Baju berjenama mewah hanya mampu dibeli golongan kaya kerana jumlah pendapatan mereka. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri juga tidak ketinggalan dalam menggayakan busana berjenama mewah.
Sebelum ini, beliau dikritik netizen kerana harga bajunya melebihi pendapatan bulanan rakyat marhaen. Baru-baru ini, tular gambar Ismail memakai baju berjenama Burberry sambil menikmati juadah makanan di laman media sosial. Seorang pengguna di Twitter berkongsi gambar itu dan mempersoalkan mengapa beliau hanya memakai produk jenama Burberry seolah-olah ingin mempromosikan jenama mewah tersebut.
Pengguna Twitter tersebut juga berkongsi harga baju berkenaan seperti tertera di laman sesawang Burberry iaitu RM2,390 sehelai. Rata-rata netizen mendakwa fesyen baju Ismail sangat pelik kerana memakai baju tersebut bersama tali leher selain berpendapat baju itu lebih sesuai dipakai untuk aktiviti santai, bukan urusan harian. Mereka juga menyarankan Ismail mencontohi sifat Presiden Jokowi yang sangat kasual dalam pemakaian dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan. Tidak dinafikan, stail pakaian Dato Seri Ismail Sabri sedikit mengelirukan dan harga bajunya yang sangat mahal hanya mengundang kritikan netizen. Sumber: Murai
|
umbut replied at 28-7-2022 09:47 PM
Cam tun dolu2 sentiasa kemeja dan berkot je kan.. Pki je lah baju uniform biasa, dpt ler elak netz m ...
sharlenetexas replied at 28-7-2022 09:59 PM
Rasanya Tun M je kot yg selalu pakai bush jacket tu.
ADVERTISEMENT