahnya lagi.

Apa yang lebih dikesalkan, tiada bukti untuk menyokong dakwaannya kerana pusat terapi berkenaan tidak dilengkapi kamera pengawasan (CCTV).

"Untuk makluman semua juga, kami dah ikut prosedur. Polis minta dibawa dan dirujuk kepada pakar kanak-kanak di hospital, kami dah buat. Laporan perubatan dah keluar, anak saya dah disahkan didera (Alleged Physical Abuse)," ujarnya.

Namun begitu, sungguhpun sudah tiga minggu berlalu, wanita tersebut mendakwa masih tiada tindakan lanjut yang diambil pihak berkuasa hingga menyebabkan dia nekad untuk berkongsi kisah anaknya di media sosial.

"Kami tak dihubungi sesiapa untuk bertanyakan keadaan anak kami, mungkin kerana kami hanya orang awam, bukan somebody? Jadi, pada siapa kami nak letakkan kepercayaan lagi?

"Kes dera ni, dah dinormalisasikan di Malaysia. Orang pandang remeh fasal yang kena bukan darah daging sendiri. Anak ini, anak istimewa. Kalau pun dia tak boleh beritahu dia sakit, tapi dia ada perasaan.

"Kenapa kamu terlalu jahat sakitkan dia sampai macam ini sekali, kamu ada keturunan, andai Allah izin, satu hari nanti lebih teruk dari ini Allah bagi! Hati-hati dengan dosa kita kepada orang lain, lebih-lebih lagi kepada anak-anak istimewa ini," tulisnya lagi.


Foto: FB


Sehingga kini, perkongsian wanita tersebut meraih lebih 3,400 shares di Facebook, selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen.

Rata-ratanya menyuarakan rasa simpati dengan nasib yang menimpa anak wanita berkenaan.

Dalam masa yang sama, warga maya turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes penderaan kanak-kanak dan menggesa pihak berwajib memberi perhatian terhadap kes sedemikian. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 29-7-2022 10:59 AM
dh jd normal ke kat msia ni? kena viral baru ada tindakan? kesian budak tu.. harap2 kes dia selesai
Quote eyansss 29-7-2022 02:04 PM
kalau tak sabar, jangan jadi therapist atau cikgu untuk kanak2 istimewa…  bodoh…
Quote epal_putih 29-7-2022 02:12 PM
Harap ada tindakan
Quote missyL 29-7-2022 02:14 PM
Kesian nye.
Anak buah i pn baru diagnose
Thun dpn nk msok sekolah khas. Harap2 xde kene dera huwaa
Bdk2 mcm nie mmg kuat cubaan pada penjaga n guru2.

Klo jenis x sabar jgnlah jadi guru pendidikn khas. Sian bdk2 kene dera
Quote missyL 29-7-2022 02:14 PM
nurul_akmar replied at 29-7-2022 10:59 AM
dh jd normal ke kat msia ni? kena viral baru ada tindakan? kesian budak tu.. harap2 kes dia selesai

Gitu la sis
Sbb tu ramai harap kn pada socmed n viral kn kes

Klo x viral lambat jalan
Quote dua_chzy 29-7-2022 02:17 PM
Teringat budak kat tadika anak akak. Autism. Tengah2 cikgu ngaja, dia pi makan gam. Jerit2 cikgu tu tanya kenapa ko makan gam lagik cikgu sudah bagitau tableh makan gam!

Betul.

Kalau tak sabar, jangan jadik cikgu.
Quote Orenn1 29-7-2022 02:20 PM
nurul_akmar replied at 29-7-2022 10:59 AM
dh jd normal ke kat msia ni? kena viral baru ada tindakan? kesian budak tu.. harap2 kes dia selesai

Tu lah aku pun tqk faham benda ni, sabo je. So netizen msia mmg kena kuat, kena fight bersama utk dptkan keadilan
Quote 3chanceno 29-7-2022 02:22 PM
Teruk badan budak nie kena dera dgn guru harap ada tindakan yg sewajarnya
Quote syamzana 29-7-2022 02:26 PM
sedangkan anak2 normal pun peel mcm2,lagi la anak2 special ni. mmg hanat sgt kalau cikgu/terapist or seangkatan kalau tak sabar sbb dari awal lg masa bljr pun dah tau kene handle bdk2 special gini. peel depa pun luar biasa.
betul la ckp mak bdk tu, byran bukan murah dgn alasan depa sume terlatih spesifik blablabla. ujung2, anak puan tantrum nonstop kami tatau nak buat caner dah tu yg pukul sikit
Quote airmineral 30-7-2022 03:54 AM
nurul_akmar: dh jd normal ke kat msia ni? k ...


yg patut buat keje x buat keje drg, sampai org kena cari platform lain utk justice. parah gini..
Quote airmineral 30-7-2022 03:55 AM
ada sapa² tau ke kejadian ni berlaku di mana
Quote sukacactus 30-7-2022 05:14 AM
Heran kenapa mcm nak didiamkan kes ni ye?
Xserius lg ke camtu
Tak kesian ke kat budak2
Quote Orenn1 30-7-2022 07:08 AM
Tu lah kesian budak ni, tt or sesiapa tolong bagitahu kat mona din psl kes ni suruh up psl kes ni mohon lancarkan justice utk adik ni supaya masyarakat tuntut keadilan secara besar2 an kat adik ni sama baru yg berkuasa buat keja. Kesiann klu takde apa2 tindakan sbb tak viral betul2. Sedih sgt ketara kita ni kena viral gila2 utk dptkan keadilan
Quote Thunderclouds 30-7-2022 07:16 AM
airmineral replied at 30-7-2022 03:55 AM
ada sapa² tau ke kejadian ni berlaku di mana

Pslc(penawar special learning centre) owns by hosp penawar. Byk branch pusat ni. Kt kl pn ade. One of yg prices utk therapy 1 to 1 session quite affordable. Yg kes kt tered ni aku lupa kt branch mna. Kamu Google la sendri bila2 rajin.
Quote Orenn1 30-7-2022 07:17 AM
Aku tak faham hati manusia dewasa yg sanggup menyiksa budak, dorg ni manusia ke syaithonirrajjims?
Quote shernazz 30-7-2022 09:28 AM
Apa apa pung mmg kena.viral
Baru lah terhegeh2 sambil.menyalahkan pihak.lain...
Pastu katanya ada jalan yang betul kenapa pilih viral
Quote ina_na 30-7-2022 09:30 AM
Mak kawan anak aku dia bt report polis,report PPD..br cpt bertindak..tu pun cikgu tu ade kabel kayu balak kot kat ppd lambat skt la bertindak.. tp bukan kes dera..kes cikgu mulut hangsuang..ade ke kata budak melayu bodoh di SJKC sbb makan babi,makan taik..x dtg sekolah sbb dah kawin.. ambik kau..lps tu kata kawan anak aku salah faham..

Tuk x off topik..SJKC anak aku ade kelas khas tuk anak2 autisme,OKU ni..kadang2 kesian tgk cikgu2..tgh2 syok mengajar ade seorg hyperaktif kot..boleh lari keluar kelas p dewan lari keliling dewan..asisstant cikgu p lari kejo student tu.. mula2 tgk terkejut..tp bila dah lama2 jd biasa.. mesti nk tau ari ni ape budak tu buat . Cikgu tu mmg body cantik la..duk kejo student tu he
Quote akies 30-7-2022 02:08 PM
Kesiannya kena dera dgn cikgu
Quote Orenn1 30-7-2022 03:47 PM
@monadin mohon lancarkan justice utk adik ni. Kpd follower monadin tolong inform beliau

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044780 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top