CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dengar Nasihat Yusof Haslam Larang Duduk Rumah, Hari Ini Puteri Sarah 'Angkat' Kereta Baru!

28-7-2022 09:52 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12829| Komen: 94|Original author: LilRose

Tak sia-sia Datuk Yusof Haslam terus memberi semangat dan menasihati menantunya, pelakon Puteri Sarah.


Kredit foto: IG

Lihatlah hasilnya, kini Sarah mampu membeli sebuah kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri.

Menerusi perkongsian di Instastory, Sarah memuat naik video dirinya yang teruja mengunjungi DTC Motors untuk mengambil kereta barunya itu.


Kredit foto: IG


"Okey guys, Sarah dekat DTC Motors. Sarah nak ambil kereta baru Sarah.

"Ya Allah, tak sabar. Kereta baru yang Sarah beli dengan hasil duit Sarah sendiri ya," ujarnya.


Kredit foto: IG

Terdahulu, Sarah yang ditemui di majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, Isnin lalu mendedahkan Yusof melarang dia daripada 'terperap' di rumah dan meratapi nasibnya.

"Macam mana saya ada kekuatan untuk bekerja adalah datang daripada bapa mentua saya. Dua tahun lalu dia ada cakap, suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati," ujarnya seperti dipetik dari BeautifulNara.


Kredit foto: IG

Akuinya, dia berasa sangat disayangi dan  berasa sebak melihat kesungguhan ibu bapa mentuanya tampil bersuara mengenai isu kemelut rumah tangga yang dihadapinya.

Isteri pengarah Syamsul Yusof itu bagaimanapun memilih untuk mendiamkan diri apabila ditanya sama ada anak-anak tahu ataupun tidak dengan situasi rumah tangganya.


Kredit foto: IG

Tahniah Sarah! Dalam keadaan diuji dengan pergolakan rumah tangga dan gangguan daripada penyondol pun masih mampu mengecapi kejayaan memiliki kereta idaman! - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 28-7-2022 10:00 PM
Mcm muka bini alif sukri
Quote white01whale 28-7-2022 10:01 PM
Yerlah.. terpaling...
Quote cupu 28-7-2022 10:14 PM
Byk sgt ke dia berlakon...xperlu tunjuk strong sgt sis..buat biasa je.
Quote jebatmaspunyer 28-7-2022 10:21 PM
Mertua yang baik dan bijaksana. Tak jadi batu api malah bagi support utk menantu terskan hidup dari terus membuat diri sengsara. Jodoh panjang hubungan suami isteri akan jadi baik, kalau jodoh singkat at least PS dah ada kehidupan sendiri. All the best PS. Setiap ujian ada hikmahnya.
Quote naina 28-7-2022 10:25 PM
Dia founder kosmetik jugakkan
Tapi ntah tak popular
Rancak jugakk la kot salesnya
Sampai mampu beli kete mewah tu
Quote winky1 28-7-2022 10:30 PM
Well done ps...pedulikan sapa yg nak perli atau kutuk. You tak minta beras dari mereka pun
Yg you kecoh pun suami halal dan direstui ibubapa. Adatlah perkahwinan kdg suami kena ngorat apalagi kalau suami tu bukan biasa ...you nak fight apa pun fight lah ...kalah menang secondary... Lesson to perempuan yg suka goda suami org dan suami yg buat silap dan tidak mahu ambil inisiatif perbetulkan.
Quote chanthik 28-7-2022 10:31 PM
Choy, persatuan isteri-isteri tersakiti pun buat meet & greet yah curlasttt
Quote tasha 28-7-2022 10:40 PM
chanthik replied at 28-7-2022 10:31 PM
Choy, persatuan isteri-isteri tersakiti pun buat meet & greet yah curlasttt

Persatuan isteri tersakiti siapa presiden...harap lepas ni geng pencaras pun buat persatuan juga....penyanyi bernombor leh jd presiden seumur hidup hahahah
Quote Carcosa 28-7-2022 10:44 PM
Kalau aku jadi PS, aku simpan jah duit aku
Sementara masih Title bini ni, ko pakai lah duit tuan direktor pelem untung 90 juta tu
Ko tak pakai skrg, kang bohsia public toilet yg untung
Quote fazila17 28-7-2022 10:48 PM
Beli kete recond je ke?
Quote miss_perfect 28-7-2022 10:52 PM
Bagus la dia ikut nasihat pak mentua dia cari rezeki sendiri.

Btw, baru aku perasan aku tak pernah langsung tgk filem atau drama lakonan PS.
Quote Skyline_84 28-7-2022 10:58 PM
Carcosa replied at 28-7-2022 10:44 PM
Kalau aku jadi PS, aku simpan jah duit aku
Sementara masih Title bini ni, ko pakai lah duit tu ...

Hahaha winn bohsia toilet public Tp mmg iye pun...Guna jer la duit laki tuan pilem 90juta tu..sana sini dia dok bangga pilem dia mndonia...Kang nt dia blanja org lain ko jugak yg sakit hati
Quote pocongkiutss 28-7-2022 11:07 PM
naina replied at 28-7-2022 10:25 PM
Dia founder kosmetik jugakkan
Tapi ntah tak popular
Rancak jugakk la kot salesnya

Dulu2 time diorg laki bini masih berbaik..ada juga SY promote produk PS ni kt IG dia

Wpun nampak mcm payah dh nk berbaik..hrp2 ada miracle..PS pun xyahlah mencapub sgt..low profile suda la..huhuh
Quote putericahaya999 28-7-2022 11:10 PM
Happy for u
Quote orkidorkido 28-7-2022 11:27 PM
Good for you. Enjoy your life. Anak-anak ada, family ada.
Walaupun sedih jugak aku tengok nasib isteri macam ni, laki kaya isteri susah & anak susah. Laki duk belanja skandal sundal, bapak si skandal & family.
Quote Mary_jane 28-7-2022 11:39 PM
Tayang kereta baru kan salah satu marketing strategy yang tidak asing lagi.
Quote cm_vungtau 28-7-2022 11:58 PM
Apakah yang cuba dibuktikan? Mertua memang la suruh ko bersabar. Dah yang buat hal tu anak dia.
Quote hareeeesah 29-7-2022 12:01 AM
Kenapa dressing acik-acik sgt,amik kereta dh mcm hebat [em:10:]
Quote Duriand24 29-7-2022 12:48 AM
Sarah ni bertahan sbb family in law dia mmg supportive syg dia lebih dr anak sendiri.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.286344 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top